21 Disember 2009

Tuntut kerusi YDP MAIPP dan Pengerusi BN P. Pinang, UMNO makin kurang ajar ?

3 Muharram 1431
Cina Islam.

Semasa Pakatan Rakyat semakin menguat dan menawarkan alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, pada hari yang sama kita menyaksikan pergolakan dalaman Barisan Nasinal yang semakin parah dan semacam menambah luka yang memungkinkan tidak terubat lagi.

Media melaporkan Umno mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Dakwanya "Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Umno negeri semalam.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas.

Walaupun Zahid mengatakan hasrat UMNO itu adalah untuk menguatkan BN namun yang saya nampak ianya melemahkan dan menkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang. Nampaknya UMNO menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata perpatan "habis manis sepah dibuang". itulah perangai UMNO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lain.

Dalam masalah sekarang jasa Parti Gerakan yang selama ini menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin UMNO.

Sepatutunya UMNO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihanraya yang lepasa namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?

"Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang," katanya.

Semakin kurang ajarnya Zahid dan UMNO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah pakatan Rakyat. Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapkah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini.

Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat UMNO Pulau Pinang yang semestinya mesti ditolak secara total di Pulau Pinang di masa akan datang.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Selamat bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukanya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulai Pinang yang cukup kurang ajar !

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya..umno pulau pinang auta ja lebih especially ketua pembangkang pulau pinang..kawasan haram x mai melawat pon..dok sembang dalam sidang dun ja lebih..

Jajarbink berkata...

Yang nak jawatan pengerusi tu ...ok lah pasai itu musibah dalaman UMNo/BN. Yang nak jawatan Ketua MAIPP tu yang tak tahan lawak nie.

Aduhhh !!! depa ingat Pulau Mutiara nie Putrajaya kaa ?? Dah lah kena hambat keluar gara2 tunjuk punggung di dewan yang mulia, ada hati plak nak kukuhkan perikatan haprak nie.

Koyak laaa gambar dan suruh menyembah melutut mintak maaf baru erat perikatan tu. Makin hari makin SARKIS puak2 ini.

Senang aje nak lenyapkan anasir2 haprak yang songlap khazanah negeri ini pada PRU13 nanti.
Letak calon PAS atau PKR ( satu lawan satu ) di setiap kerusi yang depa tanding.

Kawasan cina Umno boleh telan air liur aje , calon Gerakan akan kena lebih teruk dari yang lepas. Timbalan Presiden pun dah bye2 masuk tong taik cop Umno ( Tong Baru..Taik Lama ) iaitu PCM. Nanti sebulan dua pecah laa macam Parti Makkal Sakti ciplak.

Kesimpulan...UMno dah busuk sampai Usus dan kena bakar atau tanam dari dibiar kan lagi merayau sana sini macam.... ( Zombie Kg Pisang )

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Umno berjuang untuk Melayu!?
Hakikat sebenar, Umno berjual hak org2 Melayu...

Umno memperkasakan Melayu!?
Hakikatn sebenar, Umno memperkosa hak2 org2 Melayu

Jika tiada Umno, org2 Melayu tak maju, jadi mcm org asli!?

Umno mula ditubuhkan 1946, adakah sebelom ada Umno, Melayu duduk atas pokok.

Bodoh betol Umno Pulau Pinang ni, masa lemah Be eNd ni dia mintak jawatan yg sepatutnya dia mintak masa dia kuat...apalah bodoh.

Dia tahu tak politik ni adalah kuasa 'tawar menawar' sama seperti perniagaan.

Masa kita kuat/kayalah kita buat tawar menawar,masa kuat/kaya mintaklah jawatan Ketua Menteri ke (sebab masa tu Umno ada paling banyak kerusi berbanding parti komponen lain) masa lemah atau miskin mcm Umno sekrg ni, buat tawar menawar jawatan mcm tu, akan jadi sokong membawa rebah bagi Be eNd...

memang Umno akan popular kalau dapat jawatan tu, tapi Be eNd akan semakin lemah...bodoh betol org Umno bermain politik...patutlah pulau2 terlepas kat Singapura.

