01 November 2009

Kenyataan Media (30 Oktober 2009)/BAJET PERAK TIDAK BERNILAI: RUJUK PERUNDANGAN SEGERA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjelaskan bahawa ‘Bajet’ yang dikatakan telah dibentang oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir amat jelas bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Am Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau telah digantung untuk menghadiri Dewan malah di hadapan Speaker yang tidak sah mengikut Undang-Undang.

DPPN Pk menegaskan bahawa implikasi pembentangan tersebut amat bertentangan daripada sudut kesahihan ‘Bajet’ tersebut kerana proses perundangan yang masih berjalan akan memberikan kesan buruk walaupun media arus perdana masih memainkan istilah ‘Bajet’ yang telah dibentangankan pada 28 Oktober yang lalu jelas tidak sah.

DPPN Pk mencabar Datuk Seri Dr. Zambry membuktikan bahawa ‘Bajet’ yang telah beliau bentangkan tersebut sah mengikut Peraturan Am DUN Perak. Jika beliau tidak berani bersemuka untuk membuktikan ‘Bajet’ tersebut adalah benar, rakyat harus memberikan signal yang jelas kepada beliau kerana telah berbohong kepada rakyat.

DPPN Pk melihat selagi proses berkaitan Menteri Besar, Speaker dan 3 orang ADUN Bebas tersebut masih di dalam proses perundangan, sudah pasti perkara yang telah dilakukan adalah tidak sah dan juga tergantung. DPPN Pk meminta rakyat menunggu keputusan Mahkamah daripada mempercayai ‘Bajet’ yang tidak sah tersebut.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: