01 Februari 2010

Wakil Kedutaan Amerika Kunjung PAS Perak

16 Safar 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

Wakil Kedutaan Amerika akan membuat kunjungan hormat ke pejabat PAS Perak jam 11.30 pagi ini. Dalam surat yang dihantar kepada Setiausaha Perhubungan Negeri, mereka kebetulan berada di Perak antara 1 - 3hb. Februari. Kesempatan ini diambil untuk mereka berinterkasi, bertukar fikiran, berdialog dengan PAS Perak. Isu-isu politik Perak juga dijangka menjadi topik utama perbincangan.

PAS Perak mensifatkan kunjungan ini sebagai satu penghormatan oleh sebuah kerajaan besar dunia terhadap keupayaan kepimpinan PAS Perak menerajui politik baru di Perak pada masa kini. Prestasi baik yang ditonjolkan oleh YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar sewaktu menerajui Kerajaan PR di Perak menarik minat untuk mereka terus berkomunikasi dengan PAS Perak. Selain itu perpaduan dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh PAS dan rakan-rakan komponan PR juga mengundang minat mereka untuk mengetahui dengan mendalam senario politik perpaduan dan muafakat yang berjaya ditonjolkan oleh PAS, PKR dan DAP di Perak.

Walau bagaimanapun PAS akan sentiasa berhati-hati dalam pertemuan tersebut pagi esok, PAS tidak akan terjebak dengan permainan politik Amerika melalui wakil dutanya esok sekiranya ada usaha memporak perandakan keharmonian yang berjaya dijalin sesama PR sejak dua tahun yang lalu, ataupun ada usaha bagi Amerika supaya PAS mengikut telunjuk mereka dalam menentukan percaturan politik di Perak

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hati-hati pas perak nanti umno kata pas ejen amerika..mcm depa kata pada ds anwar ibrahim...