Kes siasatan melibatkan kematian Teoh Beng Hock memasuki fasa baru apabila dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar rasmi PKR Suara Keadilan yang bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.
Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya Hisyam Mohd Yusoff, 30, membuat laporan polis terhadap tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung.
Manakala Raub Ghani, 41, juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Kedua-dua mereka membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira pukul 10.30 pagi.
Menurut laporan polis, yang salinannya turut diedar kepada pemberita di sini, Hisyam berkata laporan itu dibuat selepas beliau membaca akhbar itu yang bertarikh 29 Dis 2009 - 5 Jan 2010 bilangan 213 itu semalam, dan mendapati artikel berkenaan membuat kesimpulan bahawa setiausaha politik kepada seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock, mati akibat dibunuh.
Dalam laporannya Hisham berkata berdasarkan artikel itu, Teoh yang ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lepas disahkan mati dibunuh berdasarkan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB), 22 November lepas.
"Saya sebagai salah seorang pegawai SPRM memohon polis membuat siasatan terperinci berhubung penyiaran artikel oleh Suara Keadilan itu kerana saya merasakan bahawa apa yang disebarkannya adalah satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih lagi berjalan pada masa ini," menurutnya dalam laporan itu.
"Malah ia juga selaras dengan peringatan oleh ketua polis Selangor yang melarang mana-mana pihak membincangkan kes berkaitan Teoh Beng Hock itu," tambahnya.
Sementara itu dalam laporan Raub yang merujuk kepada artikel sama berkata, beliau membuat aduan polis terhadap Dr Pornthip kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.
"Tujuan laporan ini dibuat kerana perbuatan yang dilakukan oleh Dr Pornthip adalah perbuatan yang melampaui keputusan mahkamah dan perbuatan ini akan memburukkan lagi imej SPRM, dan orang ramai perlu bersabar menunggu keputusan mahkamah," katanya.
Wartawan akan disiasat
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata beliau akan memanggil wartawan Suara Keadilan yang menulis artikel itu tidak lama lagi bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian 16 Julai lepas, setiausaha politik Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salah guna peruntukan ADUN Selangor di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama.
Mayat Teoh, 30, dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor dan digali semula empat bulan selepas itu apabila Mahkamah Koroner Shah Alam membenarkan bedah siasat kedua dijalankan pada 22 November lepas.
Bedah siasat kedua dikendalikan oleh Ketua Unit Patologi HSB Dr Shahidan Md Noor dengan dihadiri oleh Dr Pornthip yang bertindak sebagai pemerhati mewakili kerajaan negeri Selangor, manakala SPRM diwakili pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom. berita asal Bernama/-

9 ulasan:
sebenarnya SPRM dah tak bebas lagi
kalau nak SPRM bebas dan telus perlu ganti pemerintahan BN dengan pakatan rakyat
jika pakatan rakyat perintah malaysia dah lama SPRM dan agensi kerajaan lain bebas telus dan adil
perlu singkir BN PRU13, agensi kerajaan dipengaruhi UMNO
BN parti yang semakin menyusahkan rakyat, harga barang barang naik
Taktik supaya mahkamah tidak menerima bukti bedah siasat kedua atas alasan sudah tercemar/bocor.
Malaysia bolehh, boleh ja apa apa pun so anda semua be carefullll...silap silap masuk dalam...susah politik ni pasai dipolitaikkan . Masa kita budak budak dulu dan masa kita masuk U pun, kita tak pernah fikir politik di Malaysia itu sebusuk tahi!
Dan setelah pencen keja aku rasa nak mati cepat ja kalau bincang pasai politik di negara ini.Ingat Yanggon ja guna kuasa tentera, nafikan kemenangan rakyat,(selain turki, Palatine dll) tapi di Malaysia ni pun macam macam songlap salah guna kuasa , guna SPRM, Polis, SPR,Kemas, JASA entah apa lagi... jadi tak yah adakan pilihanraya lah....
Salam sejahtera pembaca budiman.
Sejak patologis dari Thailand membuat kenyataan bahawa mendiang Teoh mati dibunuh dalam Inquest SPRM telah terkejut besar. Berbagai usha dijalankan oleh SPRM untuk menghalang pembedahan kali kedua.
Dengan tersebar berita tersebut maka peluang SPRM untuk meminta mahkamah untuk menolak laporan pembedahan kali kedua. Kita belum pasti samada Dr. Promthip yang membocorkan rahsia tersebut.
SPRM sepatutnya dibawah Parlimen dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri. Selagi SPRM dibawah Jabatan Perdana Menteri ia tidak akan bebas dan akan mengikut telunjuk UBN. Pendakwaan terpileh telah menjadi ajenda SPRM. Kita boleh lihat ikan jerung BN sepatutnya didakwa dimahkamah tidak didakwa. Bila pemimpin Pakatan Rakyat membuat salah hari ini ditangkap secepat mungkin akan didakwa.
semua undang-undang yang ada dalam malaysia adalah baik....tetapi perbuatannya macam taik.
Catat Ulasan