Zamri Kecik's
Berita terakhir kita dengan berkenaan bekas MB Selangor dan ADUN Sg Panjang Dr Khir Toyo adalah bahawa beliau disiasat hampir 6 jam oleh SPRM berhubung beberapa pertuduhan rasuah terhadapnya.
Tiba-tiba di muka depan akhabr Sinar Harian hari ini terpacul gambar Khir menunjukkan laporan polis dengan tajuk:
Dr Khir terima ugutan maut.Akan ditembak jika terus usaha jatuhkan kerajaan PR Selangor.
Baguslah jika beliau telah buat aduan kepada pihak polis dan kita harapkan pihak polis juga akan segera menyiasat dan kalau ada asas seret sipenulis surat ini ke pengadilan. Rupanya kata Khir ini bukan kali pertama beliau diugut. Katanya:
Sebelum ini saya juga dapat banyak ugutan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi saya tidak hiraukan.
Sepatutnya ugutan melalui telefon dan SMS lah dilaporkan kepihak polis. Nombor pemanggil dapat dikesan serta memudahkan penyiasatan, kalau melalui surat ini sukar sedikit rasa saya.
Cuma yang saya musykil bahawa kata Khir ugutan bunuh dibuat terhadapnya kerana kononnya mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kalau benda atau perkara yang hampir pasti mungkin boleh kita ambi lkira juga tetapi perkara yang di awan-awangan apalagi yang hanya bermain pada mimpi-mimpi dan angan-anagan Mat Jenin ni kita risau sedikit.
Kemudian Khir menokok bahawa kerajaan PR ini lemah dan tidak kukuh. Betulkah begitu? Sebagai Ketua Pembangkang padanlah kalau Khir kata begitu,takkan nak kata kerajaan PR ni baik, mesra rakyat, telus,bersih lebih baik dari kerajaan BN Selangor pimpinannya dulu.
Apa pun memandangkan Khir dah buat laporan polis, biarlah polis menyiasat. Tetapi jangan pula kerana kes ini maka kes-kes lain ditutup atau ditangguh.rakyat Selangor ternanti-nanti hasil siasatan SPRM terhadap Khir itu. Bila nak didakwa?
Selamat Hari Raya Datuk, insyallah selamat hingga ke anak cucu.

4 ulasan:
Alah..itu cuma nak mengalihkan perhatian orang ramai terhadap siasatan SPRM terhadap beliau..
Biasa lah org politik..
Jangan ingat orang ramai tidak tahu....
Orang tua2 kata makan harta tak halal,jiwa kita
tidak tenang.Kita dudok sorang2 pun kita perasan ada orang nak khianati kita.Orang pandang,kita rasa orang dok cerca kat kita.Jiwa
kita gelisah.Untok itu YB Sg Panjang,saya nasihat banyak2lah beristifar,minta ampun atas
apa kesalahan yang lalu kepada Allah.Sebagai
pembangkang,bagi lah kritikan membina dan tidak
hanya mencari peluang untok menjatohkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Beri lah peluang kerajaan PR mentadbir.Biarlah rakyat
menilai dlm pilihanraya nanti.
yang tukang tulis dan kirim surat cinta tue...naperlah pendek akal sangat!
kalo sayaler...(baca: gurau!)
nak bunuh khir toyo...tak payah hantar surat. tunggu jer depan pagar umah dia. sat keluar..tembak jer! mudah dan pantas!
dua tiga minit...kompen masuk tv.
mantan mb selangor mati dibunuh.
tak payah hantar surat pun!
hantar surat ugut-ugut nie..mainan budak-budak jer.
mati hidup balik..aku tak percaya ader orang nak bunuh khir toyo tue. baper harga dia?? RM500 juta?? kucing kat umah aku lebih murah dari harga diri dia tue.
maaflah aku tak percaya ko..khir toyo!
alaa,orang kg bley la tipu...cm bodoh je..
Catat Ulasan