Org2 Umno patut berhati2 dengan Zaid Hamidi tu, dulukan dia tu penyokong kuat Anwar masa 1997-1999, masa jadi Ketua Pemuda Umno...
Mungkin sekarang dia tu, jadi agen Anwar, sapa tau...

Org2 Melayu dan beragama Islam, jika mereka letak kebendaan/kepantingan dahulu sebagai tujuan perjuangan maka jadilah macam ni...

Semua akan terlepas kat org lain, bila dah rasa air dah kat Hidung, barulah kelam kabut, buat strategi bodoh, mula2 buat2 cerita yg rakyat menyesal pilih pembangkang (cerita mula2 masa lepas PRU12), tapi tak jalan, lepas tu buat isu perkauman, tak jalan jugak pasal parti2 komponen lain marah, lepas tu, main isu raja2, tak jalan jugak pasal rakyat sekarang bukan mcm zaman dulu (feudal), lepas tu main isu masalah2 di negeri pembangkang, tak jalan jugak pasal rakyat dapat tahu yg masalah tu dibuat oleh kerajaan terdahulu (tak ikut peraturan), main isu ketuanan Melayu, tak jalan jugak pasal org Melayu tak faham ketuanan yg mcmana, yg org Melayu tahu ada keistimewaan hak2 org melayu dalam perlembagaan, lepas tu org2 bukan Melayu dalam Be eNd sendiri pertikai...senyap pula.

Lepas tu Umno, Media kaki jilat serang Tuk Guru Nik Aziz, tak jalan jugak pasal org Melayu/org2 bukan Melayu 1 Malaysia yakin Tok Guru Nik Aziz bersih dan jujur/hati baik berbanding dgn pemimpin Umno yg rata2 kalu tak semua kaki Rasuah, PEMBOHONG, Kaki ponteng sidang DUN dan TAK BUAT KERJA...

Kesian Umno, yang dikejar (sokongan rakyat) tak dapat, yang dikendong (parti Komponen) habis berciciran...

Tanpa Nama berkata...

Depa memang muka tak tau malu

Tanpa Nama berkata...

um-no/b-end mana tau malu dan tak bolih terima kekalahan serta masih menganggap majoriti rakyat malaysia masih bodoh dan bolih dibodohkan terus olih mereka.zaid hamidi....ingat sikit ahli um-no/b-end memang bodoh sebab dibodohkan olih kamu dan geng2 haprak kamu,sombong dan bongkak disebalik kuasa yang ada.lawan tetap lawan sampai menang.

Tanpa Nama berkata...

1960an UMNO ada 20 kerusi..MANA PIGI ITU KERUSI..sudah kasi Gerakan dan MCA kah..jadi UMNO sudah dulu2 lagi KENA KUDA lah..

Tanpa Nama berkata...

Dia punye sukalah nk tuntut apa...buruk-buruk pun org melayu,kalo cina buat apa...merosakkan anak pempuan org melayu jer

Unknown berkata...

JENIS TAK TAU MALU.. UMNO MEMANG PUN JENIS MACAM TU.. SEBAB TU LAH ADUN PENAGA TUNJUK PUNGKOQ DALAM DEWAN..

azman kamarul berkata...

Dah mula tunjuk perangai tak betui akal...insyaallah berkat doa rakyat...selama ni dok tipu rakyat dok kedarah duit rakyat.....

pas tanjung berkata...

esok lusa umno minta pulak kat guan eng jawatan timbalan km 1 dibagi kat depa...
memang dah buang tebiat umno ni
tu tanda dah dekat nak mampuih...

Tanpa Nama berkata...

lagi terbukti cakap tak srupa bikin!

"kami komited dgn perpaduan melayu/Islam" kata munafik umno!

belum pun reda isu jkk Masjid PAS yg di bangkit kan adun slim, kini satu lagi bukti terungkap...

masih buta, tuli & kurang waras kah wahai kaum ku umat Melayu!