26 September 2009

Tiada laporan kematian H1N1, angka kematian kekal 77 orang

KUALA LUMPUR: Sejak Jumaat sehingga semalam tiada kematian baru akibat influenza A (H1N1) dilaporkan, dengan jumlah kematian terkumpul kekal 77 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sementara itu, jumlah pesakit baru yang dikesan dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) hari ini ialah seramai 192 orang dan telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Seramai 150 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di hospital dengan 25 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 23 mempunyai faktor risiko antaranya lapan kanakkanak bawah lima tahun, lima penyakit kronik, lima obesiti, tiga penyakit respiratori kronik, satu hamil dan seorang warga emas, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail juga menasihat orang ramai yang kembali dari kampung diminta mendapatkan rawatan segera jika mempunyai simptom ILI. BERNAMA

mStarOnline /-

Tiada ulasan: