03 Ogos 2009

Perhimpunan GMI berjaya sampai mesej walaupun gagal serah memorandum, kata Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR: Persiapan rapi pihak polis yang mula berkawal di Ibu Negara sejak awal pagi hari ini menggagalkan usaha Gerakan Mansuh ISA (GMI) menyerahkan memorandum ke Istana Negara yang mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Tangkapan awal dibuat sebelum perhimpunan bermula dan kawalan ketat dilakukan di tempat-tempat utama perhimpunan itu diadakan seperti Masjid Negara, Masjid Jamek dan pusat membeli belah Sogo.

Gas pemedih mata yang dilepaskan bertalu-talu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi hampir melumpuhkan semangat mereka yang menjayakan perhimpunan menyebabkan terpaksa bersurai awal.

Tindakan polis meleraikan perhimpunan mengikut ramai saksi mata mengatakan adalah sangat agrersif dan lebih ganas dari tindakan dalam siri demonstarasi sebelum ini.

Bagaimanapun, ketika mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata perhimpunan itu berjaya kerana mesej yang hendak disampaikan kepada kerajaan sudah terlaksana.

"Menyerahkan memorandum itu tidak penting, itu kita boleh buat pada hari lain... yang lebih penting ialah rakyat berani turun untuk menunjukan rasa tidak puas hati mereka terhadap akta ini dan ini adalah satu mesej yang jelas," katanya kepada mStar Online.

Beliau kemudian berkata jumlah yang besar turun menyertai perhimpunan hari ini menandakan sudah sampai masanya kerajaan mansuhkan akta itu.

"Lebih 50,000 orang dari setiap negeri menyertai perhimpunan tadi, oleh itu sudah sampai masanya kerajaan hapuskan akta itu," katanya yang juga merangkap Ketua Whip bagi PAS di Parlimen.

Sementara itu, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata walaupun kecekapan polis telah mengagalkan usaha menghantar memorandum itu tetapi keberanian rakyat turun untuk menyertai perhimpunan itu yang lebih utama.

Ketika mengulas lanjut mengenai langkah yang akan diambil selepas ini, beliau berkata perkara itu akan diputuskan selepas mengadakan perbincangan dengan GMI.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hadi Awang, Lim Kit Siang, Tian Chua, R Sivarasa, Zuraida Kamaruddin dan Dr Hatta Ramli.
Mstar/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.... tahniah peserta demontrasi....hapuskan kezaliman....
tanya sikit...presiden pas dan naib presiden sertai....di mana timbalan presiden....

Tanpa Nama berkata...

harap dpt di adakan himpunan mansuhkan isa dari masa ke semasa biar bertampa bencinya rakyat dengan akta kezaliman yg di gunakan oleh umno babi ni...bangkit semua rakyat malaysia hancurkan umno babi ni dan kuncu-kuncunya....

Tanpa Nama berkata...

yang bantah melayu, yang sokong melayu jugak..

menang melayu yang kalah pun melayu.
best la macam ni.
bangsa lain tgk je melayu perang sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Askum..
berjaya?
apa yg berjaya?
berjaya porak perandakan rakyat dan negara!!!!