26 Disember 2009

Seni Tarian Etnik Hui di China



Terdapat beberapa bentuk nyanyian dan tarian yang tersebar di kalangan penduduk etnik Hui. Antaranya, Huaer yang tersebar di kalangan penduduk untuk mengekspresikan harapan orang muda terhadap kemurnian alam percintaan. Pelbagai acara kesenian tradisi seperti nyanyian, tarian dan bermain alat muzik sering dipertunjukkan dalam sesuatu persembahan masyarakat Hui. Pertama, persembahan tarian dengan gaya berseorangan dan dengan berpasangan berlangsung dengan penuh keriangan sentiasa dimainkan pada majlis keraian dan jamuan makan. Tarian etnik Hui itu dipersembahkan oleh penari lelaki yang menyanyi sambil menari.

Kedua, tarian pada majlis jamuan yang dipersembahkan oleh penari lelaki, yang menyanyi sambil menari dengan diselangi oleh keunikan silat Wushu yang teguh, pantang berundur dan sentiasa bersedia. Tarian yang dipersembahkan itu, iaitu persembahan "Lagu Jamuan Makan Etnik Hui" menunjukkan kemeriahan suasana jamuan makan pada majlis perkahwinan tradisional etnik Hui yang berlangsung di Yinchuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Ketiga, tarian yang dipersembahkan oleh penari perempuan. Ada juga persembahan ini yang dibuat oleh penari lelaki di Ningxia. Tarian itu sentiasa dimainkan oleh seorang penari perempuan dengan alat tiupan yang menawan hati. Persembahan muzik itu berirama merdu, lemah gemalai sebagai melahirkan perasaan kegembiraan, kemarahan dan kesedihan. Ramai warga tua dan orang muda etnik Hui di seluruh negara pandai memetik alat muzik bertali itu. Persembahan tarian juga diadakan semasa menyambut hari raya, iaitu Aidilfitri dan hari raya Korban. Tarian menggunakan belantan merupakan tarian gaya permainan belantan dengan diiringi irama muzik Huaer. Tarian cambuk gelung besi pula sentiasa dipersembahkan oleh penari lelaki di Yinnan Wilayah Autonomi Hui Ningxia.

Tarian etnik Hui bukan sahaja menawan hati, tetapi memperlihatkan kehidupan sebenar dan keteguhan semangat penduduknya. Tarian tersebut amat digemari oleh penduduk etnik Hui di seluruh negara, Seni tari etnik Hui bermula dari abad ke-7. Ekoran pembukaan laluan sutera pada abad ke-2 sebelum Masihi, pertukaran pelbagai budaya berkembang pesat. Muzik dan tarian digemari ramai dan tersebar sampai ke Zhongyuan dari kawasan barat. Pada zaman Dinasti Wei dan Jin, alat muzik Qiuci mula dikenali semasa Luguang menduduki Liangzhou. Pada zaman Dinasti Zhou utara, Ashnashi, maharani puak Tujue membawa masuk sekumpulan pemuzik dan penari dari Asia Tengah ke kawasan tengah China. Kebanyakan lagu dan tarian dari kawasan barat Dinasti Beichao tersebar masuk ke kawasan tengah China dan amat popular pada zaman Dinasti Sui dan Tang. Kawasan tengah China semakin terkenal dengan tersebarnya banyak lagu dan tarian oleh golongan seniman yang bertujuan untuk memperbaharui lagu dan tarian . Kebanyakan penduduk yang tinggal di pelbagai negara Asia Tengah memeluk agama Islam selepas zaman Dinasti Tang. Mereka menjadi asal usul nenek moyang penduduk etnik Hui di China. Tarian etnik-etnik di kawasan tengah China tersebar dari negara tersebut. Ia menjadi asal usul tarian yang digemari oleh penduduk etnik Hui.

Menurut catatan buku "Sejarah Etnik Hui China", kebanyakan warga Arab, Parsi dan negara-negara di Asia Tengah yang beragama Islam berhijrah ke China disebabkan oleh laluan sutera yang berkembang dan pembukaan lalu lintas antara China dengan negara-negara barat pada abad ke-7 hingga ke-13 sebelum masihi. Mereka dan penduduk Arab dan Parsi yang berhijrah ke kawasan pantai China merupakan keturunan penduduk etnik Hui. Lagu dan tarian yang tersebar di kawasan barat juga disunting secara ringkas dalam "Buku Sejarah China", iaitu Tarian Huteng, Tarian Wanita Huxuan, dan Tarian Pedang yang terkenal di China dan sangat digemari oleh penduduk Dinasti Tang.

Perbadanan lagu dan tarian Hui yang khusus telah dibentuk pada zaman Dinasti Yuan dan diuruskan oleh warga etnik Hui. Ini membuktikan bahawa kesenian etnik Hui diberi perhatian yang besar oleh pemerintah Dinasti Yuan. Kegiatan kejayaan penduduk etnik Hui telah memainkan peranan yang besar dalam pembangunan masyarakat Dinasti Yuan. Kebanyakan orang etnik Hui tinggal berjiran dengan penduduk etnik Han dan etnik-etnik lain untuk mencari rezeki turun-temurun.

Silat Wushu dan irama muzik Huaer di kalangan rakyat telah berkembang dalam bidang kebuayaan. Sebilangan besar penduduk etnik Hui menerima budaya penduduk etnik Han selepas zaman Dinasti Yuan untuk mencapai kemajuan dan menerima banyak persamaan dengan penduduk etnik Han dalam bidang bahasa, budaya dan adat resam. Misalnya, lagu Huaer yang tersebar di provinsi Gansu, Qinghai dan Wilayah Autonomi Ningxia yang didiami oleh penduduk etnik Hui.

Banyak lagu rakyat dengan seni kata lagu yang sederhana, dan irama yang menawan hati, antaranya, terdapat yang melalui proses evolusi daripada nyanyian dan tarian tradisional. Misalnya, Langhuaer. Penduduk etnik Hui mengutarakan hasrat dan harapan terhadap kebahagiaan dengan nyanyian Huaer. Oleh itu, Huaer, sejenis program kesenian nyanyian dan tarian di kalangan penduduk etnik Hui terbentuk secara beransur-ansur.

"Putera Hua'er" telah digubah oleh pekerja tarian provinsi Qinghai berasaskan irama Huaer dan Badagun Qinghai sejak terdirinya Republik Rakyat China. Tarian yang amat terkenal di arena tarian seluruh negara China ini telah menjadi contoh untuk meningkatkan taraf tarian etnik Hui yang digemari oleh penduduk etnik tersebut di China.CRI/-

Tiada ulasan: