02 Januari 2010

Elias YDP, Salleh Man Timbalan YDP MAIPP

16 Nuharram 1431

Ali Hashim

GEORGETOWN, 1 Jan: Spekulasi mengenai siapa yang akan menggantikan Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi penggal 2010hingga 2012 telah terjawab apabila exco kerajaan negeri Abdul Malik Abul Kassim mengumumkan mengenai pelantikannya dalam satu kenyataan media semalam.

Bekas Pengarah Pusat Islam USM, Elias Zakaria dilantik sebagai YDP MAIPP manakala Ustaz Salleh Man, Adun Permatang Pasir dilantik sebagai timbalan YDP.

Menurut Abdul Malik lagi dengan pengumuman tersebut maka isu pelantikan siapa sebenarnya YDP MAIPP telah pun selesai. Abdul Malik juga menyelar sesetengah pihak yang mempertikaikan mengenai kerusi Timbalan YDP MAIPP yang diterajui oleh Mohd Salleh.

"Kerusi Timbalan YDP MAIPP bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah lama diwujudkan. Sebelum ini pun jawatan ini pernah disandang oleh Allahyarham Datuk Ibrahim Yahya.

"Kerajaan Negeri sebelum ini tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi bersabit pelantikan ini kerana tidak mahu dituduh melangkaui kuasa Yang Dipertuan Agong sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

"Selain daripada dua jawatan tersebut Kerajaan Negeri juga melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Faiza Zulkifli, Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus sebagai pegawai ex-officio MAIPP."

Abdul Malik juga mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Bakap, Maktar Shapee, Datuk Hashim Yahaya, Dr.Danial Zainal Abidin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain, Norhayati Jaafar yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Abd Aziz Che Yacob, Zainudin Hanif dan beliau sendiri sebagai Ahli Jawatankuasa MAIPP.

"Kerajaan Negeri juga selepas ini meminta pentadbiran baru MAIPP untuk mengadakan audit luaran bagi mengetahui kedudukan sebenar agar pentadbiran baru ini dapat melaksanakan pentadbiran mereka selaras dengan konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang menjadi prinsip perjuangan Kerajaan Negeri selama inim"katanya lagi

3 ulasan:

insan marhaen berkata...

saya teringat kata2 bekas ahli parlimen pas dari kelantan yg sudah meninggal dunia...
KAMU BERKUASA,KAMU LANTIK ORANG KAMU
AKU BERKUASA,AKU LANTIK ORANG AKU
ADIL LA TU!

apapun jawatan itu amanah yg sangat berat
jgn disalahgunakan walau sebesar debu
akan dihitung diakhirat nanti

YaMangoui berkata...

Salam,sy menghormati apa saja paparan YB dlm blog saudara.tp akhir2 ini aktikel YB kurang menyengat,sejajar dgn jawatan saudara.ianya mirip kpd hanya bagi tahu sahaja,tidak kepada menganalisa,kajian dan menterjemah kepada gerak kerja yg akan perlu dilaksanakan bagi memperkukuh jentera pilihanraya.Sy harap saudara dapat menyahut apa yg dipersoal ole DSN dan MAT SAMAN KATI.sy yakin saudara dapat menghayati dan akan menulis kearah itu.bagi kami,kami akan mendapat maklumat kearah itu.kami agak gusar dgn andaian MSK.maaf...pada kaki komen dan blogger,jadikan isu MSK isu kita(BERSAMA)!!!!!beri sumbangan idea anda kearah ini!!!!

fikrah islamiah berkata...

Tahniah kepada mereka yang baru dilantik. Lakukan yang terbaik untuk umat Islam Pulau Pinang. Sebagai anak Pulau Pinang saya berbangga dengan perlantikan YDP itu. Harapan saya, harta wakaf di negeri tersebut harus dimajukan untuk umat Islam.