26 Oktober 2009

Mesyuarat Khas PAS Pusat Ganti EGM - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt : PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya.

-- BERNAMA

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah

saya baca surat khabar perdana, tidak menulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti selalu sejak dua menjak ini seperti ingin menghilangkan rasa hormat kita umat islam kepada beliau.. bila sya baca dlam harakah daily juga begitu.... apa maksudnya ini.. sudah hilangkah hormat kita pada beliau.. Allahuakbar... jangan terpedaya dengan mainan kotor orang-orang umno..

bita0206 berkata...

Satu jer cara untuk mengembalikan kekuatan PAS. TGHH sendiri perlu menyokong saranan TGNA untuk mengadakan EGM. Kerana gabungan TGHH dan TGNA adalah yang terbaik dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

Satu ketika dulu, kita ada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, ahli Jawatankuas Pusat dan Mursyidul Am sebagai jawatan tertinggi dalam PAS. suatu ketika kita amat menyayangi pemimpin kita. Memandang wajah mereka seolah2 kita terlihat pancaran cahaya dari ahli syurga.

Semakin lama, kita semakin teringin untuk menang, teringin untuk cepat2 memerintah Malaysia. Kita membuat analisis terhadap keputusan pilihanraya lepas. Beberapa tempat kita meletakkan calon, DAP jugetakkan calon.ka dicampur jumlah undi kedua2 calon, kita boleh megalahkan BN. Oleh yang demikian kita bersetuju untuk berpakat dengan parti lain untuk menjatuhkan BN. Kita namakan dia tahalluf siasi. Kita yakinkan ahli bahawa tahalluf siasi dibolehkan. Yang sebenarnya tahalluf siasi adalah satu2nya jalan kalau kita nak menang pilihanraya menurut waqi' di Malaysia. Natijahnya kita dapat meyakinka mereka untuk mengundi kita dan kita berjaya memenangi beberapa negeri.

Keadaan ini menyebabkan BN tak senang duduk. Kita buat analisa dan BN juga buat analisa. Kemenangan bergaya ini adalah hasil dari masyarakat cyber. PR menyerang saraf menggunakan cyber. Masyarakat yang membaca internet terpengaruh untuk mengundi PR. Oleh yang demikian BN melancarkan sayap cyber mereka. Tidak hanya dengan melancarkan blog2 pro BN, mereka juga memasuki blog2 pro PR, tidak hanya sebagai pembangkang dalam blog berkenaan, tapi juga berlakon sebagai adik-beradik kita. Mereka cuba mencari kepercayaan penyokong2 PR, mencari simpati atau mungkin memberi simpati.

Bila ada peluang, mereka cuba meracuni golongan cyber. Ada peluang yang lebih besar mereka cuba memfitnah, mencucuk jarum, melaga-lagakan antara PR. Dan... of course! Mereka berjaya. Sesedap hati mereka mengutuk pimpinan kita dengan gaya bahasa yang sungguh biadap. Seorang lagi menyahut, dengan gaya bahasa yang sama, mengutuk sepuas-puasnya, memaki sepuas-puasnya. Saya tak pernah dengar TGHH dihina, dimaki, dicaci. Ahli PAS sejati tak pernah berbuat begitu. Tapi dengan berkat usaha yang tekun puak2 BN yang berjaya masuk ke blog2 PR ini, kata2 kesat terhadap pimpinan seolah2 sudah menjadi lumrah. Bila ada yang membela, orang yang membela berkenaan akan dikutuk pula sekeras-kerasnya.

TGNA juga pernah dihina, dicaci dimaki. Tapi Alhamdulillah, orang UMNOpun ada yang hormat dan sayang pada TGNA. Tapi bila tiba giliran TGHH, Ustaz Nasha dan Hassan Ali, yang membela juga akan dihukum. Betapa liciknya BN mencucuk jarum. Yang lebih senang dicucuk adalah mereka yang tidak mengenal PAS secara mendalam.

Kita mungkin terlupa akan tulisan seorang penulis terkenal bertajuk taik. Ada seorang insan yang nak membersihkan tong taik, maka dia terpaksa masuk ke tong taik berkenaan. Kita terlalu ingin meraih undi penyokong2 PKR & DAP, adakah kita perlu mengikut rentak tari mereka?

