08 Ogos 2009

Demo Jalanan Termahal Atau Peluang Untung Yang Dilucutkan??

http://barukabordal.blogspot.com

Dah beberapa hari Sheikh Sambal tak kemaskinikan blog ini. Tiada alasan apa-apa cuma terlampau banyak fikir dalam kepala hingga tak tau mana satu yang nak ditulis, jadi langsung tak tertulis.

Hari ini SS nak tulis apa yang terbuku dalam kepala SS.
Menteri Wilayah Raja Nong Chik kata Demonstrasi pada hari sabtu lepas adalah yang termahal, iaitu menjangkau RM200 juta. OOoomak aaaaii....!!! Banyak tu! Kalau bagi SS sure tak payah kerja sampai 7 keturunan.

Soalan pertama datang ke kepala otak SS ialah... dari mana Raja Nong Chik dapat jumlah tu? Hari Sabtu demo, hari Ahad dah bagi anggaran RM200juta. Buat anggaran memang boleh tapi biarlah yang 'berpelajaran' (educated estimate). Biar ada asas sikit seperti jumlah kedai yang tutup, kerugian yang dihadapai dan berapa lama masa ia berlaku.

Apa yang sebenarnya Raja Nong nak buat ialah mensensasikan kerugian yang kononya disebabkan oleh demonstrasi tersebut. Betul apa yang SS fikir... selepas Raja Nong keluarkan statement begitu, semua media dalam Malaysia mensensasikan isu rugi RM200 sebagan-bagannya.

Maka adalah Persatuan Penjaja UMNgok meenghantar memorandum kepada PM agar bisnis mereka dilindungi dari demo jalanan. Ada juga UMNgok pelawak yang memfailkan tuntutan kerugian beratus juta kepada penganjur demo. Bodo!!

Sebenarnya Demonstrasi Jalanan boleh dan akan membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada bisnis di tempat demo itu dijalankan, dengan syarat lembu-lembu kepala merah diikat di balai-balai. Jangan kasi keluar.

Jika polis menjalankan tugas mereka menjaga keselamatan secara benar (bukan tembak pemedih mata, pancut air berkamikal, tangkap orang sana-sini dll..) semua bisnis di sekitar KL akan mendapat keuntungan besar berbanding dari hari biasa!!.

Bgaimana ini mungkin. Ha ha...begini...
Pada hari itu para pendemo dari segenap pelusuk negara datang ke KL. Katalah 100 ribu orang datang. Katalah setiap seorang akan berbelanja untuk makan minum sebanyak RM10. Maka bisnis makan minum/restoran di KL akan mendapat durian runtuh sebanyak RM1juta.

Perhimpunan aman ini sepatutnya bermula pada pukul 2ptg dan selesai memberi memorandum di Istana Negara pada pukul 4ptg. Ok. Akan ada kesesakan lalu lintas sebab jalan dari TAR ke Istana akan ditutup. (Di sinilah polis sepatutnya memainkan peranan bagi mengurangkan kesesakan dengan mengarah tafik ke jalan-jalan alternatif). Tetapi KL memang dah biasa sesak...disebabkan jalan tutup oleh macam-macam festival di KL sana.

Seusai demo dan penghantaran memorandum pada pukul 4 ptg ke manakah orang-orang yang datang untuk berdemo itu pergi? ha ha...betul. Tentulah mereka akan bertaburan di seluruh KL untuk membeli-belah. Kan bulan raya dah nak dekat, maka masa inilah sesuai untuk membeli-belah barang-barang dan pakaian untuk persiapan hari raya. Katalah 80,000 yang datang orang Melayu dan setiap seorang akan membelanjakan RM100 untuk membeli belah persiapan raya. Maka, RM8juta nilai transakasi akan berlaku. Itu RM100, kalau RM500 ringgit, amacam? Sudah tentu Indon yang jual kain di Arked TAR tu tersenyum sampai ke telinga. Sudah tentu mereka minta lagi banyak demo diadakan di tempat mereka!!.

Bagaimana pula teksi, bas dan LRT? Sudah tentu semuanya akan mendapat tempias daripada 100,000 pendemo yang datang ke KL.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak kedai ditutup awal kerana takut terkena pancut dan gas pemedih mata lembu merah. Juga takut kedai mereka dijadikan tempat perlindungan oleh mereka yang lari dari butuan lembu-lembu tersebut. Jadi siapakah yang sebenarnya menyebabkan kerugian kepada para peniaga di sekitar Kuala Lumpur? Lembu atau pendemo?

Dan bukankah Najib dan kerajaan BN/KDN yang mengarahkan polis bertindak ganas pada hari tersebut. Maka merekalah yang patut disaman bukan GMI atau mana-mana organisasi atau individu yang menyertai demo pada hari Sabtu, 1 Ogos lepas. Pendemo itu hanya datang untuk menghayati hak demokrasi mereka sambil membeli-belah di Kotaraya Kuala Lumpur.
I rest my case....

Sheikh Sambal

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya ke.Teruk sungguh kepala otak pemimpin umno ni.Yang dia tahu duit..duit..wang..wang..rm..rm..lain tak kisah.Apasal tak kira berapa gaji yang nak kena bayar pada polis dan FRU pada hari tu sekali.Boleh le kita bayar sekali.Gaji menteri yang tolong kira kerugian tu pun kita bayar juga.Lepas tu kita timbus sekali menteri semua dengan duit.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU SANGAT PENDAPAT SS

Tanpa Nama berkata...

Banyak nya keuntungan penjaja penjaja di Kuala Lumpur. Bermakna harga barang memanglah dinaikan berlipat ganda, jika tidak masakan keuntungan nya dalam masa beberapa jam sahaja di anggarkan begitu besar.
Saya syorkan pada pengguna berhemat lah berbelanja. Jika pengguna tidak ghairah berbelanja tentu penjaja akan menurunkan harga barang.
Tak tahulah jika angka yang di sebut Raja Nong Cik itu cuma angin panas / hot air sahaja.

gembala lembu berkata...

tak logik langsung
2-3 jam tak berniaga rugi 200 juta
depa ni berniaga apa?
jual dadah ka seludup manusia

mungkin maksud depa lagu ni kut...
bila 100 ribu org tu lari bertempiaran
tak dpt la pelancong2 ISA ni nak shopping
para peniaga kat situ dah set dah
hari tu memang depa boleh untung besar
bila lembu2 kepala merah dibiarkan lepas
KL huru-hara,barang rosak,kedai tutup
bisness pun kantoi...

Tanpa Nama berkata...

depa dok pelari tajuk. hilang kes mansuh ISA orang nampak kes "kerugian". ni tektik lamaaaa.....