12 Julai 2009

KERAJAAN PRIHATIN NAIKKAN INSURANS KERETA BERUMUR LEBIH 10 TAHUN

from : MUTA LIGAT
SOFI WAHAB

Kerajaan BN merupakan kerajaan yang 'sangat prihatin' kepada rakyat sebab itulah polisi insurans kenderaan yang berusia lebih 10 tahun dinaikkan.

Ternyata Satu Malaysia, rakyat diutamakan hanya slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat.

Mana realiti slogan itu, belum pun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak dan ini menambahkan kesengsaraan rakyat yang telah lama dibebankan dengan harga barangan yang melambung tinggi.

Kenaikan insurans kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat benar-benar membebankan rakyat.

Saya pernah membangkitkan isu ini beberapa bulan lalu. Namun ketika itu ianya tidak jelas dan tidak diberi perhatian sangat sehinggalah ianya meletup baru-baru ini.

Seperti yang kita sedia maklum masih ramai rakyat yang menggunakan kereta yang berumur 10 tahun ke atas. Malah kereta-kereta yang berumur 30 tahun ke atas seperti Toyata KE30, Toyota 'Tonggek', Datsun 120Y, Proton Saga Orient/Magma/ Megavalve dan lain-lain masih banyak digunakan sehingga kini.

Kenderaan yang berumur 10 tahun keatas sebenarnya masih baik jika ianya diselenggara dengan baik.

Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula polisi.

Rakyat Manek Urai mungkin ada jawapannya kepada kezaliman BN dalam isu ini. Gunakan kuasa 'demo' pada 14 Julai ini.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu mesia kene kelentong kahkahkah

dato mentekedarah berkata...

org miskin xboleh pakai ketelah najib! konon rakyat didahulukan. pirahhhhhhhhhhhhhh. mentekedarah duit rakyat adalaaaaaaaaaaaaaaa

Nur Wajdan berkata...

Pakatan Rakyat dah tak boleh buat apa2 ka? yang pakai kereta umur 10 tahun tu kebanyakannya orang berpendapatan rendah dan tiada gaji bulanan yang tetap. macam mana nak lupus kereta lama dan beli kereta baru? nak tanggung hutang bertahun2 lagi. Bodoh punya manusia yang buat rules ni. tau la depa naik merce pakai drebar pun.

Gedong Lalang berkata...

Manakah slogan yang dilaungkan 1Malaysia rakyat didahulukan dan prestasi di utamakan. Ini semuanya retorik Najib dan kerajaan Umno/BN.

Dengan menaikkan premium insuran kereta lama sebanyak 100% amat mebebankan rakyat dan sepatutnya tidak dilakukan selepas 100hari Najib menjadi PM. Sepatutnya slogan berbunyi 1Malaysia kroni kroni didahulukan dan rakyat dikemudiankan kerana slogan asal tidak layak digunakan.

Apakah justifikasi kenaikan tersebut adakah untuk menolong rakyat atau untuk mengayakan syarikat syarikat insuran serta kroni kroni mereka. Rakyat akan terasa kesannya kerana kenaikan harga premium insuran ini akan mengakibatkan harga barang akan naik.

Unknown berkata...

Setakat ini kelibat Najib belum nampak lagi di Manek Urai. Dia lebih senang mengumumkan 'hadiah' untuk rakyat sempena 100 hari beliau jadi PM di KLCC di depan mat bangla dan mat indon berbanding untuk melakukannya di depan rakyat Manek Urai.

Najib sudah tentu tidak mahu pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai dikaitkan dengan diri dia.

Dia tidak mahu kekalahan di Manek Urai dianggap sebagai penolakan rakyat kepada pimpinan beliau.

Malah hantu Altantuya akan mengekori beliau kalau beliau datang ke Manek Urai yang sedikit sebanyak akan membawa sial kepada parti UMNO.

silvertab berkata...

hehe...sabar Nur Wajdan. tu la pasal skng ni kita mesti bersatu hati kukuhkan ikatan PR, kita tumbankan BN. lepas tu baru bole tanya soalan yang macam ni ---->Pakatan Rakyat dah tak boleh buat apa2 ka????

Tanpa Nama berkata...

korang ni tak habis2 le..asyik nampak buruk org je.bawak2 mengucap dan berzikir buang perasaan yg tak elok dlm hati tu..Bagi le Najib peluang baiki kelemahan utk kepentingan rakyat.Mana leh buat semua, satu per satu boleh le..sekurangnya dia berusaha.

Yang korang ni sibuk benci org ni, apa lak yg korang leh banggakan dgn pembangunan sebelum ni.Asyik menyalahkan org je dgn alasan dana dan sumber tak cukup.Apa yg di buat selama ini utk menjana pendapatan negeri?

Dah le buruk perangai tu..soal nak berbaik2 antara sesama Melayu pun tak leh settle.Siapa yg mula dan siapa yg batalkan? kata nak menegakkan Islam tapi soal tuntutan agama pun tak mahu ikut..Ingatlah Islam itu akan kuat jika Melayu itu bersatu!! Jgn letak kepentingan kuasa dan politik dlm isu ketuanan Melayu.Esok2 generasi anak cucu kita merempat dan di bodoh2kn oleh bangsa lain..skrg pun dah teruk ini nak tambah lagi..fikir2 kan??

zackeye berkata...

