21 Februari 2010

NOTIS AKHIR ZAMAN

6 Rabiul Awwal 1431H
Email : Mann Trex

Salam alaik,

Kita dah lama terima notis ini tapi masih main-main lagi dengan begitu hebat berpolitik, berpecah, bersukaria, berasabiyah, terkinja-kinja berkaraoke dan lepas tu ada hati pulak nak komplen kena tindas.

Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya:
"Seluruh manusia akan mengelilingi kamu (umat Islam) bagaikan yang kebulur mengelilingi hidangan makanan.

Lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?

Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai laksana buih di lautan. Allah akan mencabut gerun daripada hati musuh terhadap kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu dengan perasaan al wahan.

Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahan itu? Ujar Baginda: Al-wahan ialah cintakan dunia dan takutkan mati."

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

AL-WAHAN adalah penyakit utama penyebab Umat Islam ditindas, diancam, dihina, lemah dan perpecah-pecah. Sendiri cari penyakit, patut telan ajelah. Sebaliknya nak komplen sana-sini sehingga ramai yang dah naik jelak. Tengoklah sendiri, tiada siapa yang hormat pada Umat Islam. Perundangan Islam kena tentang dan setiap perkara yang disediakan untuk membantu Umat Islam dipersoal oleh kafirin. Ini semua sebab Al-WAHAN dalam diri.

UBAT penyakit Al-WAHAN ialah : AMALAN SOLEH dan INGAT KEPADA MATI. Bak kat Abu Huzaifah Al-Yamani, bila kenal kejahatan, maka senang kenal perkara yang baik.

Kalau tak nak nak makan ubat, bermakna sedang menyediakan diri untuk diratah oleh segala jenis kumpulan kafirin, fasikin dan munafikin. Kita mau ke keturunan kita kena buli dari segenap arah, jika kita enggan berubat?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

Benarlah hadis nabi Muhammad SAW tu, semenjak perang Salib dan keluarnya lagi kuasa2 Eropah setelah jatuhnya Islam di Andalusia /Sepanyol, di sebabkan kesilapan pemerintah Islam sendiri yg lebih percaya kepada musuh Islam (pemerintah Islam telah mengambil org2 Goth-Frankish sebagai pengawal istana) maka kuasa2 Portugis dan Sepanyol yg dipelopori oleh bangsa Frankish (org Melayu gelarkan mereka Feringgi-penjajah Melaka)telah menjajah Sepanyol dan menjajah negeri2 umat Islam, mengawal jalan laut ke timur yg sebelumnya di kuasai pedagang2 Arab Islam...sehinggalah mereka menjajah ke alam Melayu dengan jatuhnya Melaka ke tangan Portugis dan Filipina di Kristiankan oleh Sepanyol.

Sebilangan besar org Frankish (salah satu dr suku Goth atau suku2 German/Germanic Tribes,ada lagi suku lain seperti Lombards, Angles, Saxon dll) ini menghuni negara Peranchis/Frank/French (dahulunya dikenali sebagai Gaul pd zaman empayar Rom) dan diingati jasa mereka sebagai penyelamat Eropah kerana telah dapat menyekat kemaraan tentera Islam di sempadan Andalusia dan Perancis.

Perancis mempunyai sejarah yg lama dengan Islam dari segi ketenteraan sebagaimana British juga mewarisi sejarah Pernag Salib Richard The Lion Hearted dan Salahuddin Al Ayubi...

Jadi pembelian kapal selam kita yg bermasalah itu berkemungkinan ada kaitan dengan sejarah negara Perancis/suku kaum Goth Frankish yg sudah lama bermusuh dengan Islam...
cuba fikir2 fikirkan...