17 Ogos 2009

Santai bloggers Pas Perak jalinan ukhuwwah

http://ajijoi.blogspot.com/


GOPENG (15.08.09): Perjumpaan santai bloggers Pas Perak berlangsung dengan jayanya di Hannifa Kem (Kebun Pak Kholil), Jahang Gopeng.

Program yang bermula jam 3 petang itu telah berjaya mengumpulkan melebihi 30 orang bloggers di Perak. Perkenalan mesra di antara bloggers yang selama ini hanya mengenali antara satu sama lain melalui nama-nama samaran dilaman maya mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka.

Laman bloggers yang hadir pada hari ini.

Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs Khalil Idham Lim mengalu-alukan bloggers yang hadir.

Mungkin ramai lagi bloggers Pas di luar sana yang tidak dapat hadir hari ini. Yang tersesat mencari tempat ini pun ada juga agaknya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussein sempat meluangkan masa menghadiri seterusnya memberikan sedikit tazkirah dan taklimat kepada bloggers yang hadir.

Perjumpaan santai bloggers Pas ini hanyalah sebagai permulaan untuk mengumpulkan seberapa ramai bloggers untuk diaktifkan semula blog induk Perakini.

Bloggers muslimat yang aktif membawakan dakwah dan info.

Penulis blog sama juga dengan penyair zaman dahulu. Tulisan anda dapat memberikan maklumat terkini kepada orang ramai dan juga membawa dakwah kepada pembaca. Jika ada terdapat komen yang baik daripada orang-orang umno ataupun yang bukan ahli, tak salah untuk siarkan untuk dikongsi bersama.

Setiap penulisan biarlah berhemah sesuai dengan imej Pas. Dapatkan maklumat yang pasti dan jelas sebelum memberikan apa-apa komen tentang sesuatu isu. Selitkan ayat-ayat al-Quran dan juga hadis Nabi bagi menguatkan hujah tulisan anda.

Semuanya terpegun mendengar taklimat daripada Ust Bakar.

Syoknya dengar Ust Bakar bagi pengisian. Memang berbaloi-baloi ana datang hari ni.

Ana punya blog diambang 5 juta klik. Dalam hutan pun ana boleh update blog. Bubar dun nanti boleh hit 10 juta agaknya.

Anaksengat antara yang menjayakan santai ini. Tahniah kerana kelahiran anak kelima malam tadi. Tambah lagi seorang blogger pas.

Nak taaruf jugak ke? Sapa yang tak kenal saya? Blogger paling digeruni umno.

Macam kumpulan dikir barat pulak. Blogger pas bagan datuk tengah perkenalkan diri.

Hello...hello. Ya. Sekarang ni semangatbesi tengah taaruf dirinya. Ya. Ramai kat sini. Penuh. Ya. Ya. PJ pun ada sama. Ok. Nanti call lagi. Ok. Ok. Bye. (jangan tengok yang depan ni, tu..yang tengah cakap telefon tutup mulut tu. tapi dia bukannya sb)

Blogger anakmuallaf ni peramah orangnya.

Ummianni ni nak perkenalkan diri ke atau mempertahankan diri? Dengan gaya cekak pinggangnya, memang gerun umno tengok. Ataupun sebab cik abang tu tengah zoom tangkap gambar dia kot?

Menulis blog samalah seperti kita bercakap. Nabi bersabda, berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata yang sia-sia. Jadi, menulis blog hanya bila perlu ataupun bila ada maklumat yang hendak disampaikan. Jika tiada perkara yang perlu, tak perlulah menulis blog hanya sekadar suka-suka dan bagaikan terpaksa. Selarikan tulisan anda dan tumpukan satu-satu isu yang hangat pada satu masa untuk menjawab tuduhan dan fitnah musuh terhadap pimpinan dan parti kita. Jika boleh, selitkan tulisan didalam bahasa Inggeris untuk menarik dan memberi maklumat tentang Pas dan Islam kepada pembaca bangsa lain.

