26 September 2009

Ketinggalan zamankah juga orang Jepun?

Oleh : Zamri Keciks

Saya terpesona membaca laporan berkenaan “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini. Ya bukan di Saudi atau Iran atau Afghanistan tetapi di Jepun iaitu salah sebuah negara termaju di dunia.

Gerabak seumpama ini dilancarkan bagi mengatasi masalah mencabul kehormatan penumpang wanita yang kerap berlaku dalam gerabak-gerabak keretapi di Tokyo yang sentiasa padat, sesak dan sibuk itu. Bermakna perangai buruk mengambil kesempatan ke atas wanita seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara-negara rantau ini tetapi juga di negara yang rakyatnya berpendidikan dan berpendapatan tinggi seperti Jepun.

Rupanya langkah memperkenalkan gerabak seumpama ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat Tokyo khasnya golongan wanita termasuklah para pelajar dan kanak-kanak perempuan.

Ironisnya apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan laluan asing untuk wanita di pasar-pasaraya satu ketika dahulu serta mengasingkan penonton-penonton wanita dalam konsert-konsert kesenian Islam, para pengkritik termasuk NGO wanita tertentu mengatakan langkah ini sesuatu yang kuno dan ketinggalan zaman.

Langkah di Tokyo ini bagaimana? Kuno dan ketinggalan zamankah juga orang Jepun? Kenapa tidak diunjurkan agar kaum lelaki mengawal sendiri nafsu mereka sebagaimana saranan bijak pandai di sini?

Alhamdulillah Islam telah melihat masalah ini sejak awal-awal lagi dan mengemukakan kaedah penyelesaiannya bagi mengatasi masalah sosial yang sesuai dipraktikkan buat semua zaman. Benarlah al Quran itu petunjuk buat semua umat manusia!



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA KAGUM DENGAN USAHA KERAJAAN JEPUN.
BUKAN ITU SAJA MALAH BENDERA PUN NAK SAMA DENGAN BENDERA PAS.CUMA WARNA SAJA BERBEZA.JEPUN GUNA MERAH SEBAB MATAHARI TERBIT.PAS GUNA PUTIH SELEPAS LANGIT CERAH.

SATU PENEMUAN DALAM JMBRAS SINGAPORE SEKITAR TAHUN 1940AN MENYATAKAN BEBERAPA ALAT PENEMUAN MASYARAKAT MELAYU LAMA DALAM GUA KELAMBU PULAI BALING KEDAH BERSAMAAN DENGAN ALATAN YANG DITEMUI DI JEPUN.INI MENUNJUKKAN BAHAWA ORANG JEPUN SUDAH MENETAP DALAM GUA-GUA DI BALING DAN MEMBAWA BALIK ATAU MENIRU ALATAN TERSEBUT DI NEGARA MEREKA.JUSTERU BILA TUN DR MAHATHIR MEMBAWA SLOGAN PANDANG KETIMUR(JEPUN) SEBENARNYA ORANG JEPUN DAH DATANG AWAL KE TANAH MELAYU KHASNYA DI BALING(RUJUK ARTIFAK YANG DIJUMPAI)

kem aman berkata...

o0o0o...

Ingatkan PAS yang memerintah TOKYO.. klu di Kelantan memang teruk kena maki di SIS dan Majlis Peguam.. mane SIS (Sister In Syaitan) ni.. tak nak bela ke kaum hawa.. mintak hak asasi kaum wanita.. jangan asingkan wanita dari lelaki.. ini menghina martabat wanita.. pooorah..

pengguna komuter berkata...

kagum dgn jepun, walaupun bukan sebuah negara ISlam. tindakan ni sepatutnya diaplikasi oleh negara2 Islam. di malaysia sndiri, sy selalu tertekan duduk dalam tren komuter/LRT/etc yg sesak bercampur gaul laki perempuan lebih2 lg bila padat mengalahkn tin sardin.yg memisahkn jarak hanya selapis dua kain pakaian. bilalah malaysia nk wat camni... huih~

Tanpa Nama berkata...

haha teringat saya masa tahun 84-88 study kat KL..bersendat naik bas mini...kadang tak tahan juga godaan...hehe
Org jepun pun manusia..mereka pun..... keras juga...sebab itu kena asaingkan...hidup jepon

Tanpa Nama berkata...

saya berpandangan cara jepun buat tuh bagus.mmg nak jaga maruah perempuan.seingat saya juga, sexual harresment di jepun cukup tinggi.sehinggakan kerajaan berbuat begitu,mengasingkan pengguna perempuan dan lelaki dlm sistem trail.kerajaan jepun cukup peka.tapi kerajaan 1 malaysia.lebih suka ini berlaku (sexual haresment).kerana inilah budaya 1malaysia.

Tanpa Nama berkata...

yang kuno dan tak bertamadun hanyalan UMNO didunia ini...