PULAU PINANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meminta maaf kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan Umno kerana jelas ia tidak jujur, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.
Katanya DAP mengkritik para pemimpin PAS setiap kali mereka mengeluarkan kenyataan yang melampau.
"Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dalam nada penuh emosi dan marah dipetik sebagai berkata bahawa pemimpin ini (pemimpin PAS) mahu merosakkan parti itu.
"Malah Nik Aziz secara terbuka mengkritik rakannya dalam PAS kerana menyokong agenda perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno," katanya.
Katanya DAP juga tidak membiarkan walaupun Abdul Hadi yang mencadangkan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno baru-baru ini.
Di ALOR SETAR, Pengerusi Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Tan Sri Khalid Abdullah membidas Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan anggota parti itu yang mempertahan cadangan Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai "boneka Umno."
"Sebagai seorang muslim yang baik, beliau sepatutnya bercakap benda yang baik dan lebih baik mendiamkan diri jika nak cakap benda buruk," katanya ketika dihubungi.
Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan orang PAS yang terus mempertahan cadangan Abdul Hadi sebagai boneka Umno.
Khalid berkata idea mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS adalah perkara baik selaras dengan kehendak Islam.
"Islam tidak pernah menggalakkan umatnya berpecah belah malah menyuruh mereka bersatupadu. Agama mesti didahulukan, bukannya parti," kata Khalid.
Idea kerajaan perpaduan disuarakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar Pas Ke55 Ahad lepas tetapi ditentang Nik Aziz. BERNAMA

8 ulasan:
Apa nak jadi dengan pimpinan PAS kalau macam ni. Akhirnya orang hentam presiden PAS tapi orang PAS membisu tak bantah pun. Cuba lihat di sini http://seriisakndar.wordpress.com
salam...nak tanya ni..tanya sungguh sungguh,bukan memain ni..pada penentang kerajaan perpaduan..mana kalimah,ayat,kata kata TGHH yang ada sebut nak rancang/cadang bentuk satu kerajaan bersama sama umno..mana??? lepaih ni org pas jgn semayang sama masjid ngan umno,jgn pegi kenduri yg ada org umno,jgn masuk dewan parlimen/dun yg ada org umno,jgn g ziarah kematian org umno jgn ada sebarang urusan/kaitan ngan org umno..dok kelompok pas je sudah...padam semua ayat-ayat tntg dakwah dari org umno..makna kata ayat quran bab dakwah ni umno terkecuali...x yah dakwah dia..dia dah terputus dari rahmat Allah untuk terima hidayah...kita yg tentukan dia ni dah putus dari rahmat Allah...kita pulak nak jadi Tuhan...sedangkan rahmat/hidayah tu keje Tuhan,dakwah tu keje kite...ada yang komen nk dakwah,dakwah ahli umno,bukan dakwah umno...memang le...umno tu x jadi umno klu xde ahli...umno tu parti..parti ada ahli...umno tu nama..bukan nya org...mana ada org dakwah ke nama...
aku sokong DS Hadi Awang berbanding Nik Aziz
si Kapal nih dah x relevan lg..
politik dia msh d era 50an..
ptut kna jd cam Kit Siang, biar anak dia je yg bg ulasan..
kami kelab penyokong pas kaum india
tidak suka dgn cadangan kerajaan perpaduan
sila ambil perhatian.........
tak lama lagi PRU13
kami sokong tok guru nik aziz
AnakMaharani (1/2)
PAS Menuju Perpecahan selagimana TGNA dan TGHH berbeza pendapat secara terbuka dalam isu Perpaduan ! Kedua-dua Tuan Guru yang kita sayangi dan sanjungi nampaknya sudah melakukan kesilapan dan jatuh dalam perangkap musuh. TGHH mungkin silap dari sudut tidak membincangkan dan menerangkan kpd ahli2 PAS termasuk TGNA tentang konsep perpaduan. Namun sebagai ahli yang telah memilih beliau sebagai Preiden PAS, kita sewajarnya sentiasa bersangka baik dan perlu menerimanya sebagai ijtihad dari Pemimpin No 1 PAS. Namun amat mendukacitakan apabila ahli-ahli termasuk TGNA seolah-olah tiada wala’ kepada Presiden. Ini suatu yang amat ‘serious’ dan mendukacitakan.
Amat tidak wajar kita meperlekehkan lontaran idea TGHH yang hanya sekadar idea yang masih mempunyai ruang seluas-luasnya untuk diperdebatkan. Sebahagian besar Pemimpin2 dan ahli2 PAS lebih meraikan lontaran idea pemimpin PR lain (contohnya dalam kes Sept 16) berbanding Presiden sendiri. Walaupun kini sudah beberapa kali ditegaskan oleh TGHH bahawa isu perpaduan tidak akan diteruskan, namun ahli-ahli termasuk TGNA lebih percaya kepada pencacai dan media musuh PAS. Bagi saya, selagi 2 Tok Guru yang amat kita sanjungi ini tidak bersemuka dan menyelesaikan perselisihan ini, retak dalam PAS akan bertambah besar dan PAS akan terbelah DUA. Amat malang, tapi inilah realiti yang kita akan hadapi sekiranya para pemimpin PAS di peringkat tertinggi tidak berusaha sekeras-keras dan ikhlas demi kepentingan PAS (bukan PR, UMNO atau lain2) untuk menyelesaikan isu tersebut.
