KEPALA BATAS, 27 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara.
Menurut beliau lagi, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.
"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat.
"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun.
Islam melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat yang diamalkan oleh BN dan Umno ini.Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.
Bagi beliau, jika Umno tidak mahu berundur, Abdul Hadi menyarankan rakyat supaya mengundurkan BN dan Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang.
"Saya yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat maka BN dan Umno ini dapat kita undurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Md Amin.
Posted by Siasah at 8:40 PM

6 ulasan:
Tidak dapat dinafikan lagi, PRU 13 akan menjadi satu titik peralihan yang sangat penting bagi politik negara kita Malaysia.
salam.. takbir!!
Mari kita rakyat Malaysia undurkan UMNO/BN kedalam laut. INsya'ALLAH.
lawa banner baru atas tu..ijau je, tenang je hati ni, rasa nk dekat raya pun ada..hehe..tahniah...:)
salam..mohon rakan2 ke petitiononline#marwa utk menyokong Pn Marwa yg mati dibunuh dan suaminya ditembak polis ketika ingin menyelamatkannya dlm satu mahkamh di Jerman
askum.ini cakap orang yang sudah berputus asa..kalau betul orang politik...lawan lah dalam PRU13 nanti...aku sokong arus perdana
Catat Ulasan