01 November 2009

Nizar : Saya tidak pernah letak jawatan.

DS. Nizar sedang membentang kerta kerja pertama,:Pengalaman, permasaalahan dan harapan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

IPOH .31 Okt. :- Demi mandat rakyat yang telah diserahkan kepada Pakatan Rakyat di Perak, saya menegaskan tidak pernah meletakkan jawatan Menteri Besar Perak. Demikian penegasan YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa membentangkan kertas kerjanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan disini pagi ini.

Hadir sama dalam Konvensyen itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guang Eng, YAB Menteri Besar Selangor, YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim, semua Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak, Semua Ahli Parlimen Perak , ADUN Pakatan Rakyat Perak, semua Pemimpin dan perwakilan Pakatan Rakyat dari parti PAS, PKR, dan DAP.

Dianggarkan sejumlah 600 orang perwakilan yang hadir memenuhi dewan tempat konvensyen diadakan.

Konvensyen sehariyang julung kali diadakan itu akan menyaksikan pembentang kerta kerja yang berikutnya oleh Ketua menteri Pulau Pinang dan Menteri besar Selangor.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erm..MB Kedah tak hadir sekali ke?

SUARA RAKYAT berkata...

Dalam jawatan Politik sistem demokarsi- satu undipun dapat menghalang kita terus memegang jawatan. Hanya sistem kuku besi dan komunis yang majoritipun dikategorikan Kalah. Isu letak jawatan tidak timbul, kerana jawatan MB terlantik kerana adanya majoriti pada awalnya! Jika Nizar masih ada majoriti sudah tentu Nizar masih MB.. cuba fikirkan dengan Akal yang bersih.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni kedudukannya 28-28. Tiga ekor katak tak boleh dikira. Mereka bukannya masuk BN.

Tanpa Nama berkata...

mrakunman, kalau x tahu pasal demokrasi jgn cakaplah woi. demokrasi malaysia ni dah hancur bro. kalau ikut undang2 undi x percaya dlm dewan blh jatuhkan mb bro. kalau ko tgt,penah x dewan wat undi x percaya?

anakjatiperak berkata...

mrakunman...
anda berfikir cara umno berfikir. cara mereka bfikir adalah cara lanun nak rampas kuasa.Kalaulah pakar perlembagaan Dr. Aziz Bari kata Nizar masih MB yang sah, dan itu dusta, teman minta mike jumpa dia dan mintak dia letaak jawatan dari UIA tu sebab teman takut natai dia ajar anak teman salah dari segi perlembagaan.Kalau mike tak mampu buat,lebih baik mike diam kalau tak tahu.nanti nampak bodohnyer mike tu...
Apa macam MRAKUNMAN???????

Tanpa Nama berkata...

MERAPUMAN DAH MEROYAN

Tanpa Nama berkata...

MERAPUNAN TU SEBENO NYE UMNO TOKTOK YANG TAK TAHU MALU DAN TAK TAHU DOSA PAHALA...BIORKAN LAH DIE NAK MERAPU.....LAME LAME SEDOR LA..TU..

hafizzuddin berkata...

Bersabarlah semua, DUN Perak tetap akan dibubarkan juga nanti. Zambry dan gerombolannya memerintah dalam keadaan tertekan sekarang, sampai bila kuasa yang meragukan ini akan dapat dipertahankan, Perak telah menjadi negeri yang paling mundur sejak tragedi rampasan kuasa oleh Rejim BN yang dipimpin Najib.

Tanyalah pegawai2 kerajaan Negeri, pelabur mana yang datang?, projek apa yang sedang berjalan? program apa yang dilakukan untuk kesejahteraan rakyat?

Jawapannya negatif...pelabur lebur, projek rasuah, program mudarat kpd rakyat..Jambatan Gantung buktinya...Itulah Natijahnya.

Wahai Sekalian Rakyat Perak, Bangunlah! Hukum kerajaan HARAM ini dlm Pilihanraya akn datang.

Tanpa Nama berkata...

mrakunman, kamu ni memang bangang kalau xtau politik p lah belajak sain politik kat mana2 universiti, mcm mana pentadbiran dan perjalanan sesuatu dewan itu di buat. jika d england di panggil House, d USA d panggil dewan senate.kesian kamu ni.

Tanpa Nama berkata...

mrakunman berkata...

Dalam jawatan Politik sistem demokarsi- satu undipun dapat menghalang kita terus memegang jawatan. Hanya sistem kuku besi dan komunis yang majoritipun dikategorikan Kalah. Isu letak jawatan tidak timbul, kerana jawatan MB terlantik kerana adanya majoriti pada awalnya! Jika Nizar masih ada majoriti sudah tentu Nizar masih MB.. cuba fikirkan dengan Akal yang bersih.
10/30/2009 8:25 PM


=====


masa Umno majoriti di penang

apsal Gerakan jadi Ketua Menteri?

awatlah bengong sangat puak2 umno ni!

Wong berkata...

sedihnya saya, masih ada orang yang tak tau bezakan halal dengan haram.....