20 November 2009

Beza hadiah dan rasuah

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Seorang tok guru didatangi tetamu, dengan hormat dia meminta nasihat dan pandangan tentang rumah tangganya yang hampir runtuh. Tok guru itu dengan tenang mengungkai masalah tetamu itu dan seterusnya memberi pilihan beberapa tindakan untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia yang puas hati segera pulang dengan membawa harapan besar.

Tiga bulan kemudian tetamu tersebut datang semula kepada tok guru berkenaan bersama isterinya. Melihat keadaan itu tok guru itu bertanya, apakah ada masalah lagi yang boleh dibantu. Dengan senang hati dia berkata, alhamdulillah kami bahagia malah isteri saya sedang mengandung anak saya. Saya datang nak ucap terima kasih kepada tok guru. Dan sebagai tanda terima kasih, ini cek bernilai RM5,000 untuk tok guru.

Dalam kisah yang lain, seorang Pegawai Daerah yang agak berpengaruh di daerah itu didatangi tetamu di rumahnya. Tetamu tersebut adalah ahli perniagan yang sangat rapat dengan pegawai daerah itu. Kebetulan penjawat itu amat arif tentang gerak kerja bisnes ahli perniagaan itu.

Tetamu itu ingin membuka syarikat sembelihan dan proses ayam segar di kawasan itu. Dia mahu mendapat sokongan pewagai daerah kerana lazimnya sokongannya itu dinilai sebagai benar oleh pihak kerajaan. Oleh kerana menghormati kenalan, walaupun dia tahu tetamu itu tidak mencukupi syarat, dia sokong juga.
Tiga bulan kemudian, tetamu itu datang lagi bertemu pegawai daerah itu. Kali ini dia datang dengan membawa cek bernilai RM 5,000, katanya terima kasih atas sokongan, permohonan itu sudah diluluskan.
Satu kisah lagi seorang Pengarah Projek didatangi oleh seorang tetamu dari luar kawasan, mereka berdua tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Dia membuat pertemuan itu dengan penuh pengharapan iaitu satu permohonan untuk membeli rumah di situ. Kebetulan pula rumah di situ menjadi rebutan, tetapi diutamakan kepada orang tempatan.

Dalam pertemuan itu tetamu tersebut merayu kepadanya agar dipertimbangkan permohonan itu. Namun dia dengan tegas berkata, saya boleh bawa perkara ini ke atas tetapi saya tidak jamin kerana ramai yang memohon, lagi pun kita akan utamakan orang tempatan. Awak bukan tinggal di sini.

Keesokan harinya sewaktu di rumah dia menerima cek bernilai RM 5,000 daripada tetamu semalam dengan ucapan terima kasih kerana melayan permohonannya semalam.

Berdasarkan tiga kisah di atas, manakah yang dikatakan hadiah dan mana pula yang dikatakan rasuah? Walaupun kisah itu bukan benar, namun kita boleh melihatnya sebagai contoh kes yang boleh kita renungkan secara serius. Ya, kes yang pertama ada hadiah, tetapi kes kedua dan ketiga adalah rasuah.

Sebenarnya, perbezaan yang jauh ini amat dekat dalam kehidupan kita. Jadi berhati-hati agar kita tidak terjebak dalam kancah yang hina itu, dan berhati-hati juga supaya kita tidak dengan cepat menuduh orang itu dan ini melakukan atau menerima rasuah. Ingatlah kesilapan kita membuat perkiraan, sebenarnya sebahagian kaki kita sudah berada dalam neraka.

17 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Kelantan tidak membenar para pegawai dan wakil wakil rakyatnya menerima sebarang bentuk hadiah miskipun ada yang berkata "rasuah dan hadiah" berbeza satu sama.

Mungkin atas sebab mereka ada jawatan yang pasti akan terpalit dengan unsur unsur rasuah miskipun dia hadiah.

Hadiah hanya istilah yang boleh bertukar fungsi menjadi rasuah apabila tidak kena tempatnya.

Mengapa kita beria hadiah kepada sesorang? mungkin kerana bersyukur mendapat anak.

Tapi lain ceritanya jika hadiah itu diberi kepada pegawai kerajaan (ADO ke DO ke) atau wakil rakyat.

