Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN akan selesai dibina pada tahun 2010 sebagaimana yang dijadualkan.
Ketua Bahagian Asia Kementerian Perdagangan China, Lu Kejian berkata di Nanning, Guangxi hari ini, Perjanjian Perdagangan Barangan dan Perjanjian Perdagangan Perkhidmatan China-ASEAN sudah berkuat kuasa dan perjanjian berhubung pelaburan pula akan ditandatangani pada pertengahan bulan ini. Demikian menurut Agensi Berita Xinhua China sebagai berkata.
Menurutnya, China selalu mengambil berat terhadap kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan dan menyokong proses integrasi ASEAN. Mekanisme kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu dan mekanisme kerjasama ekonomi sub-kawasan Sungai Mekong merupakan dua penyumbang utama bagi mendorong perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak.
Menurut statistik, nilai perdagangan dua hala China-ASEAN bagi tahun lalu melebihi 230 bilion Dolar Amerika.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan