06 Jun 2009

Siapakah yang akan terpilih ?

Lebih 1,000 perwakilan akan menentukan nasib Datuk Husam dan Musa Mohamad Sabu yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Bagi jawatan naib presiden, lima tokoh parti itu merebut tiga kekosongan yang ditinggalkan oleh Husam, Mohamad dan Ahmad Awang, pesuruhjaya PAS Perak.

Calon-calon itu: bekas ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan tiga ahli jawatankuasa pusat Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim dan Nik Amar Nik Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menjelaskan mengikut perlembagaan parti beberapa jawatan penting perlu dipertandingkan antaranya Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, AJK dan Pemeriksa kira-kira.

Beliau berkata, di antara jawatan itu ada yang telah dimenangi tanpa pertandingan antaranya Pengerusi Tetap yang terus dipegang oleh Ustaz Abu Kasim Abdullah tanpa pertandingan.

Selain itu katanya, jawatan Presiden menang tanpa bertanding manakala untuk jawatan Timbalan Presiden terdapat tiga pencalonan, Naib Presiden lima calon dan AJK 54 calon dan hanya dipilih 18 orang. Sementara itu Pemeriksa Kira-kira tiada pertandingan.

Beliau memaklumkan jumlah pengundi 1044 orang termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya dan perwakilan Kawasan-kawasan.

"Saya harap insya-Allah perjalanan pemilihan akan berjalan lancar dan jawatankuasa pemilih memutuskan segala keputusan pengundian akan diumumkan pagi esok," jelasnya.

14 ulasan:

AGS804 berkata...

naluri ana kuat menyatakan husam menang TP.Wallahuaklam.

Malaysian berkata...

Siapa pilihan anda?

Pilih di sini...

Siapa Akan Terpilih : Husam, Mat Sabu atau Nasharuddin Mat Isa?

leaflizard berkata...

im vote for Ustaz Husam!

YEahh.

PAS akan lebih maju.!

insyaAllah.

special task force berkata...

vote for husam. kalau pun tak apa. husam boleh menag lagi lain kali. kalau husam menang tak ade pakatan dengan UMNO. asyik nak kawan dengan UMNO. macam hamas dan PLO mana boleh kawan sampai kiamat. hehehehe

Sathes Kumar berkata...

blog ini bagai mempunyai arikh yang tersendiri... buat penulis blog ini... anda memang bagus.. boleh dapatkan alamat email.. saya terpegun ngan kehebatan anda menulis.. sebagai seorang pendidik, timbul rasa hormat yang tinggi pada and... terima kasih.. satheskumar83@gmail.com

Firasat Boy berkata...

Handsomenya...

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, selamatkan PAS! Mudah-mudahan yang terpilih adalah yang terbaik.

atas pagar berkata...

aku xpaham dgn haji hadi,kenapa nak sngt dgn kerajaan perpaduan?umno mcm anjing tersepit.sok gigit kita semula.2004 dia menang beso komain exsyen!bila kurg kuasa mula nk bebaik.utusan pun dh bagi muka dgn pas.bila pikir sekali,btul gak kata kawan aku yg atas pagar.pas k,umno ,pkr k,bila dh ada kuasa.tup..tup..pedaaaaaaaah!sama j belaka haha

keretakebal08 berkata...

Kepada yang menang...

Tahniah di atas kemenangan anda...

Takziah kerana anda memikul amanah dan tanggungjawab yang berat....

keretakebal08 berkata...

Kepada yang menang

Tahniah di atas kemenangan anda...

Takziah di atas amanah dan tanggungjawab yang bakal anda pikul....

Tanpa Nama berkata...

Elok lah kalau Husam menang. Saya bukan orang PAS tetapi tetap akan memangkah PAS dan kalau benar Husam menang bagus lah untuk Malaysia. Kita hendak orang yang berwibawa dan punya karisma macam TGNA, TGHA dan Anwar Ibrahim dan yang mustahak berani berjuang kerana ALLAH.

Unknown berkata...

cane ni..husam kalah..saya stuju nasharudin sbb dia pro muqabalah.. tolon2..

AGS10 berkata...

walaupun kalah dia sebenarnya menang.Boleh kalahkan bang Mat kira hebat la tu. Husam boleh bergabung dgn bang Mat campur kedua undi bolehkan kalahkan ustz nasa dan buat jwtn timbalan 1 dan timbalan 2.hee..kira ok la tu..

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT

KEPUTUSAN PUN TELAH KITA KETAHUI,,AYUH WAHAI PENDOKONG ISLAM SEMUA,RAPATKAN BALIK SAF KITA DAN TERUS BERTAKBIR UNTUK MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI WADAH PENTADBIRAN MALAYSIA,,INSYAAALAH

MEMINJAM KATA2 M.L.KING (I HAVE A DREAM)

SELAMAT BERJUANG BUAT SEMUA

WASSALAM