Oleh : taufan
"Seperti yang kita semua maklum kerajaan BN kini cukup menjaga kebajikan kakitangan awam dengan memberi berbagai imbuhan dan keistimewaan. Bekas PM ke 5 iaitu Paklah sendiri pernah menaikan gaji kakitangan awam sehingga 35%. Ditambah pula dengan elaun cola dan lain-lain lagi. Kini PM ke 6 iaitu Najib Tun Razak juga melakukan langkah yang serupa dengan mempermudahkan kakitangan awam untuk dinaikkan pangkat dan sebagainya.
Namun mengapa masih juga ramai kakitangan awam yang tetap tidak menyokong kerajaan BN? Saya sendiri banyak melihat contoh rakan-rakan yang bekerja bersama yang pro PR. Ada juga yang menjadi ahli UMNO namun tetap menyokong PR. Antara punca-punca mengapa ramai kakitangan awam tidak menyokong kerajaan adalah kerana ketidakadilan yang wujud apabila melibatkan UMNO dan BN itu sendiri dengan jentera kerajaan. Hinggakan segala program yang melibatkan UMNO dan BN perlu diberi bantuan dan sokongan.
Ketidakadilan yang berlaku dalam jentera kerajaan inilah yang telah membuka mata kakitangan awam supaya jangan menyokong BN dan UMNO yang seringkali menyalahgunakan harta kerajaan. Seringkali kakitangan awam menjadi kuda tungangan BN dan UMNO semata-mata kepentingan politik.Jika tidak hadir, maka perlulah menjawab surat tunjuk sebab. Keadaan akan lebih buruk lagi jika ketua jabatan tersebut mempunyai kepentingan dalam UMNO atau BN. Silap gaya markah SKT akan berkuranganlah.
Selagi BN dan UMNO terus memperkudakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik, maka selagi itulah kakitangan awam yang protes akan tetap menyokong PR.
--

10 ulasan:
Ya betulll dah lama dah..yg kakitangan Nyokong pun sebab nak kejar pangkat Jusa ke atas atau dapat /beri kontrak anak bini sedara mara. Seeloknya Pegawai Tinggi Kerajaan dipilih berdasarkan undi mcm jawatan MP..MP dan ADUN ramai dah serik (nak berbati pada rakyat takon2 nanti rakyat tolak/tak undi)tapi Peg Tinggi Kerajaan belum2 serik sebab mereka duduk dekat "kerusi selamat". Pi meeting /seminar sana sini
Sokongan kakitangan awam kepada kerajaan boleh dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan berpangkat dan kumpulan yang tidak berpangkat atau cuma berpangkat rendah. Yang berpangkat tinggi terlalu suka kepada kerusi empuk yang mereka duduki dan tak mahu kehilangan segala macam kemudahan. Mereka mempunyai kerjaya yang nak dikejar. Mereka ini akan sokong kerajaan arus perdana yang mereka berada dibawahnya. Sekarang ni mereka terpaksa sokong BN kerana BNlah yang menanda tangani cek gaji mereka.
Tapi yang tak berjawatan tinggi dan cuma pekerja biasa mereka tidak ada cita-cita lebih selain dari bekerja untuk menunggu hari pencen dan mencari nafkah untuk anak isteri. Kumpulan ini ramai yang tak ambil kisah sangat dan akan menyokong siapa saja samaada kerajaan atau pembangkang. Tapi ramai akan tetap sokong kerajaan arus perdana kerana takut diambil tindakan kalau terlalu menonjol menyokong pembangkang. Tapi kalau yang sokong pembangkang mereka akan menjadi ekstrim menonjolkan diri seperti memakai songkok putih berlambang, duduk dibarisan depan bila menghadiri ceramah dsb.
Tapi bila kedua-dua kumpulan kakitangan kerajaan ni pencen ramai akan sokong pembangkang kerana mereka tahu banyak penyelewengan yang berlaku semasa mereka bekerja dulu. Itulah sebabnya semakin lama pengundi disaluran 1 pun makin bertambah yang menyokong pembangkang. Mungkin mereka nak menebus dosa kerana semasa bekerja dulu mereka sama bersubahat menyelewengkan wang rakyat untuk mengampu ketua dan politikus BN.
BN kena ambik perhatian perkara ni..
Macamana nak tarik semula sokongan kpd BN...
Saya tetap dgn PAS....
kita akan sokong kerajaan jika berlaku adil tapi bila kita sama2 dalam kerajaan kita tahu penyelewengan dan salahguna kuasa oleh pemimpin kerajaan itu le sebab kakitangan kerajaan tak sokong kerajaan!Semoga Najib sedar jika terus seleweng maka kakitangan dia sendiri yang akan dedahkan sebab kita semua yakin rezeki Allah yang beri bukan UMno!