Mereka ini ada kuasa untuk meluluskan satu satu projek sama buat jalan kampung dan sebagainya.

Apakah tujuan kita hadiah wang kepada mereka sedangkan mereka sudah ada gaji atas jawatan yang disandang.

Hadiah boleh bertukar menjadi rasuah jika ada niat yang tersirat. Tetapi rasuah tidak boleh bertukar jadi halal miskipun ada niat,dengan berkata aku tidak ada niat untuk dapatkan projek.

Kalau tiada niat mengapa mereka beri wang kepada mereka yang diberi amanah untuk melaksanakan projek kerajaan.

Boleh berkata apa sahaja ,termasuk ini bukan rasuah.Ini adalah hadiah.

Mengapa memberi hadiah itu?

Kan wajar beri kepada orang yang tidak mampu seperti orang miskin yang sah dapat pahala sebesar Bukit Uhud jika Ikhlas.

Atas sebab itulah kerajaan Kelantan yang diterajui oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat tidak membenarkan para pegawai kerajaan dan wakil rakyat menerima sebarang bentuk hadiah,miskipun ada yang berkata ahadiah lain dari rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Dan sebagai tanda terima kasih, ini cek bernilai RM5,000 untuk tok guru.
===================================
YB, berikut sedikit pandangan drp saya :

Tiada apa-apa masalahnya jika:
1.Tok Guru tiada apa-apa kuasa politik
2.Jika orang berkenaan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam perniagaan atau kontrak.
3.Tok Guru boleh terima tetapi bukan atas kepentingan peribadinya - salurkan kepada Tabung Serambi Mekah (masih adakah lagi?) atau badan-badan amal kebajikan yang lain.
4.Dalam isu TGNA ini, beliau dah banyak kali gi Mekah dan bukan menjadi tuntutan yg wajib lagi kpdnya ; jatuh sunnat sahaja.Tapi menjauhkan fitnah adalah lebih dituntut lagi.

Allahu a'lam.

Rohaizal Mohd Khalid berkata...

Alhamdulillah...cerita2 di atas telah membezakan rasuah dan hadiah...tetapi boleh tak YB atau sesiapa yg lebih arif dapat memberi definisi secara tepat perbezaan Hadiah dan Rasuah semoga mudah menjadi panduan kami yg jahil apabila berhadapan situasi yg hampir serupa ttp lain cara...semoga manfaat buat semua pendokong Islam dan keadilan..terima kasih, barokallah

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula dgn nazar....apakata seseorg itu bernazar utk membiayai pakej haji pada Tok guru diatas kapasiti dia sebagai org alim...bukan nya pemimpin negeri atau negara...??? beban nazar bukan pada tok guru tapi pada org yg bernazar..

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak STRICT tak mahu terima RASUAH, strict tu biar sampai ke hujung usia...
Kalau tidak, kita masuk ke dalam poket orang...

Mat Natsir berkata...

Memang sukar untuk membezakan hadiah dan rasuah terutamanya seseorang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab terhadap kerajaan. Mungkin si pemberi itu memang berniat sebagai hadiah tapi persepsi orang luar juga penting.
Oleh itu, jalan terbaik untuk menghindari perkara yang tidak baik, eloklah tidak mengambil sebarang hadiah ataupun channelkan sahaja sebarang hadiah kepada apa-apa tabung yang memberi manafaat kepada semua orang.

Allahu a'lam.

Yoshinobu Abdullah berkata...

Assalamualaikum...
Saya bersetuju dengan pendapat beberapa saudara di sini.Saya juga rasa, hadiah tidak patut diberi kepada ahli politik dan mana-mana orang yang terlibat dalam kerajaan.
Langkah memberi hadiah hanya akan menimbulkan syak wasangka di antara masyarakat.

ALI MAIDIN berkata...

Kalau tuk guru tak ada jawatan eksekutif, terima aja le. Kalau ada jawatan eksekutif, rasuah le tu. Kalau ada dalil tak rasuah, elakkan juga supaya elak fitnah...

Tanpa Nama berkata...

