31 Mac 2010

Nik Aziz dahului terima darjah kebesaran

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan hari ini.

Menteri Besar dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini pagi ini.

Turut menerima anugerah tersebut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menerima Dato’ Lela Negara.

Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.

Sementara anugerah Darjah-Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) ialah Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra, diikuti Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).

Anugerah gelaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai penerima ialah peguambela, Datuk Sukri Mohamed, diikuti Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad.

Manakala penerima Anugerah Geralaran Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai ialah Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Penerima Anugerah Kebesaran bagi gelaran Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.) ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Selain itu, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan bekas Adun Banggol Judah, Yahya Othman.

Mudir Pondok Pasir Tumboh, Tuan Guru Hashim Abu Bakar menerima gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Penerima gelaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah.

Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Manakala seramai 10 orang menerima pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub.

Keseluruhan penganugerahan tersebut membabitkan penerima seramai 84 orang.

Sementara itu seramai 555 lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujiandian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tiga anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar pula disenarai penerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K).

Senarai penerima tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri pada sidang media di Istana Balai Besar semalam.

“Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan.

“Ia adalah semata-mata merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri,” katanya

Harakahdaily/-

Gambar selepas Sidang DUN dan Sidang Media.






















Gambar ADUN PR menuju ke Dewan sekitar jam 8.45 pagi tadi.

Rakan media yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan negeri untuk membuat liputan.

Ramainya polis yang mengawal pintu masuk SUK setelah semua ADUN PR masuk ke dalam dewan.



adun PR dihalang masuk, pintu dibuka dengan sempit sekali












Gambar dalam bangunan dan Dewan Negeri perak.


























Maaf , gambar akan menyusul.

Saya memohon maaf kerana terdapat beberapa kesilapan teknikal dalam penghantaran gambar melalui MMS kepada al banjari seperti rencana awal sehingga ianya tidak dapat diterbitkan seperti yang direncanakan..

Namun begitu saya akan cuba menerbitkan semua gambar berkenaan paling lewat sebelum lewat malam ini bagi tatapan umum.

Kami bersurai, sidang bersambung esok

Kami bersurai sekitar jam 12.40 selepas mengadakan sidang akhbar. Wisma DAP yang letaknya berdekatan dengan bangunan Dewan Negeri Perak penuh sesak dengan wartawan.

Selepas kami mengadakan mesyuarat ringkas semuanya meninggalkan wisma DAP balik ke tempat masing-masing. Demikian juga dengan para Penyokong Pakatan Rakyat yang menunggu dari awal pagi turut meninggalkan Ipoh.

Saya mewakili Pimpinan PR Perak mengucapkan tahniah kepada semua ADUN PR yang telah dapat menghadapi sidang yang getir dan diganggu hebat oleh polis pada hari ini.

Disamping tidak lupa ucapan terima kasih kepada para penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup datang dari jauh dan dekat bagi mengikuti perjalan dewan hari ini.

Jumpa lagi esok.

Terkini 12.48 pm : Semua ADUN dan penyokong PR bersurai meninggalkan Wisma DAP

Setelah sidang media dan sedikit mesyuarat ringkas, semua ADUN PR meninggalkan Wisma DAP. Begitu juga dengan penyokong PR yang berada disana sejak awal pagi tadi juga meninggalkan tempat tersebut.


Terkini 11.35 am : Komen Ds.Nizar kepada Titah ucapan Tuanku

Satu titah yang progresif dan cukup baik. Kerana itu perlu dibahas sebagai menghormati ucapan tersebut.

Terdapat banyak perkara perlu dibahas sebab itu kami mohon diberikan peluang untuk berbahas.


Terkini 11.32 am : Sidang media tamat

Sidang media telah berakhir dan kami memohon esok tidak ada polis lagi.

Speaker Sivakumar juga menjelaskan sebentar tadi bahawa polis cuba merampas bajunya namun dia membantah dan pihak polis gagal mengambil begnya.



Terkini 11.29 am : Media sahkan tidak dibenarkan masuk dalam dewan

Media sahkan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dan hanya dibenarkan dalam galeri sahaja. Sidang media mendapata pengesahan dari rakan media mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dan hanya dibenarkan berada dalam galeri bercermin gelap.

Ada yang menjelaskan kami kurang nampak dan kurang dengar apa yang diucapkan. Apa lagi untuk membuat pemberitaan.


