Dua bekas naib presiden PAS - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - menerima pelantikan sebagai anggota jawatankuasa PAS pusat.
Jawatankuasa tersebut yang bermesyuarat pada 11 Jun lalu bersetuju melantik Husam dan Mohamad sebagai anggota AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.
Ketika ditemui malam ini, Mohamad mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau menerima pelantikan tersebut.
"Sebab itulah saya hadir mesyuarat jawatankuasa pusat malam ini," katanya.
Manakala pegawai di pejabat agung PAS di ibunegara pula mengesahkan bahawa Husam turut menghadiri mesyuarat malam ini.
Husam dan Mohamad tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu baru-baru ini.
Dalam pertandingan tersebut, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan berkenaan.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan telah menasihat kedua-duanya agar menerima tawaran tersebut. Malaysiakini.

2 ulasan:
perjuangan mesti di terus kan bang !!
pas perlu pelapis yang berani, ikhlas dan cerdik berjuang
Alhamdulillah,
semua nya sudah selesai,
sekarang semua saf kepimpinan perkemaskan dimana tempat yang kurang kemas,
Bekerja dengan penuh ikhlas semuga Allah memberkati yang telah anda kerjakan selama ini.
kami penyokong tetap menyokong dengan sepenuh hati dan tulus ikhlas, Insya Allah.
Takbirrrrrrr, Allahhu akbarrrrrrr
Catat Ulasan