Tanpa Nama berkata...

diam tanda setuju pinangan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin pas perak begitu istiqamah menentang UMNO, tapi kumpulan Kerajaan perpaduan nak bersantai dengan UMNO?

Tanpa Nama berkata...

musuh yang ada dalam pas lebih bahaya dari musuh yang berada diluar.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak singkir pemimpin pro UMNO dalam pas, bagaimana nak menentang UMNO???

Tanpa Nama berkata...

apa yang telah berlaku kepada PAS di bagan pinang dan manek urai patut menjadi ikhtibar kepada pas.

Tanpa Nama berkata...

hawa nafsu adalah musuh dalam diri kita, kumpulan UG adalah musuh dalam pas.

cicitHJHASSANu berkata...

alhamdulillah....

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG hanya dapat bertahan satu penggal perintah terengganu sahaja, tapi TGNA dah perintah kelantan berapa penggal? TGNA pemimpin yang disenangi ahli pas dan rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

Hadi telah menjatuhkan majoriti pas di manek urai dengan kenyataan Kerajaan perpaduan, hasan ali menjatuhkan pas dibagan pinang dengan kekalahan teruk dengan isu selcat, kita sokong TGNA!!!

Tanpa Nama berkata...

apabila nak pilihanraya kecil, talibarut UMNO dalam pas akan mencari isu untuk menjatuhkan pas?

Tanpa Nama berkata...

TGNA lebih ikhlas dalam perjuangan dan lebih faham politik dari beberapa ulamak lain dalam pas.

Tanpa Nama berkata...

astaghfirullah

macam ni ke cara pejuang islam? membabi buta dlm membuat kesimpulan? bukankah ALLAH dan rasul-Nya memerintahkan kita supaya jgn terburu2 dan berprasangka?

bukankah perbezaan pendapat itu dibenarkan oleh ALLAH selagi ianya tidak bertentang dgn syarak? tak baca al-quran ke? atau anda2 semua ni seperti yahudi yg berpegang kpd ayat2 ALLAH yg disukai dan menutup@melupakan apa yg tidak disukai?

pakatan dengan PKR dan DAP mungkin berjaya, mungkin gagal, begitu juga cadangan UG (PAS,PKR,DAP dgn BN) mungkin berjaya, mungkin pula gagal. sesungguhnya ALLAH yg menentukan bukan kita2 semua.

paka OILAND. berkata...

sebenarnya dah malas nak buat ulasan,tp bila baca Sinar Harian ari ni,dgn kenyataan NAJIS RAZAK,membayangkan ada 2 kumpulan dlm PAS.Satu drnya adalah kmplan yg ingin bkrjsama dgn UMNO,aku nak ketawa,NAJIS RAZAK byngkan org nak krjsama dlm berpolitik dan inilah yg dibayangi org PAS dan ini lah yg amat ditakuti dan penulisan beginilah yg meresapi dlm pmikiran stgh peminpin PAS.
TGHH hanya mahu berkrjsama dlm isu perpaduan dlm meyatukan rkyt.bknnya dr segi berpolitik.Tapi UMNO mengambil kesempatan untuk mengalih arah pandangan rkyt yg semaking menjauhi UMNO,cuba lihat jika Fenommena rkyt mcm dahulu terhdp UMNO.UMNO akan cakap pergi Manposlah dgn perpaduan,kekuasaan aku tgh kukuh,aku dpt membolok kekayaan dgn senang tanpa siapa dpt menegur dan tahu.peduli apa dgn Nelayan,Petani dan Buruh.
aku rasa isu UG tak ada salah,cuma silap dicdngkan pada masa dan dlm situasi yg salah.UMNO pergunakan Isu ini supaya Rkyt dpt melihat hnya UMNO menerajai dan Inginkan perpaduan.Walaupun telah terbukti UMNOlah yg mengamalkan politik PECAH DAN PERINTAH.
akhir kata bersatulah kita dlm menghadapi isu yg menakutkan ini,bak kata tarik rambut dlm tepung,tepung jgn tumpah,rambut jgn putus.