23 September 2009

Takbir dan ziarah Raya bersama ADUN Teja.

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com

ADUN Teja,Gopeng YB Chang Li Kang (Berbaju Putih) sekali lagi melanggar budaya yang selama ini tidak pernah diamal dan praktikkan oleh Umno dan BN..Bunyinya "Pelik" tetapi benar,mungkin juga satu "Record di Malaysia" apabila bersama-sama penduduk islam di Gopeng dalam program "Takbir dan Ziarah" pada malam Hari Raya semalam.Beliau yang diiringi pembantunya kelihatan tidak langsung janggal dalam mengikuti dan bersama-sama penduduk tempatan dalam program "Ziarah dan Takbir" dan sentiasa kelihatan ceria.


.



Sikap rendah diri dan bersahaja tanpa banyak protokol,menjadikan penduduk tempatan mudah mesra dan mendekati beliau.Gambar atas,kelihatan YB Chang Li Kang sungguh berselera apabila dijamu dengan makanan tradisi orang melayu iaitu Lemang dan "Ayom Rondang Podeh"..kato urang rawo..Hebattt.



Sempat juga bergambar dengan tuan rumah yang beliau ziarahi dalam program "Takbir"pada malam tersebut.Tahniah YB..!!kerana dapat ziarah hampir kesemua 12 buah rumah penduduk tempatan yang hampir mencecah Jam 12.30 pagi barulah program tersebut berakhir.



Keceriaan Barisan "Pemuda Manco" Pakatan Rakyat yang setiasa bersama-sama dalam program ziarah ini sehingga ke akhirnya.Mereka ini adalah sebahagian petugas keselamatan yang diamanahkan untuk menjaga YB ADUN Teja ini.Terima kasih dengan bantuan lu orang bro...



YB Cahang Li Kang memberikan sedikit ucapan penutup diakhir program ziarah pada malam tersebut.Beliau sangat gembira dan berpuashati kerana tercatat satu sejarah di Negara kita seorang YB yang bukan Islam dapat bersama-sama dalam program ziarah dan takbir raya dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum dan pimpinan di DUN Teja ini.Ucapan beliau yang dimulai dengan Salam dan diakhiri dengan bacaan wa bil la,hi tau fik,wal hidayah...memukau para hadirin dalam rombongan tersebut...mantop yeop..





Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian ahli rombongan Ziarah ini sehingga terpegun mendengan ucapan penutup YB walaupun jam udah meletakkan jarumnya pada nombor 12 dan nombor 6 iaitu udah pukul 12.30 pagi yeop.Tahniah kepada YB ADUN Teja serta penduduk tempatan Gopeng kerana telah berjaya dan mencatatkan sejarah bersama YB bukan Islam dalam program "Ziarah dan Takbir" pada tahun ini. Semoga program ini dapat diteruskan dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan pimpinan Pakatan Rakyat dinegara ini...Takbirrr

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas...!! Rasa terharu bila tengok org bukan Islam tidak lagi takut/fobia pada Islam.

Tanpa Nama berkata...

ini lah yang dikatakan penghayatan kepada '1Malaysia'.. Tapi kenapa cuma ada pada jiwa orang-orang Pakatan? Kenapa tak AMNO? Apa kah Amno ini cakap tak serupa bikin..atau ta'at setia kepada kerajaan itu umpama ibadah dan tanggung jawab kepada orang-orang Pakatan.