Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.
Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.
Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.
"Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa hari ini. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,” katanya.
Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.
"Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.
Reaksi Zaid
Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
"Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir).
Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.
“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.
Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.
Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”
Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata:
“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.
“Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,” katanya. Malaysiakini.

15 ulasan:
alhamdulillah...dng kemasukan datuk zaid ibrahim ni kePKR dpt menambahkan lg keyakinan raayat mlysia pd pilihan akan dtg
DIHARAP AGAR TIDAK PISANG BERBUAH 2 X....nasihat ikhlas dari saya ..saya hormat pendirian saudara zaid dan tidak bermaksud menuduhnya sebarangan,,namun jangan hendaklah ada niat atau strategi seterusnya puak2 jahat dan jijik melanda PKR lagi,,selamat berjuang buat saudara zaid
Zaid bukan pecacai, Zaid profesional dalam undang-undang, dia lebih tahu yang mana betul yang mana salah, dia tahu munfik dan hipokrit sahaja yang mahu membenarkan yang batil jadi hak dan hak jadi batil, semata-mata mahu bermewah-mewah dan buncitkan perut. Syabas Zaid!!
SYABAS BLOG YB ADALA MERUPAKAN BLOG YANG PANTAS MENYAMPAI BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI.
SYABAS . TERUSKAN USAHA TERUSKAN PERJUANGAN.
SOKONG TOK GURU NIK AZIZ MENEGAKKAN YANG HAK.
syabas zaid
Tahniah semoga ape yang dicita-citakan akan tercapai amin..
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhabam Bi Kum .... Takbir !!!!
parti keadilan rakyat terima Zaid Ibrahim dengan senang hati masuk jadi ahli sedangkan dialah orangnya yang saman huduh.
semoga kehadiran beliau didlm PKR akan dapat menambahkan kekukuhan parti. Welcome Zaid, be the best among the best..!!!
sikap tidak berhati hati inilah yang membuat PAS kena tipu.
Saidina Omar RA pernah berkata kita tidak boleh baik sangka dengan orang yang tidak kenal dan kita tidak boleh buruk sangka kepada orang yang kita kenal.Maksud kenal ialah kenal hakiki.
Sejauh mana kita kenal Zaid Ibrahim. Anwar Ibrahim mungkin kenal dengan Said kerana dia sama sama UMNO dahulu.
Demikian juga Datuk Nik Aziz kenal Zaid, kerana pernah hadiri kenduri kahwin anaknya mungkin.
Orang PAS kenal orang UMNO jahat apabila masih berada didalam UMNO dan baik apabila kena pecat.
Samalah dengan apa yang berlaku pada Ibrahim Ali
yang jadi musuh PAS sekarang.
Orang PAS apbila orang Umno tepuk bahunya mereka pasti akan jawap mereka itu orang kita, mereka sudah baik, sudah taubat.
Inilah yang menyebabkan oorang PAS kena tipu selalu, kerana tidak akan buruk sangka miskipin mereka hantu.
Orang PKR biarkan mereka sama sahaja dengan Umno,Lebih lebih lagi orang PKR adalah orang UMNO yang lari.
Maaf, kerana saya selamanya tidak percaya dengan orang UMNO biarpun dia masuk PAS sekalipun. tenguk apa yang berlaku pada orang UMNO di Sham Alam yang ikut jejak langkah datuk yang kaya raya itu.
Mereka keluar Umno keran kecewa tak dapat projek, bukan kerana kesedaran bahawa UMNO tidak betul dalam misi perjuangannya.Mereka keluar umno kerana marah.
Demikian juga Datuk Zaid Ibrahim.Masuk PKR kerana tiada jalan lain lagi buat masa ini.
Begitu juga Ibrahim Ali yang panas baham itu.
PAS kutip ambik sampah untuk dikitar semula.
Bermulanya kroni UMNO dalam PKR.Tak mustahil akan lompat keluar semula.
Watpe masuk Pkr lebih baik masuk Pas. Pkr semua bekas ahli UMNO yang tak dapat tempat
Senangnya.Terus jadi MT. inilah sikap bekas ahli UMNO. Org lain yang bermatian berkempen dia juga yang senang.
Betul tue, Dia senang-senang je naik MT. Sumbangannya pada parti pun tak nampak lagi.Hidup PAS. Tolak PKR. PKR parti bekas ahli UMNO
Agaknnya Anwar tawar duit kot untuk selamatkan firma guaman Zaid.ish dosa lak fitnah org.UMNO fitnah org dosa, Harakah takpela sebab parti islam.confirm tak dosa
Catat Ulasan