28 September 2009

Meriah, 5000 hadir hari terbuka ADUN Titi Serong.

ADUN Titi Serong dan Isteri dikerumuni oleh kanak-kanak untuk mendapatkan "duit raya".

PARIT BUNTAR, 26 Sept.:- Kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini di kongsi bersama oleh sekitar 5000 orang pelbagai lapisan masyarakat dalam DUN Titi Serong tidak mengira bangsa dan agama dalam Hari Terbuka Aidil Fitri ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim yang diadakan dihadapan Pusat Khidmat ADUN Titi Serong di sini.

Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr. Mujahid Yusof Rawa, Exco Agama Perak Pakatan Rakyat, YB. Hj. Zainuddin Yusof, YB.Chan Lih Kang(Teja), YB. Hussin Din (Selingsing), YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol), YB. Chan Ming Kai (Simpang Pulai) dan YB. Abd. Yunus Jamhari (Kuala Kurau). Selain itu hadir Sama ialah YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim bersama AJK PAS Kawasan yang lain.

Drs. Khalil bergambar bersama dengan ADUN Pakatan Rakyat Perak yang hadir. Penampilan istemewa, ADUN Simpang Pulai, YB. Chan Ming Kai, dan ADUN Teja, YB.Chang Lih Kang berbaju Melayu dan bersongkok.


Semua tetamu diatas telah diberi peluang untuk memberikan ucapan Hari Raya kepada para hadirin.

Program yang diadakan dari Jam 3.00 petang hingga 6.oo petang itu seawalnya telah bermula pada jam 2.30 petang apabila ramai yang hadir lebih awal.

Suasana lebih ceria bagi kanak-kanak dengan pembahagian duit raya oleh Drs. Khalil bersama isteri sepanjang program berlangsung. Sebanyak hampir 1000 sampul duit raya telah diagihkan.

Drs. Khalil dan isteri mengambil peluang sepanjang program untuk beramah mesra dengan hadirin yang hadir.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis tahunan anjuran Pusat Khidmat ADUN Titi Serong ini" Ucap Drs. Khalil kepada yang hadir.

Semasa ditemui ADUN Lubok Merbau yang juga Exco Agama Pakatan Rakyat Perak menjelaskan sambutan yang meriah diberikan kepada Majlis anjuran ADUN Titi Serong ini mengambarkan sokongan yang masih kuat kepada Pakatan Rakyat di negeri Perak.

"Saya ucapkan tahniah kepada ADUN Titi Serong dengan kejayaannya mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan agama pada hari ini"

Semasa memberikan ucapan,ADUN Teja,Chan Lih Kang menyatakan " Semuanya nampak baik dan ceria pada petang ini , cuma yang tidak baik ialah DUN Perak masih belum dibubarkan".

6 ulasan:

My Dekat Sini berkata...

Program yang menghimpunkan segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum seperti ini perlu diperbanyakkan demi kelangsungan politik PR secara khususnya dan perpaduan masyarakat secara amnya. Sebagai contoh sukaneka yang melibatkan penyokong² parti komponen PR boleh diadakan bagi mengerakkan penyokong² PR melahirkan aspirasi perpaduan secara bersama.

Wujudkan program² yang memerlukan setiap penyokong PR berganding bahu secara bersama tanpa terikat dengan bendera parti masing².

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Puan Ainon Mohd. berkata...

Yang mulia YB, tahun depan pakailah baju Cina, baru betul-betul Islam untuk semua!!

Hamba Allah berkata...

Alhamdulillah YB semoga sentiasa mendapat rahmat dariNYA

http://www.kuasatwitter.com/index.php?ref=merto007

Tanpa Nama berkata...

Drs,Setinggi perhargaan dan tahniah di atas kejayaan Pusat Khidmat ADUN Titi Serong mengadakan Sambutan Aidil Fitri dgn jumlah kehadiran yg luar biasa.Semoga dpt diterus di masa masa mendatang.Kindly share more photos regarding the programme.Gracias and best wishes.Nona Ratana Chulaborn.

Teropong berkata...

Tahniah YB kerana berjaya mengadakan jamuan raya yg cukup meriah walaupun sederhana.Pelbagai masyarakat berbilang bangsa yg hadir. Respek juga dengan kehadiran seseorang yg agak terkenal dari sebelah sana.soksek soksek rupa-rupanya atas dasar kawan dan saudara sesama Islam.Moga-moga terbuka hati untuk menyertai kami.Apa pun respek la kat bro