Struktur organisasi PAS juga tidak membantu apabila seolah-olah ada 2 Nakhoda dalam satu kapal, padahal Presiden sebagai orang No.1 sudah termaktub. Apa yang jelas, PAS sebagai sebuah organisasi masih rapuh dan belum bersedia untuk memimpin Malaysia. Selama ini kita begitu kuat sebagai pembangkang, tetapi kita masih belum bersedia untuk menerajui pemerintahan negara. Saya sentiasa ‘hunuszan' dengan Presiden dan menganggap semua ini sebagai ‘kaffarah’ ataupun lebih tepat lagi hidayah Allah swt dalam proses memantapkan PAS. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan saya dan menggangap bahawa PR adalah cara terbaik dan tercepat untuk menumbangkan UMNO/BN. Tapi apakah perjuangan kita hanya setakat kesitu? PR secara keseluruhannya masih terlalu rapuh, dan kalau ditakdirkan PR dapat memerintah M’sia secepat 16 Sept lepas, apakah PAS boleh menjalankan agenda/perjuangan kita? Mungkin ia akan membawa lebih banyak fitnah da melemahkan kita. Dalam masa yang sama saya juga tidak bersetuju sebarang penggabungan dgn UMNO yang memang penuh dengan tipu muslihat, tetapi lontaran idea Presiden pastinya mempunyai strategi tersendiri.
AnakMaharani (2/2)
Kenapa kita sebagai ahli tidak bersangka baik? Kalaupun tidak setuju, kenapa orang yang kita kagumi seperti Us Ahmad Awang, Husam, Mahfuz, Khalid Samad, KJ dll tidak menggunakan saluran yang betul untuk ‘thrash it out’ (selesaikan) dalam mesyuarat AJK Harian PAS yang mereka menjadi sebahagian dari ahlinya. Kenapa dalam mesyuarat dah bincang dan mencapai persetujuan bersama (consensus) tetapi diluar mesyuarat masih bising lagi melalui blog dan ceramah. Ini kurang beradab. Dalam muktamar dah berdebat, mengundi dan memilih, tetapi habis muktamar masih bising ke sana sini. Ini tidak menunjukkan tahap wala’ kita dalam jemaah. Nampaknya kita terlalu mementingkan pandangan peribadi kita lebih dari keputusan jemaah.
Seruan ikhlas saya yang amat sayang pada jemaah, tolonglah wahai para pemimpin di semua peringkat, jangan diapi-apikan lagi isu perpaduan ini kerana kita menjadi semangkin tidak berpadu. Damaikanlah dan tune’lah kedua-dua Tok Guru ni agar boleh mencapai kesepakatan dalam isu perpaduan ni. Perpecahan akan menjadi semakin membesar apabila 2 Tok Guru ni semangkin berbeza secara terbuka. Ini perlu dikendurkan.
Marilah kita semua wala’ kepada Presiden yang telah sama-sama dipilih secara jamai, selagi mana dia masih taat Allah dan Rasul. Sekiranya Presiden menyimpang, perlu ada Pemimpin yang mencabar beliau untuk pemilihan parti 2 tahun lagi dan ketika itu wala’ kita perlu kepada Presiden yang baru. Kalaupun TGNA itu adalah seorang wali, wala’ saya masih kepada Presiden. Sekiranya kita semua tidak mendokong perkara asas ini, nescahya PAS akan berpecah, wal’iyazubillah. Semasa Rasulullah saw memimpin ummah, semua berwala’ kepada beliau dan Islam berjaya menewaskan musuh dan memerintah dengan cemerlang. Tetapi di zaman Saidinna Ali kaw, apabila sebahagian umat Islam tidak berwala kepada beliau, Islam berpecah sehingga berperang sesama sendiri. Ambillah pengajaran jika kita tidak mahu ia berlaku kepada PAS yang kita sayangi.
Bagi aku, Umno hanya akan insaf bila mereka semua kembali kpd Islam yg sebenar. Selagi mana mereka masih berpegang dgn fahaman sekluar mereka, selagi itu mereka munafik. Nabi tak ajar kita bekerjasama dgn puak munafik utk mentadbir kerajaan. Mungkin itu juga yg difikirkan oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Org2 Umno terdiri drp org2 Melayu yg kononnya beragama Islam. Sebagai org Islam, mereka sepatutnya berpegang teguh dgn ajaran Al-Quran yg dibawa oleh Rasulullah S.A.W.. Atas alasan apakah mereka perlu berada di luar perjuangan Islam dan kita yg memperjuangkan Islam patut memberi ruang utk bekerjasama dgn mereka? Apa rasionalnya?
Bagi aku, selagi mana mereka tidak kembali kpd Islam, maka selagi itulah kita perlu berdakwah kpd mereka utk kembali ke jalan yg lurus, iaitu jln yg diredhai oleh Allah S.W.T. Bukannya bekerjasama dgn mereka seolah-olah mengiyakan perjuangan mereka yg sesat dan jauh tersasar dari tuntutan Rasulullah S.A.W. & Allah S.W.T.
Catat Ulasan