Kakitangan awam lebih terdedah dengan maklumat samada harakah, kawan-kawan, internet(blog).
Mereka terpengaruh dengan berita dan dakyah yg tidak benar. Lalu mereka menyokong pembangkang.
Saya bukan setuju dengan semua dasar kerajaan, tapi saya tak mungkin akan beri undi saya kepada pas apa lagi p k r. Tidak selayaknya.......
Untuk makluman semua, kakitangan kerjaan bukan jenis yg suka berparti samaada umno ataupun pas.kalau ada pun cuma segelintir sahaja. Yang lainnya, termasuk ana sendiri lebih suka menilai daripada menyokong membabi buta.Oleh itu kita tengok,penyelewnegan dan tindakan kerajaan yg tidak menguntung serta menyusahkan rakyat menyebabkan golongan kakitangan kerajaan lebih cenderung menyokong pembangkang yg diharap dapt membuat perubahn demi kebaikan rakyat.Tapi kebelakngan ini ana dapat lihat momentum sokongan kakitangan kerajaan kpd pembangkang semakin menurun. Mungkin mereka membuat penilaian prestasi YB-YB dari pas atau pkr sendiri yang tidak banyak membantu rakyat. Dalam erti kata lain, YB-YB ni masih lagi bermentaliti pembangkang tegar.Oleh itu, kita lihat gerak kerja mereka lebih tertumpu kpd ceramah dan memberi penerangan kpd isu-isu semasa yg berbangkit dan bukannya memikir bagaimana hendak membantu rakyat dan sebgainya yg sesuai dgn jawatan sebagai YG BERKHIDMAT.Ini peluang terbaik untuk memulihkan imej UMNO.Ana yakin PM baru akan memberi segala kemudahan, kenaikan gaji, bonus yg di luar jangkaan sebagai talian hayat untuk mendapat sokongan daripada kakitangan kerajaan.Oleh itu,jangan hairan sekiranya kakitangan kerajaan akan beralih memberi sokongan kpd UMNO.Sokongan ini amat penting kerana kakitagan kerajaan sebenarnya menjadi penghubung berkesan antara rakyat dengan kerajaan.Buat kerajaan Pakatan, sekiranya anda ingin mendapat sokongan dr kakitanga kerajaan, mentalti serta gerakkerja kebajikan harus ditingkatkan. Masa dan wang ringgit perlu dikorbankan.Sekiranya dua elemen ni tak dapat dikorbankan jangan harap rakyat akan menyokong anda pada masa-masa hadapan wasalam.
CETEK SANGAT PEMIKIRAN KAU YG KAKITANGAN KERAJAAN SEDIKIT AJE BILANGANNYA CENDERONG BERPOLITIK,BUATLAH KAJIAN SECARA ILMIAH DAN MANTAPKAN MINDA ANDA BALIK DALAM HAL INI,,ITU AJE
Utk ubat kuat, apa yg ana ulaskan adalah kakitangan kerajaan tidak suka BERPARTI bukan BERPOLITIK. Orang yg berpolitik tak smestinya berparti.Tapi yg berparti itu biasanya amat kuat sentimen poltiknya. Harap UBAT KUAT boleh faham.Untuk Makluman Ubat Kuat kakitangan kerjaan pd dasarnya tidak boleh aktif dalam mana-mana parti poltik.Kalau ubat kuat dah buat kajian ilmiah sila buktikan...Sekali lagi ana tegaskan sebnrnya kakitangan kerjaan ni bukan sokong sgt pembangkang tetapi imej serta gerakkerja umno amat merosot kebelakagan ini menyebabkan mereka beralih sokongan kpd pembangkang. Sokongan ini tidak bererti mereka menyokong pembangkang selama-lamanya.Percayalah gerak kerja YB-YB PR yg ana perhatikan sebenarnya tidak begitu membnggakan. Kalau nak buktikan memang banyak tetapi mungkin terlalu awal ana untuk membuat penilaian. Sekurang-kurangnya ada ruang lgi utuk diperbaiki sebelum rakyat menghukum dalam piliharaya akan datang.wassalamm.
kalau dah orang gomen dan terikat kaki dengan tangan akan AKU JANJI,, APE APE JELAH
OK BRO
bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Adakah orangbaru akan berbuat seperti yang ada sekarang? Adakah orang muda sekarang telah berjuang sejak bermulanya kemerdekaan dahulu? wasalam
Catat Ulasan