Terkini 11.26 am : Kenyataan Dato Ngeh

Saya cabar supaya esok hari tidak ada polis. Dan kita akan lakukan sesuatu kalau esok masih ada polis.

Keselamatan kami tergugat dan kami mohon jaminan.

Saya mendapati agenda berikut tidak ada perbahasan, apa sudah jadi?

Polis yang datang hari ini dibawa dari banyak tempat termasuk yang saya kenal sekumpulan dari Manjung.


Terkini 11.21 am : Kenyataan Speaker Sivakumar

Saya tidak nampak media dalam dewan yang seharusnya diketahui oleh rakyat umum. Sepatutnya media semua pihak dan blogger dibenarkan masuk .

Persoalan kenapa ini dibuat dan telah mencemar demokrasi.


Terkini 11.20 am : Kenyataan Media Ds.Nizar

Kami baru balik dari perhimpunan polis, tetapi kami bersama DYMM Pemangku Perak dalam acara perasmian tadi.

Kami dihalang untuk mengadakan sidang media di perpustakaan seperti biasa. Kami tidak dibenar masuk dalam dewan ikut pintu E dan dikatakan itu adalah pintu BN,kami protes dan akhirnya kami dibenarkan masuk.

Hampir 15 minit kami tergendala disitu dan ini cara baru yang dilakukan BN untuk halang kami masuk .Kami lihat dalam galeri penuh dengan polis dan dewan dipenuhi polis. Ini pencemaran dan kami bantah dan kondem dengan arahan kepada polis yang tidak sepatutnya.

Inilah sebab kami ajak berbincang dengan tujuan kami bersidang dengan licin dan mohon sidang selama 5 hari namun ditolak.

Saya juga membisikkan kepada Ganesan tadi dia juga senyum.Kami dapat sms tadi kalau ada kekecohan dalam dewan, kami akan ditangkap, dan saya anggap benar kerana dalam dewan begitu ramai polis.

BN menggunakan cara mengasing-asingkan tempat laluan masuk dewan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Terkini 11.11 am : Kami meninggalkan dewan dan berjalan kaki menuju Wisma DAP

Kami keluar dari bangunan dewan dan dengan berjalan kami singgah sebentar di bawah pokok demokrasi dan sempat saya membuat jenaka dengan cadangan supaya diadakan sidang bawah pokok, dan mendapat perhatian dari pihak polis yang ada disitu. Mungkin mereka ingat kami serius atau betul-betul....


Terkini 10.54 am : Sidang Media

Satu sidang media akan diadakan sebentar lagi, semua ADUN PR masih berada di dalam dewan. Dan secara baik mengadakan perbincangan dengan ADUN BN.

Kelihatan Tajol Rosli berkata sesuatu kepada Dato Ngeh sambil diperhatikan ole ADUN yang lain.


Terkini 10.46 am : Bacaan Doa

10.42 am : Bacaan doa oleh Mufti Perak, DYMM Pemangku Raja Perak selesai merasmikan Dewan Perak.

10.45 am : Bacaan doa selesai, Ganesan tangguhkan dewan dan umum dewan ditangguh ke hari Rabu(esok) jam 10 pagi.

10.46 am : DYMM Raja Nazrin meninggalkan dewan.

10.48 am : Setelah Raja Nazrin meninggalkan dewan semua polis berbaju biru meluru masuk mengambil tempat tadi,benar mereka hanya berlakon.


Terkini 10.28 am : Polis yang berkawal didepan Ganesan meninggalkan tempatnya

Macam berlakon, bila Pemangku Raja Perak masuk ke dalam dewan tadi, lalu semua polis itu meninggalkan tempat mereka berdiri.

Sebelum itu ADUN Pengkalan Hulu sempat mempertahankan mereka yang tidak dikenali yang berbaju biru itu adalah untuk menjaga keselamatan Pemangku Raja Perak.

Namun ternyata Tajol Rosli berbohong apabila Pemangku Sultan masuk lalu mereka meninggalkan bahagian depan pentas utama.

Mungkin mereka menjaga kerusi Ganesan takut dirampas oleh kami???


Terkini 10.14am : Semua ADUN hadir

Semua ADUN PR dan BN berjumlah 59 orang berada dalam dewan mengikuti Majlis Perasmian oleh Pemangku Raja Perak.


