23 Jun 2009

Saya telah beri keterangan kepada polis untuk bantu siasatan.

IPOH, 22 Jun :- Begitulah yang sudah menjadi standard di malaysia, kalau UBN yang buat laporan polis akan bersegeralah pihak yang berwajib menjalankan kerjanya.Sikap double standard ini sudah belaku sekian lama dan sekali ini untuk kami dalam kes laporan yang telah dibuat oleh Dr. Zambry terhadap kenyataan Media (gambar) yang saya keluarkan seperti yang saya terbitkan semua dibawah.

Kami telah disoal diatas seksyen 112 Kanusn Prosuder jenayah (KPJ, dibawah Akta 500(Fitnah).


Kenyataan Media ADUN Titi Serong..

Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.

Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.

3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)

Kenyataan Media saya diatas telah menyebabkan Dr.Zambry naik berang dan terus melakukan laporan polis pada hari yang sama.

Kelmarin saya bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain hadir untuk memberi keterangan iaitu Hj. Mohd Zainuddin (Lubok Merbau), Chan Lih Kang (Teja) dan Chang Ming Kai (Simpang Pulai).

3 ulasan:

Alif H'ng berkata...

Sepatutnya Islam suruh kita bersabar kesabaran adalah salah satu keimanan.

Kalau dah naik berang tentang karenah-karenah mulut orang macamana nak jadi pemimpin yang berwibawa?

Semua pemimpin dalam Malaysia paling tenang dan paling bersabar dalam kecerdikkan adalah Tuan Guru Nik Aziz.

member pencen keramat berkata...

YB teruskan, yang benar tetap benar apa nak digusarkan,TQ

david ahmad muniandy berkata...

aku dah share blog YB kepada kawan aku kat kanada mereka baca blog YB geleng kepada kat umno, sekarang sampai negeri toronto campur orang putih pun geleng kepala apabila baca perbuatan mereka, sekarang mereka tak percaya lagi ish..ish...ish...jangan lupa internet tanpa sempadan..