oleh FAUZI IRWAN SHAH
bypass308.blogspot.com
Selepas dua minggu ditawar sebagai AJK Pusat PAS, nampaknya bayangan kekalahan masih mengganggu ilusi bekas Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kerana belum mahu membuat keputusan sama ada menerima atai menolak pelantikan tersebut.
Bekas Presiden Pas, Husam Musa yang turut ditawar sebagai AJK Pusat juga tidak memberikan reaksi terhadap tawaran itu setakat ini.
Walau bagaimanapun, Mat Sabu dilaporkan bakal membuat "penyelesaian" terhadap tawaran tersebut hari ini iaitu pada Maghrib nanti. Sama ada terima atau tolak ia adalah muktamad. Beliau berkata demikian kepada malaysiakini sebentar tadi.
Mat Sabu dan Husam merupakan dua pemimpin yang tewas kepada Nasharuddin mat Isa dalam merebut jawatan nombor dua parti tersebut pada muktamar Pas baru-baru ini.
Semoga Mat Sabu akan melakukan keputusan kembali ke dalam jawatankuasa pusat sebagai satu langkah mengembalikan perpaduan yang agak "kecoh" berikutan isu kerajaan perpaduan membabitkan Umno.
Keputusannya dijangka mempengaruhi ketetapan Husam yang mungkin menuruti langkah Mat Sabu kerana sebelum ini Husam pernah menyuarakan untuk melihat keputusan Mat Sabu terlebih dahulu sebelum memutuskan terima atau menolak tawaran sebagai AJK Pusat.

6 ulasan:
Assalamaalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
SURAT TERBUKA BUAT ABG MAT DAN DATO' HUSAM...
Hanya satu sahaja yang ingin saya ungkapkan...
" Khalid bin Al Walid , bilamana peristiwa diminta oleh Khalifa Umar Al Khattab untuk melepaskan jawatan ketua panglima...
maka Khalid Al Walid , menyerahkan liwa' tentera Islam ..
beliau terus duduk di barisan tentera-tentera yang lain , sambil menunggu arahan daripada panglima yang baru...
sahabat-sahabat tentera yang lain kehairanan , Khalid tidak membantah , Khalid tidak menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya, malah meneruskan juga perjuangan untuk sama-sama tentera-tentera Islam yang lain demi perjuangan Islam ...
Apabila ditanya :- Khalid menjawab , Aku berjuang , aku berperang , bukan kerana Umar , tetapi aku berperang , aku berjuang kerana Allah .
- azrai zairie haradie-
bang mad dan husam,
dalam perjuangan Islam tidak ada perkataan "kecewa".. kerana terbukti dalam perjuangan Islam adalah perjuangan untuk menegakkan ketuanan agama dan ummah, bukan utk kepentingan diri...TAKBIR !
Mat dan Husam, rakan-rakanmu memerlukan kamu didalam Jemaah
setuju sgt dgn pendapat tanpa nama di atas.tapi abng mat dan dato husam kalau merasa diri bukan khalid al walid buatlah keputusan mengasingkan diri.Allah maha tahu
Tapi MSO tak mau Husam, hehehe MSO tu ahli pas ke?
politik yeop oii,memang gitu,terima tu...tengoklah nanti...akey deme je tu...
Catat Ulasan