Sebaldi langsat, Alhusseyn sorang je balun

Mandi sungai, sudah...makan durian dan langsat, sudah...apa lagi yang belum? oh ye, tidur...zzzzz

Kopek durian pakai tangan je...semangat besi le katakan

Nah! Mike ambik yang ni. Makan pueh-pueh. Nak lagi kabo. Sebakui ada lagi tu

Banyak lagi buah durian tu weh. Habih ni kang, teman balun yang sana punya pulak


13 ulasan:

RAJAWALI berkata...

Menurut ulama Salaf as-Soleh yang bersandarkan kepada dalil-dalil syara, bahawa orang yang suka menghukum masuk neraka dan mengkafirkan pemerintah, mengkafirkan penyokong pemerintah tersebut dan mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa besar, kerana mereka (yang mudah mengkafirkan seperti itu) adalah golongan Khawarij dan Muktazilah.

Rasulullah telah menjelaskan tanda tanda khawarij :
"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang orang yang benar benar jelas kekafirannya)" - Hadith Riwayat Bukhari, Muslim

Sila Komen...

Pak Oncu berkata...

hebat sungguh org perak,,,, tahniah anda semua !!

orang Johor berkata...

salam
bestnye leh joint x? tapi saye cume pembaca blog je.

Syawal Ipoh berkata...

Salam.

Kalau ada lagi perjumpaan, boleh la join...sbb kali ini terlepas. (tak daftar ahli lagi..)

Nnt, boleh lah PAS Perak anjurkan satu seminar menulis blog...hehe....untuk memantapkan lagi cara penyampaian kita melalui internet ni....

Allahu AKbar...!!!!

mAlonG Sufina berkata...

ana nak datang semalam .... mujahidperak ada jemput tapi ada tetamu plak datang rumah. Memuliakan tetamu kan lebih afdhal. jangan lupa jenguk-jenguklah:

http://jueara74.blogspot.com

tepengman berkata...

wahai rajawali yg berilmu...siapa yg kafirkan siapa nih..? dlm quran sebut,sesiapa yg tidak berhukum dengan hukum ALLAH maka dia zalim,fasik dan kafir...jadi kalau ada golongan yg ikhlas nak melaksanakan hukum ALLAH maka wajiblah menyokong..,jangan halang,pelekeh atau cari hadis-hadis utk membenarkan golongan yg terang-terang melawan ALLAH...pikirlah sendiri...

KudaPerang berkata...

Menurut ulama Salaf as-Soleh yang bersandarkan kepada dalil-dalil syara, bahawa orang yang suka menghukum masuk neraka dan mengkafirkan pemerintah, mengkafirkan penyokong pemerintah tersebut dan mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa besar, kerana mereka (yang mudah mengkafirkan seperti itu) adalah golongan Khawarij dan Muktazilah. Betul apa yang saudara kemukakan ini, tetapi setakat ini tiada lagi mana2 institusi, jemaah atau individu dMalaysia yang berbuat demikian kecuali pihak2 berkenaan memang jelas mempunyai tanda2 kekufuran yang memang menjejaskan akidah individu berkenaan.. Jadi sama2 lah kembali kepada Islam sebenar..

naqiubex berkata...

Bestnya boleh bersama sama bloggers.. ada bloggers dari kawasan manjung x?

ibanmuslim berkata...

Tahniah...boleh gembleng untuk bentuk saf yg mantap...

Hamba Allah berkata...

salam moga2 bukan bloggers Pas Perak dapat dikumpul tapi semua bloggers Pas malaysia

Allahu akbar.............
http://abiarwa.blogspot.com

Puan Ainon Mohd. berkata...

Santai sungguh kelihatannya!

botakchun berkata...

How may I associate myself with the group?
Nak berbakti jgk. Umur dah senja…
Tolong nasihat..

botakchun berkata...

How may I associate myself with the group?
Nak berbakti jgk. Umur dah senja…
Tolong nasihat..