19 Oktober 2009

Meriah : Lebih 10,000 hadir Majlis Aidilfitri PAS Perak.

BATU Gajah, 18 Okt :-Sambutan Aidilfitri Pas Perak yang diadakan di Arena Square, Batu Gajah telah menerima kunjungan yang luarbiasa daripada orang ramai. Kehadiran pimpinjan dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh Perak menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat. Mereka bertali arus sejak awal sehingga jalan masuk ke tempat jamuan didapati sesak dan kenderaan berjalan perlahan.

Jangkaan kehadiran oleh pihak penganjur hanya sekitar 6,000 orang telah tersasar apabila lebih daripada 10,000 orang yang bertali arus mengunjungi Arena Square tanpa henti sehingga jam 3 petang.

Jamuan yang bermula jam 11.30 pagi telah kehabisan makanan yang diperuntukkan untuk 10,000 orang seawal 1.30 tengahari lagi. Antara menu yang habis awal ialah Nasi, satey, cendol dan lemanag. Makanan tambahan berupa bihun sup terpaksa dimasak disitu oleh Ust Faisol bagi tidak menghampakan kunjungan ramai yang tanpa henti daripada seluruh pelusuk negeri Perak.

Dalam ucapan ringkasnya Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein amat berbesar hati dengan sokongan serta kunjungan orang ramai ke majlis hari raya yang dianjurkan disitu.

Selain itu ucapan tahniah dan penghargaan patut diberikan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang diketui oleh Setiausa PAS Perak, Ust. Misbahul Munir masduki dan Bendahari PAS Perak , Hj.Abd. Rahim Arif. Memilih tempat yang selesa dan penyusunan gerak keraja petugas yang teratur telah menyebabkan program berjalan lancar sehingga akhirnya.

Bersempena dengan Jamuan itu diselitkan juga dengan pelancaran "orang muda gengkita" oleh Dewan Pemuda PAS Perak, ianya disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak.

Selain itu kelihatan hadir sama untuk meraikan kehadiran tetamu ialah ADUN-ADUN PAS Perak, mereka ialah YB. Mohd.Zainuddin, YB. Ramli Tusin, YB. Khalil Idham Lim dan YB. Anuar Sudin.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami org BG sngt berbesar hati..

Man Dego Kg Bendera berkata...

Aaaiya Apek errrr.... Makan free atak lamai la.

Tanpa Nama berkata...

Pas perak perlu lebih banyak program bersama rakyat perak

Tanpa Nama berkata...

Rumah Kak Midah mike tu pun makan free gak...tak ramai pun...ape ke hei man dego kg bendera

masuksuku berkata...

salam yb
man dego kg bendera..apa ke jadah ekau cakap ni..cakap melayu pun tak pandai lagi ke..itu lah sekolah orang umno..lebih baik sekolah dewasa atau pergi PASTI..ustaz dan ustazah akan ajar berbahasa malaysia yang betul..
yang datang masa jamuan tu majoriti orang melayu..islam..engkau hina tu jika engkau melayu..maksud nya hina sesama islam..
aku pun datang dgn anak ..tak dapat jamah apa pun..tak marah pun..anak aku pun relax je..sebab depa tau datang bukan nak makan..hanya menunjukkan sokongan kami terhadap PAS..

Abah Along berkata...

Salam,

Kepada semua petugas, khususnya UPU Sg Rapat. TAHNIAH atas kerja kuat semua, semoga Allah memberi ganjaran yang sepadan kepada kalian.

Tmn Kesuma, Ampang

Abah Along berkata...

Salam.

Kepada semua petugas, khususnya UPU Sg Rapat.
TAHNIAH, teruskan kerja kuat kalian. Semoga Allah memberi nilaian atas kerja2 kalian semua.

Taman Kesuma/Ampnag