Terkini 10.13 am : Titah Ucapan Perasmian.

DYMM Pemangku mulai masuk ke dewan dan memulakan titah ucapan perasmian sidang hari ini.


Terkini 10.11 am : Sivakumar menuju ke kerusi Speaker, Ganesan patah balik takut kerusi kena ambil

Apabila Sivakumar cuba menuju ke kerusi Speaker, Ganesan terus berpatah balik ke kerusinya takut diambil oleh Sivakumar sebentar tadi.


Terkini 10.09 am : ADUN PR terus protes supaya polis keluar

ADUN PR terus protes supaya polis keluar, sidang terhenti..Raja Muda belum masuk ke dalam dewan.


Terkini 10.06 am : Permohonan PR ditolak, sidang diteruskan

Selepas bacaan doa oleh SU Dewan Ganesan tetap meneruskan dewan dengan tidak mengindahkan permohonan dari Pakatan Rakyat.


Terkini 10.03 am : ADUN PR protes polis ramai dalam dewan, supaya keluar

ADUN PR diketuai oleh DS. Nizar protes dewan yang dipenuhi oleh ratusan polis dan menjamin dewan akan berjalan lancar walaupun dewan tiada polis, namun ditolak oleh BN.


Terkini 9.57 am : Kami akhirnya dibenar masuk setelah dihalang sekitar 15 minit.

14 Rabiulakhir 1431H

Akhirnya kami dibenarkan masuk setelah berlaku perdebatan dipintu masuk E sebentar tadi.


Terkini 9.55 am: Kami dihalang untuk masuk

14 Rabiulakhir 1431H

Polis tidak ada kerja diluar dan banyak berkumpul di luar dewan. Dalam bangunan dewan untuk menghalang kami masuk melalui pintu masuk yang kami pilih iaitu pintu E.


Terkini 9.40 am : Acara Pemeriksaan Perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak

14 Rabiulakhir 1431H

Perbarisan tamat. Acara perbarisan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak. Raja Nazrin Shah.


Sekitar Sidang DUN Perak











albanjari/-

Terkini 9.36 am : DYMM Raja Muda Perak tiba di bangunan dewan.

14 Rabiulakhir 1431H

DYMM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak selamat sampai di bahagian hadapan dewan negeri tempat perbarisan akan diadakan sebentar lagi.

Semua tetamu termasuk dari Pakatan Rakyat berdiri untuk penghormatan bersama dengan lagu NegaraKu yang berkumandang.



Terkini 9.16 am : Speaker haram ambil tempat hormat perbarisan

14 Rabiulakhir 1431H

Kelihatan speaker haram bersama setiausaha Kerajaan Negeri menerima tabik hormat dari pasukan perbarisan yang bertugas.



30 Mac 2010

Terkini 8.56 am : Kami sampai di dataran tempat perbarisan

14 rabiulakhir 1431H

Semua ADUN PR sudah sampai didewan tempat perbarisan yang akan diadakan pada jam 9.30 pagi nanti.

Maaf, saya sempat tersala duduk di samping katak Changkat Jering, mana tahu kalau ada media yang siarkan, jangan salah faham pula.

Semua ADUN PR telah mengambil tempat masing-masing. Kami pilih tempat di bahagian belakang sekali.



Terkini 8.50 am : Pintu masuk penuh dengan polis

14 Rabiulakhir 1431H

Keadaan pintu masuk bangunan dewan sesak dengan hampir 100 polis yang mengawal ketat pergerakan kami untuk masuk.



Terkini 8.46 am : Kawalan ketat sepanjang perjalanan ke dewan

14 Rabiulakhir 1431H

Kami mendapat kawalan ketat sepanjang perjalanan ke dewan dan mendapat liputan yang meluas dari rakan media.



Terkini 8.44 am : Kami mula bergerak ke dewan

14 Rabiulakhir 1431H

Semua ADUN PR mula bergerak ke dewan sebentar tadi.



Terkini 8.39 am : Masuk dewan pun pintu lain-lain

14 Rabiulakhir 1431H

Menurut surat terakhir yang dihantar oleh Speaker haram dimana antara ADUN BN dan PR masuk ke dewan melalui lif dan pintu berasingan.



