Peristiwa rusuhan "5 Julai" Urumqi tidak akan memberi kesan yang negatif kepada hubungan China dengan negara-negara Islam kerana hubungan kedua-dua pihak amat kukuh.
Utusan Khas China mengenai isu Timur Tengah, Wu Sike menyatakan demikian dalam sidang taklimat di Beijing hari ini. Menurut beliau, selepas peristiwa tersebut, kerajaan dan rakyat negara-negara Islam menyatakan persefahaman dan sokongan terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan China untuk mengekalkan kestabilan masyarakat.Demikian dipetik dari Agensi Berita Xinhua China sebagai berkata.
Sebarang kerajaan dan rakyat negara tidak akan menerima tindakan keganasan yang kejam oleh segelintir orang terhadap orang awam yang bertujuan untuk memisahkan negara. Menurutnya, China dan negara-negara Islam saling menyokong dalam bidang politik dan bekerjasama dalam bidang ekonomi. Hubungan dua hala yang kukuh dan baik itu juga diperlihatkan dalam usaha memelihara penyatuan negara dan kestabilan masyarakat, serta memerangi keganasan.
Wu Sike menyandang jawatan Utusan Khas China mengenai isu Timur Tengah Mac tahun ini. Beliau baru kembali ke tanah air selepas melawat Qatar, Algeria, Syria dan Iran dari 25 Julai hingga 2 Ogos.

1 ulasan:
umat islam akan sentiasa dirundung malang selagi tiada pemimpin yang benar2 beriman yang boleh membela nasib ummat.
ang yang adanya pemimpin ysanggup cium tangan orang yang menyembelih saudaranya sendiri. Kebodohan yang tiada tolok bandingnya.
Toksah cakap negara Islam contoh, tiada apa yang dapat dicontohi sebenarnya.
Siapa yang sanggup bela saudara2 seagama yang ditindas di China, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Pattani, Filipina dan sebagainya?
Kalau ada barulah boleh dipanggil sebagai contoh.
Catat Ulasan