21 Februari 2010

KOLEJ TAHFIZ AL-QURAN: MINTA KERAJAAN RANGKA KERTAS DASAR YANG KOMPREHENSIF

6 Rabiul Awwal 1431H

Kenyataan Media (18 Februari 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh dan meminta Kerajaan Negeri mempercepatkan cadangan untuk membina Kolej Tahfiz Al-Quran bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan Maahad Tahfiz menyambung pelajaran mereka ke peringkat diploma amatlah di alu-alukan.

DPPN Pk yakin usaha Kerajaan Negeri tersebut akan memastikan satu sistem pendidikan Islam yang menyeluruh bagi Maahad Tahfiz untuk beroperasi di setiap daerah jika benar ianya sebahagian daripada agenda untuk memartabatkan pembangunan Islam di Negeri Perak ini.

Malah usaha ini adalah menjadi agenda yang perlu di laksanakan bagi memberikan kefahaman kepada generasi muda Islam untuk memahami dan melaksanakan kefahaman yang sebenarnya. DPPN Pk amat berkeyakinan usaha ini adalah langkah yang terbaik bagi menyampaikan agenda pembangunan Islam ini.

DPPN Pk sekali lagi mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri di atas langkah dan inisiatif yang telah di lakukan. Usaha untuk pembangunan Islam harus menjadi agenda utama Kerajaan Negeri untuk memberikan kefahaman berkaitan Islam yang sebenar kepada rakyat.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.



2 ulasan:

ong ong kedek kedek berkata...

semua pusat tahfiz perlukan pembelaan dan perhatian, harap2 pihak yg berkaitan bleh main peranan semaksimum mungkin... hmmm best gak topik ni, bleh di olah lg... nanti sudi2 la lawat blog sayer, republikn9.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

YB Zambery, kami rakyat Perak menunggu perlaksanaan nya. Jangan bila esok pilihan raya hari ini baru nak mula melaksanakan nya. Kami tak mahu di gula gulakan lagi seperti yang sering berlaku di masa lampau, apabila nak pilihan raya, jalan di turap dan tiang letrik di pacak di tempat yang bertahun tahun tiada letrik.