28 Julai 2009

Khir Toyo: Tuduhan untuk nafi kelemahan Pakatan

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menganggap tuduhan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri itu - yang mendakwa BN Selangor merancang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat - sebagai satu tuduhan yang memalukan.

"Yang sebenarnya, ia adalah masalah dalaman Pakatan Rakyat, iaitu terdapat konspirasi dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"YB Azmin Ali juga mahukan rombakan exco dalam kerajaan Pakatan di Selangor. Dalam Pakatan ada perebutan kuasa," kata Khir yang ketua pembangkang DUN Selangor, ketika dihubungi Malaysiakini.

Khir mengulas dakwaan kelab tersebut bahawa siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat, seperti di Perak.

Sehubungan itu, Dr Khir juga berkata tuduhan kelab tersebut terhadap BN adalah usaha untuk menafikan kelemahan Pakatan mentadbir di negeri itu.

"Ada perebutan kuasa dalam PKR dan dalam parti dalam Pakatan. Kita tak mahu jadi seperti Perak, kita ada moral," katanya.

Sebaliknya, Khir mendakwa, mereka gagal menjalankan tanggungjawab, tetapi menyalahkan orang lain.

Petang tadi, dalam sidang akhbar - bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

MalaysiaKini/-

2 ulasan:

ali.alor setaq berkata...

Kemana menghilang nya bekas teman lelaki YB ELI,sampai kini tak dapat dikesan.Bersama2 dengan rasul melayu dan tuhan kerajaan langit kut,depa kata cekap sangat,kalut duk jaga ceramah saja.Tu saja depa pandai.

budak pencen berkata...

kalu saya ditempat dr khir,saya kira jalan yg
paling baik ialah mengambil sikap berdiam diri
dan tidak menunding jari mencari silap orang
kerana,dr sendiri penoh dgn kontravesi.Rumah
puloh juta tu ambil duit mana?kawan saya dr pakar,berhenti jadi yb 2 penggal,rumah banglo
baru 300,000 je.janganla ganggu,dia orang dipilih rakyat,biarlah mereka buat kerja.