Oleh : Zamri keciks
SHAH ALAM, 8 Sept. : PAS semalam mempelawa secara terbuka mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) khususnya di Pulau Pinang yang bermasalah untuk menyertai perjuangan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, krisis yang melanda BN di negeri tersebut adalah petanda yang jelas bahawa berlakunya keretakan dalaman.
“Kita maklum pergolakan yang melibatkan ADUN dan ketua bahagian sudah menjadi perkara biasa dalam BN, tetapi apa yang jelas keretakan itu semakin ketara apabila wakil rakyat itu sendiri sudah mengeluarkan kenyataan kepada media,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Sinar Harian yang melaporkan terdapat seorang ADUN BN dari Pulau Pinang yang mengugut untuk meletak jawatan kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima oleh parti tersebut.
Laporan tersebut menyatakan jika tiada perubahan berlaku, ADUN tersebut akan meletakkan jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan digantikan dengan wakil rakyat baru yang sealiran dengan pihak terbabit.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, jika krisis wakil rakyat tersebut tidak dapat diselesaik:an dalam masa terdekat, pilihan yang ada untuk ADUN tersebut adalah menyertai pakatan pembangkang.
“Kita nyatakan, PAS dan rakan komponen bersedia menerima ADUN ini jika beliau sudah tidak sehaluan dengan BN, bagaimanapun perpindahan tersebut mesti:lah ikhlas tanpa melibatkan unsur-unsur negatif,” katanya.
2 ulasan:
ana rasa...tak payah la terima depa tu.....suruh depa letak jwtn adun....buat prk semula....
Assalamualaikum ustaz saya copy berita ni ye...
Catat Ulasan