18 Oktober 2009

PAS cadang jadikan kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti

KUALA TERENGGANU: PAS bercadang menjadikan kelab penyokong PAS yang disertai oleh orang bukan Islam sebagai salah satu sayap parti untuk memantapkan lagi parti itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan ia dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera parti dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Kita telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan kita dengan orang bukan Islam, kita bukan sahaja telah sampai satu tahap mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi juga individu bukan Islam," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan Pas negeri Terengganu ke-13 di Markaz Tarbiyah PAS, Kubang Lembik, Manir dekat sini kelmarin.

Majlis turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib dan Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

3 ulasan:

aku dr amin berkata...

insya allah. perlu dipercepatkan sebaiknya sebelum pilihanraya ke 13. jagang sampai kita pandai cakap sahaja akhirnya tak buat apa apa. at the end depa gi balik kat bn. kang menyesal tak sudah

Tanpa Nama berkata...

sokongan bukan islam meningkat terhadap pas setelah kerjasama yang baik dalam pakatan rakyat, tapi ada segelintir pemimpin pas yang ingin merosakkan kerjasama itu. Dalaman Pas perlu diperbetulkan sebelum PRU13, harus selari dengan TGNA.

bkt gantang berkata...

Dok Bercadang lagi ke? Bila nak buatnye!! dah tiga hingga 4 tahun sebut bercadang je!