Terkini 8.34 am : Semua ADUN PR sudah berkumpul di Wisma DAP

14 Rabiulakhir 1431H

Semua ADUN PR kini berada di Wisma DAP dan sedikit talimat sedang diadakan untuk kami.


Terkini 8.30 am : Wartawan cuma diletakkan dalam bilik audio bercermin gelap

14 Rabiulakhir 1431H

Seorang wartawan yang bertugas memaklumkan kepada saya sebentar tadi bahawa mereka cuma dibenarkan duduk dalam bilik audio semacam bilik pemerhati bercermin gelap.

Ada kemungkinan mereka gagal untuk mengambil gambar apabila diletakkan dalam bilik gelap itu.



Terkini 8.27 am : 150 polis berpakaian biasa dalam bangunan dewan

14 Rabiulakhir 1431H

Menurut maklumat yang kami terima juga didalam bangunan SUK sekarang terdapat sekitar 150 orang pegawai polis yang mengenakan pakaian biasa.

Saya tidak pasti apakah strategi jahat yang diatur oleh BN pada sidang hari ini.


Terkini 8.25 am : Maklumat dikatakan talifon pun tidak dibenarkan masuk

14 Rabiulakhir 1431H

Menurut maklumat yang saya terima alat rakaman akan dihalang masuk ke dalam dewan termasuk juga talifon. Kalau ini menjadi kenyataan maka sekali lagi ADUN PR dihalang untuk merakamkan perkara yang sebenar berlaku di dalam dewan.



Sekitar bangunan Dewan Negeri Perak kembali jadi "Zon Perang ">

Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.

Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.

banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.

Siapakah mereka ?





















Terkini 7.14 am: Polis mula datang untuk buat kawalan.

Seperti yang saya jangkakan dari awal, rupanya benar suasana sidang hari ini akan berlangsung dengan kawalan dari pihak keselamatan seperti sebelumnya sejak BN merampas kuasa di Perak.

Saya menerima SMS dari ADUN Selingsing yang sampai ke lokasi lebih awal dimana pada mula katanya kelihatan 2 orang saja yang berligar disekitar pokok demokrasi.Selepas itu saya menerima sms berikutnya mengatakan mereka datang beramai-ramai seperti biasa.

Terkini 6.15 pagi : Sembahyang subuh dengan ADUN Gunung Semanggol .

Secara kebetulan semasa singgah untuk mengisi minyak di Stesen Petronas Bukit Merah, tiba-tiba saya disapa oleh ADUN Gunung Semanggol, Hj. Ramli Tusin yang kebetulan berada disitu untuk tujuan yang sama. Alhamdulillah kami sempat sembahyang subuh berjemaah dan meneruskan perjalan ke Ipoh. Sambil itu dah janji untuk pekena air secawan.

Terkini 5.50 pagi : Sekatan Polis di Parit Buntar.

Dalam perjalanan menuju ke lebuh raya sebentar tadi saya terkejut dengan satu sekatan polis yang diadakan di pangkal Jambatan yang menghubungkan Parit Buntar dengan andar Baharu.

Kelihatan terdapat 3 orang pegawai polis berpakaian lengkap yang bertugas. Apabila saya membuka cermin kereta dan bertanyakan apakah tujuan sekatan diadakan awal pagi begitu , salah seorang dari mereka yang mengenali saya mengatakan untuk menjaga keselamatan.

Namun apabila saya persoalkan adakah ada kaitan dengan sidang yang akan berlangsung pada hari ini, dia menjawab ringkas "sekali la... "

Terkini 5.25 pagi : Saya siap untuk berangkat ke Ipoh

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya bangkit awal pada pagi ini untuk buat persiapan untuk berangkat ke Ipoh bagi enghadapi Sidang DUn pada pagi ini. Rancana saya ialah keluar dari rumah pada jam 5.30 pagi untuk menuju ke Ipoh.

malam tadi sebelum tidur saya persiapkan pakaian no 1 dress untuk dipakai dalam majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh DYMM Sultan perak.,

Tiga orang pelajar perubatan Malaysia selamat dari mangsa bom di Russia.

Kereta Api Metro di Moscow, Russia musnah dalam satu letupan hari ini. Letupan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.

Tiga orang pelajar perubatan Malaysia di sini terselamat dari maut apabila kereta api yang mereka naiki meletup dan mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.

