08 September 2009

Khalid Samad: UMNO Dalang Sebenar Isu Kuil

(TV Antara) - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyanggah dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien bahawa Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas berikutan isu insiden membabitkan pemindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.

Khalid ketika dihubungi oleh TV Antara berkata, tanggungjawab kerajaan negeri telah dilaksanakan dengan sebaiknya lalu mengadakan dialogsupaya penduduk Seksyen 23 dapat mengutarakan sebarang permasalahandengan lebih jelas.

"Kita telah menjalankan tugas untuk mengadakan dialog. Itu tanggungjawab kita tetapi bila mereka-mereka yang menjadi penimbul masalah semamsa dialog itu, adalah orang-orang yang sama yang mengarakkan kepala lembu dab oleh kerana mereka tidak dikenakan sebarang tindakan, dan Hishamuddin sendiri menyatakan sokongan tindakan biadap mereka itu, maka itulah yang menyebabkan dialog itu tidak dapat berjalan dengan baik," ujarnya.

Katanya lagi, sokongan yang diberikan oleh Hishamuddin sekali gus memarakkan lagi semangat anti perkauman sehingga menimbulkan kekecohan pada sesi dialog yang berlangsung dalam Ramadhan yang mulia.

"Kegagalannya adalah daripada pihak kerajaan pusat yang memberikan pelindungan dan pembelaan serta sokongan dan dokongan kepada golongan pelampau yang diberikan kebebasan untuk bertindak sesuka hati," katanya lagi.

Malah dalam nada tegas Khalid berkata, tiada seorang pun ahli PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terlibat dalam siri kekecohan yang berlangsung diSeksyen 23 shah Alam dan pada sesi dialog di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Namun katanya lagi, sekiranya terdapat ahli PAS mahu pun PKR yang turut serta dalam insiden yang memalukan itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka sebagai ahli parti lantaran tindakan yang bercanggah itu.

"Berhubung dengan ahli PAS dan PKR, setakat mana yang kita lihat semua yang bercakap pada hari yang berkenaan adalah orang UMNO. Tak ada seorang pun yang ahli PAS. Walaupun mereka mengakui mereka dari PAS, PKR dan sebagainya tetapi pengakuan itu hanya sekadar pengakuan dan tidak ada satu perkara yang terbukti," tambah beliau lagi.

Beliau menambah, sekiranya pakatan pembangkang tidak pernah berkompromi terhadap kebiadapan sedemikian rupa, mengapa tidak UMNO juga mengambil tindakan yang sama terhadap ahli mereka yang terlibat.

"Sekiranya ada orang PAS atau PKR sekalipun, kalau mereka buktikan keahlian mereka, maka kita akan ambil tindakan untuk memecat mereka kerana tindakan mereka bercanggah dengan dasar-dasar dan nilai yang dibawa oleh parti dan sekiranya UMNO sendiri benar dengan sikap mereka menolak ekstrimisme, maka mereka seharusnya mengambil tindakan yang sama," tegas khalid.

Ujarnya lagi, pihaknya tetap berpendirian kekecohan yang berlaku berpunca dari mainan UMNO.

"Mereka cakap itu hanya untuk menutup hakikat bahawa, ianya sebenarnya memang ditaja oleh UMNO Barisan Nasional. Hakikat ini terbukti dengan campur tangan Noh Omar dan sokongannya yang ditunjukkan oleh Hishamuddin," katanya.

Dalam satu perkembangan yang lain, ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim turut mempunyai pandangannya yang tersendiri berkenaan dengan isu kuil.

"Soalnya ini bulan puasa, kedua itu kita cerita pasal 1 Malaysia, semenjak sebut I Malaysia, semenjak pilihanraya 2008, isu kaum dibangkit-bangkitka n dan gayanya secara langsung dan tidak langsung seolah-olah itu sahaj modal yang ada. Tidak ada jalan lain sebenarnya. Mungkin dulu isu kaum itu orang sudah memberontak tapi kita lihat orang dan kumpulan tertentu yang hangat sangat," ujar Nasir.

Nasir juga berkata, setelah lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sepatutnya kerajaan bersikap waras dan matang dalam menangani isu perkauman.

Beliau berkata demikian setelah mendengar 16 Hindraf ditahan dalam upacara nyalaan lilin di ibu negara baru-baru ini.

"Yang baru-baru ini Hindraf kena tahan, bawa bunga dan sebagainya, yang satu lagi bawa kepala lembu yang merupakan simbol kepada kepada kaum India, dipijak dan dilidah, tidak satu pun yang kena tahan. Polislembab dan nampak sangat seolah-olah kalau isu kaum ini berlaku, BN boleh dapat balik 5 negeri termasuk wilayah. Itu harapan mereka. Di mana 1 Malaysia? 1 Malaysia itu hanya omong-omong kosong sahaja. Benda itu satu hipokrasi," ujarnya beliau.

Majlis dialog yang berlangsung pada 5 September lalu bertujuan memberipenerangan dan mengumpul maklum balas berhubung cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil Hindu berusia lebih 100 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Penduduk di Sekysen 19 telah merungut sekian lama bahawa kuil itu terletak hanya kira-kira 20 meter daripada kawasan perumahan dan menimbulkan pelbagai kemusykilan.

Kerajaan Barisan Nasional,baik di Selangor mahupun di peringkat Persekutuan akur dengan rungutan itu tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk bertahun-tahun.

Setelah mengambil alih pemerintahan Selangor tahun lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan cadangan untuk memindahkan kuil itu ke sebuah tapak industri di Seksyen 23 yang terletak kira-kira 200 meter daripada kawasan perumahan, dan bukan lagi 20 meter seperti di Sekysen 19.

Malangnya dialog itu "disabotaj" UMNO.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

u see!!!!

Tanpa Nama berkata...

sini baca lain....kat sana baca lain... pelik la weiii...yg mana satu betol ni...org politik sekarang mengalahkan artis laa, gosip bnyk sngt...xtau mana satu betul mana satu tak.. cam maleh la nak ambik tau (tp kena mik tau gak), yg aku baca diaorang bantah sbb kuil da bnyk sngt dkt selangor tu (aku baca kat blog tempat tu laa), kuil lagi bnyk dari masjid...diaorang berani bantah sbb PR ni lebih pentingkan rakyat,kalo masa BN dulu mana diaorang berani...kalo sesape yg x pernah dtg batu caves mai la tngk sendiri...asal mimpi je mau bina kuil, mimpi je bina kuil....tu yg terlebih tu... berani bantah sbb PR pentingkan rakyat katanya.....

......xxxxx......

Tanpa Nama berkata...

biasa la YB,itulah keja musuh(umno)untuk menjatuhkan kerajaan pekatan

Tanpa Nama berkata...

sabar lah yb... sesungguhnya kezaliman akan hancur akhirnya...

Tanpa Nama berkata...

biasa ar...
kata celaka, pemuda semua keluar...
konon nya demi UMNO...
kes kuil ni mana pegi semua pemuda UMNO...
da bacul ker???
baling batu, sembunyi tangan...
tu adalah cara penakut...