KUALA TERENGGANU, 3 Sept: Di tengah-tengah spekulasi sembilan Adun Umno akan meninggalkan parti untuk menyertai Pakatan Rakyat, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin turun ke Terengganu hari ini.
Beliau dijadualkan akan pergi ke pusat masalah dan lubuk kepada Ketua Pembangkang Dun Terengganu, Datuk Harun Taib iaitu Hulu Terengganu.
Muhyidin dijadualkan berjumpa dengan ketua masyarakat jam lima petang ini di Pejabat Umno Hulu Terengganu. Sebenarnya pertemuan petang ini adalah dengan pemimpin Umno tetapi oleh kerana lawatan ini atas nama timbalan perdana menteri, dalam kertas program Muhyidin di sebut bertemu dengan ketua masyarakat.
Muhyidin kemudiannya dijadualkan berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Untuk solat Isya dan Terawih pula Muhyidin memilih Masjid Telok Menara yang terletak dalam Dun Manir yang diwakili Harun Taib.
Ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu adalah Tengku Putera Tengku Awang. Yang Dipertuan PAS Hulu Terengganu adalah Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS.
Sebelum ini, sebuah akhbar politik mingguan, Siasah melaporkan dimuka depannya, jika terbentuk kerajaan baru di Terengganu, Harun adalah calon Menteri Besarnya. Ini kerana, dia adalah ketua pembangkang Dun dan juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Menurut sumber PKR, sembilan Adun Umno telah bersetuju untuk menyertai mereka dan seterusnya bergabung dengan PAS bagi membentuk kerajaan baru di Terengganu.
Adun Ajil, Rosol Wahid menolak laporan ini tetapi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.
Pertemuan juga telah diadakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel terkenal di Kemaman sebelum ini.
Ketika kemuncak masalah Umno Terengganu sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Hussein telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
Dengan kedatangan Muhyidin ke Terengganu hari ini ada yang membuat andaian seolah-olah Hisham gagal untuk menyelesaikan masalah di Terengganu sehingga Muhyidin terpaksa turun sendiri.
HarakahDaily.Net/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan