12 Ogos 2009

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Oleh : Amin Fadzlan

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)

8 ulasan:

saddamalaya berkata...

Perghhh!!! makan dalam....melekat kena muka,lebam kt hati kena ayat tu....dgn aku2 ni pn terasa...

Bagus en3 camni YB...kisah teladan ni..semua dpt faedah...

Tanpa Nama berkata...

memang melakat di hati dan sanubari entry nie...
sya nk mintak kbnran copy entry nie..blhkan ustaz.

hamba Allah yang pemalu...

Tanpa Nama berkata...

Salam. Disini saya nak bagitau le yang ahli Pas yang accident masa p kl untuk demo ISA pada 1 Ogos 2009 iaitu saudara Abdul Wahab bin Othman dah selamat balik kerumah. tapi dia kena p lagi la hospital untuk check up. seorang lagi saudara saya lupa plak nama dia) patah tulang belakang. nasibnya belum diketahui selepas pembedahan dilakukan dikl. sama-sama le kita doakan sahabat kita nie selamat.

Tanpa Nama berkata...

budak tu bodoh, bole la ustaz tu jawap camtu. klu budak tu cerdik...? byk terjadi bila ustaz sendiri x terjawap bila dorang ni terlampau cerdik.

Tanpa Nama berkata...

bagus sgt artikel ni. sy pon terkedu gak ngan soklan gadis ni.
diharap yb terus poskan artikel2 mcm ni lagi..

Saufie berkata...

YB mohon kebenaran copy dalam blog ana... syukran

Abdullah Ngah berkata...

Kan umat Islam berbahagi pada 73 puak. Cuma satu puak sahaja yang diterima. Manakala 72 lagi ditolak, kecuali mereka bertaubat ikut ajaran Rasulullah SAW.

Kita nak macam mana dengan puak puak itu. Macam puak yang duduk dalam Umno juga.Mereka itu jelas dan nyata sesat.

Bukan setakat sesat sahaja, malah mereka juga adalah puak yang zalim yang Allah sebut kekal dalam neraka jika tidak bertaubat.

Macam peniaga juga. Setiap peniaga masuk neraka keculai yang beriman dan bertakwa.

Demikianlah dengan perempuan yang disebut oleh Allah ramai masuk neraka, kecuali yang beriman dan bertakwa. (sholehah).

belum boleh mengundi berkata...

saya sgt terkesima dgn post ni..minta kebenaran copy juge ye YB.

nway, saya xpernah dgr la pasal '73puak2 cuma 1 je yg diterima' ni. Tapi apa2 pon saya rasa kita sbgai manusia TAK ada hak utk menentukan siapa masuk neraka siapa yg masuk syurga.jgn biarkan semangat kpd politik mengaburkan mata kita...

Sedang org yg b'perlakuan rahib sepjg hidupnya boleh masuk neraka kerana 1 perlakuan ahli neraka, dan org yg sepanjang hayatnya berpelakuan bgai ahli neraka boleh masuk syurga kerana 1 pbuatan ahli syurga. So apa2 pon biarkan Allah yang Maha Adil dengan redhaNya yang menentukan.

Kita sebarkan kasih syg dgn amal ma'ruf nahi munkar macam ustaz dlm cerita ni, tp natijah ke mana hati2 kita dan org lain t'letak pd tangan Tuhan.

p/s:
Saya menanti politik Msia akan aman dari pbuatan keji mengeji sesama parti kepada fastabiqul khairat(b'lumba2 mbuat kebaikan).Amiiin