SURAT KABAR KERJANYA MENCARI SENSASI SUPAYA LARIS JUALAN, PEMBACA JENIS TAK NAK PERGI MENUNTUT ILMU KAT TOK2 GURU (SURAT KABAR LEBIH DIPERCAYAI DARIPADA AL-QURQN DAN HADITH), NI YANG KALUT MANJANG. TAK SAH DOK BUAT HARU BIRU LAH, TAK TAHU PI BELAJAR, TAK RETI BERTANYA, KALAU TAK BERAPA TAHU TU SENYAP JE LAH JANGAN MENYIBUK BUAT2 TAHU.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Amalan jamu makan untuk jurutera kerajaan dan pegawai-pegawai selepas check bangunan tapak projek oleh pemaju projek, kira rasuah ke?

david ahmad muniandy berkata...

pakatan rakyat bermula bergolak langkah untuk mentadbirkan negara semakin sukarnya banyak penghalang sekatan keatas pakatan rakyat oleh taktik kotor ubn.

Tanpa Nama berkata...

tok guru pernah kata dalam kuiah, buat apa gi haji banyak kali.kalau saya tak silap! lebih duit tu beri kepada orang memerlukan seperti orang miskin! tok guru pun dah gi haji banyak kali! Lain lah jika orang yang nak beri tu benar benar bernazar! itu pun kena fikir banyak kali kerana tok guru tu pemimpin kerajaan! nanti timbul banyak fitnah! maklum lah yang jahil ni lebih ramai! orang yang dengki lagi ramai terutama musuh politik! mereka bukan halal dan haram!
Dari saya KA2 yang lama menghadiri kuliah tok guru hampir 25 tahun!

Tanpa Nama berkata...

Susah nak di jelaskan yang mana hadiah dan mana rasuah.Bagi saya kedua-duanya sama saja .Zaman skrg rasuah tak payah bagi terang-terang,banyak cara yang lebih baik boleh di gunakan.Maka itu lah susah kita nak tahu sapa yang makan rasuah atau tak.Hanya ALLAH saya maha mengetahuinya.

SAMASAMA DARI MAKAN berkata...

HADIAH SOGOK
PEMBERIAN SUAP
KERAI'AN HULUR SIKIT
SEDEKAH KIRA PERSEN
UPAH KOMISEN

Tanpa Nama berkata...

YB,

negeri2 yg dibawah Pakatan Rakyat boleh jadikan negara yg dapat rating tinggi dlm memerangi rasuah sebagai rujukan.

pergilah buat lawatan atau adakan perbincangan dua hala.

memang undang2 Islam / Al-Qur'an boleh jadi rujukan tapi utk pegawai non-muslim mungkin mereka lebih selesa refer pd yg lain.

Janji ada usaha dalam membaikpulih cara pemerintahan.

regards, NR

Tanpa Nama berkata...

YB,
Kurang pasti sama ada pakej haji yang "dihadiahkan" pada TGNA bernilai RM65K seorang? Dan pakej ini bersama keluarga berjumlah ratusan ribu? Sekiranya benar kenyataan akhbar & media, bagi saya yang cetek pengetahuan ini boleh diklasifikasikan sebagai RASUAH. Banyak keburukan daripada kebaikan sekiranya TGNA menerima hadiah eksekutif ini. Sesungguhnya takrif Rasuah atau Hadiah bergantung kepada situasi ketika itu. Biar mereka yang diberi amanah menyiasat perkara ini melaksanakan tugas dengan ikhlas tanpa prejudis. Kita doakan akan kebaikan, sekiranya ada kesilapan kita akur kerana kita bukannya maksum.

Doktor Biasa Kawan TED berkata...

SPRM tak boleh beza HADIAH dengan RASUAH...sila SPRM pergi ke semua sekolah dalam Malaysia pada HARI GURU..sila tangkap murid2 yang bagi KERETA BMW kepada guru ( anak hartawan BN UMNO katakan )...lepas tu pergi TANGKAP orang yang masukkan sampul berwang ( bukan beruang ) dalam poket tuan rumah khenduri kahwin...yang penting HADIAH tidak ada paksaan atau ugutan...orang yang TERIMA tidak buat peras ugut AWAL2...