05 Ogos 2009

Alif Mim Nun Wau = SARKIS

Oleh : Mr. President
Dari Laman Nurani

Malam ini RTM2 mengulang siar Filem Pendekar Bujang Lapok, arahan P.Ramlee. Apa yang menggelikan hati saya hanya kalimat "Alif, Mim, Nun, Wau = Sarkis". Nak tegelak saya, hahaha...Ada ke P.Ramlee buat filem mengata UMNO=Sarkis? Patut ka? Tak patut-tak patut. Barangkali kalau dia masih hidup, teruk dia kena dengan Najib ni. Mungkin akan diharamkan terus filem tu. Hehehe... Anda nilailah sendiri ya.

Nampaknya, apa yang dinukilkan oleh P.Ramlee ni ada logiknya. Benarlah karyanya, memang UMNO hari ini macam sarkis. Sebuah pentas drama pertunjukan yang dilakonkan oleh watak-watak seperti polis, tentera, pegawai kerajaan, rakyat biasa. Siapa yang untung? Pemilik sarkis la yang untung, mereka yang kaut keuntungan. Siapa pemilik sarkis? Tuan punya UMNO=Sarkis lah...hehehe...Benar nggak?

Maka kita semua boleh nampak, sejak zaman P.Ramlee lagi UMNO ni bermain sarkis, membuat roadshow ke bandar-bandar, ke pekan-pekan, ke kampung-kampung. Macam kisah dibawanya, malahan rakyat yang menonton sarkis ini semakin percaya dengan kisah-kisah dongeng yang dibawa dalam setiap roadshow ini.

Apa boleh buat, baginya pentas dunia hanya untuk bersuka ria. Urusan mati tu belakang kira, apa yang penting, selagi kita hidup, nikmatilah sepenuhnya hidup ini, Seperti pertunjukan hiburan pentas SARKIS.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul la.sudah berpuluh kali tengok tapi tak perasan.

Tanpa Nama berkata...

bkn tak perasan,sbb terlampau lucu sgt,sampai terlepas pandang