SHAH ALAM – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai pemimpin ‘pengecut’ dan tidak menghormati hak rakyat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan membenarkan sesuatu perhimpunan aman dilakukan di stadium.
Zambry dipetik sebagai berpendapat, perhimpunan menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal diadakan di Stadium Perak anjuran Dewan Pemuda Perak akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram dan untuk memenuhi keseronokan semata-mata, lapor sebuah portal berita online tempatan.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, Zambry mengeluarkan ke�nyataan demikian kerana khuatir kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak akan terjejas.
“Beliau tidak dapat menerima kenyataan akan menghadapi lebih ramai penyokong yang membantah pelantikannya sebagai Menteri Besar dan menyeru agar DUN Perak dibubarkan segera.
“Beliau juga menafikan hak demokrasi rakyat untuk berhimpun menyuarakan ketidakpuas�hatian terhadap sesuatu perkara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Katanya, Zambry mesti menghormati hak dan perasaan rakyat kerana apa jua tuntutan menggambarkan aspirasi yang mereka diingini.
Dalam pada itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, cadangan Najib untuk membenarkan sesuatu perhimpunan aman dilakukan di stadium adalah sesuatu yang tidak ikhlas.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya takut berhadapan dengan rakyat yang lantang menyuarakan hak mereka. Pada hakikatnya mereka sebenarnya tidak mahu apa jua perhimpunan rakyat menentang sesuatu dilakukan.
“Mereka bimbang lebih banyak lagi penyokong yang turun dan kedudukan kerajaan akan terancam,” katanya.
Tian Chua berkata, tidak semua perhimpunan aman sesuai dilakukan di stadium sebagaimana yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.
“Contohnya, jika rakyat hendak menghantar memorandum menolak keganasan Israel terhadap Palestin, demonstrasi lebih sesuai diadakan di hadapan bangunan kedutaan berkenaan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian.

5 ulasan:
UBN memang pengecut pun...
zambry memang dah lama takut nak jumpa rakyat! program bersama pelanggan yang dianjur untuk dia diseluruh perak telah tidak mendapat sambutan. lebih baik anda berundur sebab dah melawan tokeh.
Janganlah mudah percaya kata-kata Najib dan BN. Membenarkan rakyat berkumpul distadium cuma satu lawak memperli pihak PR. Kalau mohon mesti tidak akan dapat permit. Ceramah depan rumah yang mengundang pemimpin kecil PR pun polis tidak akan bagi permit ini pula rapat raksaksa yang akan membawa pemimpin besar peringkat nasional tentu payah nak dapat permit.
Dulu kempen pilihanraya membenarkan rapat raksaksa yang dihadiri ramai orang. Rakyat boleh lihat sendiri bagaimana pemimpin dapat menaikkan semangat rakyat dan menjelaskan sesuatu isu terus kepada rakyat. Pilihanraya macam pesta untuk seluruh keluarga tapi dalam tahun tujuh puluhan BN tidak lagi membenarkan kempen sedemikian atas alasan keselamatan dan bahaya gejala pengaruh komunis. Maka bermula pula kempen secara ceramah berkelompok dan rumah ke rumah bisik-bisik. Lepas tu ceramah berkelompok pun susah nak buat kerana tuan rumah kena tekanan oleh konco-konco BN dan polis selalu buat sekatan jalan raya menuju ketempat ceramah.
Memang tawaran Najib itu main-main saja. Jangan harap akan mendapat kelulusan.
dah lama tau mamamk ni pengecut
umno/bn dulu kini selama nya menindas menipu!!!
rasuah pengundi!! dengan kain pelikat/kain batik
ugutan.. menakut kan pengundi dengan berbagai ancaman. kini zaman menakut nakut kan pengundi sudah berlalu..rakyat semakin bijak.rakyat bukan selama nya bolih di perbodohkan..bila rakyat
cerdik umno/bn lingkop/bungkus!!!
Catat Ulasan