12 Disember 2009

Kes salah laku setpol PM ke SPRM

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pemuda PAS Wilayah telah menghantar laporan dan memohon siasatan terhadap beberapa kes salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk shafie Abdullah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad menyerahkan laporan itu kepada pegawai bertugas, En Mohd Yahya Mohd Rashid dihadapan Timbalan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, En Hasan Yahya.

Walaubagaimanapun, menurut Kamaruzaman laporan tersebut cuma diterima sebagai maklumat dan akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan sebelum memaklumkan semula sama ada perlu membuka kertas siasatan ataupun tidak.

“Dalam masa seminggu pihak SPRM Wilayah Persekutuan akan menelefon dan memanggil saya kembali untuk memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut samada ia jadi kes atau tidak.

“Sekiranya pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan, kami minta supaya ia dibangkitkan semula di parlimen” tegas beliau.

Laporan yang diserahkan kepada SPRM Wilayah Persekutuan tersebut turut dilampirkan salinan hansard parlimen bertarikh 7 Disember 2009, muka surat 35-38 yang mengandungi butiran-butiran ucapan Ahli Parlimen Wangasa Maju YB Wee Choo Keong.

Pada tarikh sama Sidang Parlimen, Wee Choo Keong telah mendedahkan bahawa Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Antaranya beliau mendakwa Shafie telah menggunakan pengaruhnya menghalang penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari mengambil tindakan meroboh Restoran Rashatini yang dimiliki oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan.

Restoran terbabit merupakan premis haram kerana didirikan di atas tanah rizab DBKL.

Shafie juga turut di dakwa membantu menggunakan pengaruh beliau bagi membolehkan restoran tersebut mendapatkan peralatan dan kerusi milik DBKL secara percuma.

Selain kes itu, Shafie juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.

Beliau juga pernah didakwa menggunakan pengaruhnya membantu rakan karibnya, John Tee, Pengarah Urusan Syarikat Evergreen Sdn Bhd bagi mendapatkan kontrak pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Beberapa kes salahguna kuasa beliau yang lain termasuklah menjadikan isterinya sebagai proksi dalam senarai lembaga Pengarah Syarikat Bukit Kiara Development Sdn bhd untuk memudahkan beliau menyalurkan projek-projek kerajaan.

Beliau juga didakwa memperolehi 30 lot tapak Pasar Malam Uptown Danau Kota menggunakan pengaruhnya dan terlibat di dalam kelulusan “development order” untuk membina shoopping complex di atas sebidang tanah yang digazetkan di dalam Draf Pelan KL 2000 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.

HarakahDaily.Net/-

9 ulasan:

PORTMAN berkata...

Bagusla, kalau boleh buat siasatan banyak-banyak pada golongan Melayu yang dikafirkan ni. Jadi boleh Melayu ramai-ramai telungkup, jahanam dan berikan banyak peluang pada DAP dengan kongsi gelapnya supaya boleh tambah telungkupkan Melayu. Terima kasih Melayu.

Benci PR berkata...

Mereka ini rakyat haram tanah melayu yg masuk islam . Dah le di beri layanan baik kat mereka la ni nak makan orang melayu.

azman kamarul berkata...

Wahai PORTMAN...dahlah nak bermain dengan bangsa..itu rasis namanya....Nabi Muhamad(saw)tidak pernah meletakkan Bangsa Arab sebagai keutamaan tetapi ISLAM didahulukan AKHIRAT diutamakan...

Cukuplah dengan sentimen zaman batu tu....

postman berkata...

alo portman...aku tak paham komen ko tu...tolong jelaskan sejelas-jelasnya pada aku melayu bebal ni yang telah di telungkup oleh DAP...T.Q regard.POSTMAN

Tanpa Nama berkata...

pa lah hang portman
apa kira dengan bangsa, kalau salah ambillah tindakan.

karawilak berkata...

keadilan xmengira siapa dia,s.a.w pernah bersabda sekira fatimah mencuri kan ku potong tgnnya juga.

Tanpa Nama berkata...

Wahai melayu melayu,memang la kena buat siasatan banyak-banyak keatas melayu melayu yang nak pelingkup melayu,melayu melayu yang menjahanam melayu,melayu melayu yang nak makan sesama melayu,melayu melayu ni tak berguna pada melayu,melayu melayu ni yang menjadikan melayu layu,melayu jenis ni tak layak dipanggil melayu.Inilah akibat berjuang atas dasar perkauman,cubalah berjuang atas dasar kebenaran,tentu tak ada masalah

Tanpa Nama berkata...

hanya boleh buat laporan keputusan rakyat dah tahu.

Tanpa Nama berkata...

SPRM pun tak betul, macam mana nak siasat, kecuali pakatan rakyat yang perintah malaysia