Yang selalu tipu insurans ni ialah orang berkereta besar, mewah dan baru. Mereka akan buat tuntutan supaya kereta mereka menjadi baru semula. Orang yang mempunyai kereta lama ialah orang yang berjimat dan kurang pendapatan atau tidak mahu menanggung hutang baru beli kereta baru. Orang yang mempunyai kereta lama jarang yang buat tuntutan insurans kerana mereka berhati-hati mengendalikan kereta mereka supaya tidak berlanggar.
Nampaknya Najib begitu perihatin dan menaikkan insurans sampai 100% sebagai hadiah 100 hari jadi PM.

Tanpa Nama berkata...

sape malayu yg akan dapat manafaat bila bersatu,,melayu yg macam mana kau nak satukan..golongan melayu islam yg macam mana dapat keuntungan bila retorik kerajan perpaduan bisa terjadi??pas atau PR sanggup berbaik baik dalam hal ni tapi nawaitu UMNO nak kelentongkan orang melayu utk mengenyangkan tembolok golongan melayu tertentu sahaja serta mengembalikan serakah kuasa politik mereka utk meneruskan perjuangan penjajah yg mereka warisi selepas 50 tahun lebih merdeka

Tanpa Nama berkata...

Askum.

Pas masa berkempen kat Manek Urai sekarang tidak bercakap tentang pembangunan yang akan dibuat di situ...sebab mereka tahu kerajaan negeri TIDAK MAMPU...Habis kalu tahu tidak mampu buat apa pengundi nak pilih .????

bapak badigol t.nama 1038 berkata...

tanpa nama 10.38pm. kautu bagahal dogol. nak suruh org fikir bagi peluang pada si najistu. badigol betul. kautu org kayalah. ni org miskin lagila susah nak pakai kete bodoh dek sebab langkah naik insuranstu. bagalpunya tanpa nama 10.38. nak suruh org fikir apa lagi. kautu yg xbefikir!

Tanpa Nama berkata...

yg diperbodoh2kn tu bkn takat anak cucu ko,paling utamanya adalah ko yg takleh nk bezakan mana baik mana burok..mangkok btl..

Ikhwan Muslimin berkata...

tanpa nama 7/11/2009 10.38 PM ; Ingatlah Islam itu akan kuat jika Melayu itu bersatu!!

Nak tanya sikit camna pula dengan Cina Islam, India Islam, "Mat Saleh" Islam, Kadazan Islam, Iban Islam....dsbnya? Apa Rasulullah kata mengenai perjuangan assabiyah? Tak tau, pi tanya ustaz-ustaz UBN engko...

david ahmad muniandy berkata...

aku gaji sebulan campur OT termasuk potongan KWSP, pinjaman wang bank rakyat dan sokso semua adalah RM669.45 untuk bersara hidup isteri dan 3 orang anak siapa nak tanggung.
kereta kancil sekenhen sebiji dan motor honda ex5 sekenhen.

Tanpa Nama berkata...

Salam, yang kaya tetap kaya, tak pernah cuba merasai kesusahan orang lain, seseorang yang pernah melalui erti kesusahan sahaja yang dapat merasa, menilai, faham dan menyelami perasaan serta keadaan yang sebenar. Jika semua itu pernah dilalui oleh seseorang itu, barulah ia boleh diambil pandangannya dan ideianya, jika tidak ianya hanya setakat teori tanpa pratikal. Pemimpin yang unggul ianya Nabi Muhammad. Baginda tidak meninggal harta(harta benda) kepada umatnya, tetapi sebaliknya pimpinan sekarang mengejar harta untuk kesenangan. Fikirkanlah...

Tanpa Nama berkata...

Najib memang berfikiran jauh. Dengan pendekatan ini, Malaysia akan mempunyai rakyat yang berkereta baru. Tapi untuk yang kaya je la kan. Yang tak mampu, naik basikal je la.

Inilah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat..... rakyat yang kaya. Payah cakap dengan orang sekolah tak habis ni..

Tanpa Nama berkata...

Setiap manusia tak boleh lari dari membuat kesilapan, dalam konteks najib ni saya rasa sangat wajar kita menyokong dan menyahut tindakan beliau untuk tujuan kebaikan. Beri peluang kepada beliau memperbaiki dan muhasabah dirinya. Janganlah kita terlampau berfikiran negatif seolah2 Allah tu tidak boleh mengampunkan dosa dan kesalahan2 beliau. Renung-renungkanlah ye.....

Tanpa Nama berkata...

x patut naik harga insuran.. menyusahkan rakyat ! dah x de cara lain ker .. zalimmmmmm

Tanpa Nama berkata...

KAU INGAT RAKYAT NI MAMPU NAK PKAI KERETA BARU JE...BGI AKU DAH HBS BYR XDELAH NAK TAMBAH LAGINYA PAKAILAH SMPAI HANCUR ...KLU NAK PKAI KERETA BARU JE SMPAI MAMPUSLAH DUK BERHUTANGNYA GAJI CIPUT JE....KAU HANYA TAU NAK NAIK JE NAK CLAIM PUNYALAH SUSAH DAN LAMBAT...PIKIRLAH RAKYAT KAT KAMPUNG HANYA KERJA BIASA JE BKANNYA MACAM MENTERI SEMUANYA FREE

aji berkata...

dah la kereta mahal... gaji murah... buat plak rules ni..nak ikut gaya negara maju...tp tak tau ke kebanyakan rakyat tak mampu..kerajaan langsung tak prihatin lahh