Wisma Putra mengesahkan ketiga-tiga pelajar Malaysia itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sebaliknya mereka telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.Foto AP/ Life News

Terengganu Darul Runtuh : Bangunan UMT runtuh: 1 maut, 4 cedera


Kelihatan anggota Bomba dan Penyelamat menggunakan jentera bagi mengangkat sisa runtuhan untuk mengeluarkan mangsa dari runtuhan bangunan Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT). – Foto Bernama

KUALA TERENGGANU, 29 Mac — Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini. Kejadian pada hari ini menembahkan lagi koleksi siri runtuhan bangunan di Terengganu sejak tahun lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini.

BN semakin sombong : Tiada tanda sidang esok akan berada dalam keadaan aman dan tenteram.

12 Rabiulakhir 1431H.

Keadaan yang dialami sejak rampasan kuasa pada 6 Febuari 2009 tidak lain dari suasana sidang yang hiruk pikuk dan bercelaru semacam DUN Perak tidak ada peraturan dan undang-undang lagi. Keadaan tersebut tercetus tidak lain dari sikap BN yang telah mengarahkan pihak keselamatan dalam keadaan yang melampau dan melangkaui tugas sebenarnya sehingga DUN Perak tidak lekang dari pencabulan dan karenah BN yang terus menegakkan benang basah bagi mempertahankan kuasa haram yang mereka dapat dari kudeta itu.

Sidang esok hari nampaknya akan diwarnai dengan kawalan keselamatan yang melampau seperti sebelumnya. Tanda-tandanya sudah nampak pada hari ini. Alat sekatan jalanraya sudah sedia dipasang sejak pagi tadi.

Benarlah Zambry dan Ganesan berbohong dengan mengatakan sidang sekali ini tidak akan menggunakan pasukan keselamatan. malah rata-rata rakyat Perak yang saya temui didalam dan diluar negara membayangkan BN akan menggunakan "talian hayat" itu untuk menjamin sidang haram terus akan berlangsung.

Selain itu tindakan Ganesan yang cuba mengendalikan sidang negeri dengan kuasa haram yang dimiliki sekali lagi gagal dan kegagalannya menampakkan dia adalah 'bodoh' dan "semacam tidak bersekolah" bila tidak dapat memahami surat yang dikeluarkannya sendiri sehingga menolak soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat walaupun mematuhi arahan surat tersebut.

Atau Ganesan tidak tahu membaca surat dalam Bahasa Melayu dan Pakatan Rakyat boleh terjemahkan ke dalam tulisan bahasa yang dikehendakinya.

Selain itu kengganan Zambry dan Ganesan yang dengan secara angkuh dan sombong menolak pelawaan Pakatan Rakyat untuk berbincang bagi memastikan kepentingan rakyat Perak terjamin hasil dari sidang, jelas mengecewakan kami walaupun sudah kami jangkakan dari awal.

Saya sangat hairan dengan sikap pemimpin BN Perak yang diketui oleh Zambry yang semakin angkuh dan sobong sejak kebelakangan ini. Semacam mereka tidak sedar bahawa kuasa yang mereka miliki adalah sementara dan mereka dapatpun dengan mencuri bukan dengan cara domokrasi seperti yang Pakatan Rakyat dapat pada PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 dulu.

Tidak apalah kalau mereka sengaja untuk berlakun tidak sedar diri untuk menyakinkan rakyat bahawa dengan lakunan itu rakyat nampak semacam benar tindakan BN merampas kuasa pada 6 Februari itu, tetapi saya yakin rakyat dapat menilai yang mana intan dan yang mana berlian sehingga mereka semakin tidak sabar untuk menunggu DUN Perak dibubarkan pada satu masa nanti bagi menghukum BN.

Bayangkan betapa ditempat yang mereka tidak menang bertanding pada tahun 2008 kebanyakan mereka dipanggil YB oleh pegawai di jabatan kerajaan. Mengampu atau tidak saya tidak pasti tetapi yang paling tepat mereka adalah YB iaitu "Yang Berlakun" dengan kuasa haram yang mereka dapat.

Dan lakunan mereka akan disaksikan dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan, kita tunggu dan lihat.....

Tajol Rosli Iktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

YB Sivakumar menunjukkan surat jawapan yang ditandatangani oleh Tajol Rosli.


12 Rabiulakhir 1431H.
http://misabah.blogspot.com

IPOH, 28 Mac;-YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.



Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.