21 Mac 2010

Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa disambut baik

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 20 Mac: Kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang menegaskan, pembayaran wang royalti atau wang ehsan dari Petronas perlu dibuat kepada kerajaan negeri bukannya pihak-pihak yang lain terus menekan Umno dan kerajaan negeri Kelantan menyambut baik kenyataan itu.

“Memang hak kerajaan negeri. Menurut Tun Musa, bahawa perjanjian mengenai royalti minyak Kelantan itu adalah jelas.

“Bagi saya, kenyataan Tun Musa itu adalah satu pandangan yang baik,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Bola Sepak Terbuka Kelantan di Padang Perdana di sini pagi semalam.

Tun Musa dalam wawancara yang disiarkan melalui Astro Awani menegaskan bahawa pembayaran wang royalti atau pun wang ehsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan Kelantan untuk diuruskan selaras peruntukan undang-undang yang ada.

Wang tersebut mesti dikendalikan kerajaan negeri dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan dengan mewujudkan jawatankuasa khas mengenainya.

Kerajaan Pusat melalui Pengerusi Perhubunga Umno Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad memberitahu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengendalikan pengagihan wang ehsan. Ekoran itu, kerajaan negeri Kelantan dijemput menghantar wakil untuk menyertai jawatankuasa itu namun ia ditolak oleh kerajaan negeri kerana tidak mengiktirafnya.

Kenyataan Tun Musa sekali lagi memberikan tekanan hebat terhadap Umno yang terus berkeras tidak mahu menyerahkan wang royalti petroleum kepada kerajaan negeri dan mahu mengendalikannya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan yang dibentuknya.

Sebelum ini, anggota Parlimen Umno dari Gua Musang yang merupakan bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, mengikut perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang beliau sendiri tandatangani, wang tunai lima peratus dari hasil minyak yang diperolehi dari perairan Kelantan perlu dibayar kepada kerajaan negeri. Perjanjian itu pula tidak menghadkan tiga batu nautika sahaja tetapi seluruh perairan Kelantan.

Ini kerana, mengikut konsep persekutuan, tanpa negeri dimanalah persekutuan dan seluruh laut berdepan dengan sesebuah negeri dikira perairan negeri.

Namun sehingga kini, Umno bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan ia perlu dibayar jika petrol itu diambil di atas tanah atau sehingga tiga batu nautika sahaja dari pantai Kelantan. Pun begitu, ia berubah setiap masa. sebelum ini, tidak ada minyak diperolehi di perairan Kelantan. Kemudian ia berubah dengan ada dan Kelantan akan menerima wang ehsan bukan royalti.

Mula-mula RM20 juta diumumkan sebagai jumlah wang ehsan yang akan dibayar. Baru-baru ini, jumlah itu berubah pula kepada RM26 juta.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingin nak dengar apa kata Tun.

Tanpa Nama berkata...

biar puak dia muntah kedarah duit tu sampai pecah perut.....susah sangat nak bg pd krajaan negeri duit tu.alasan takut krajaan negeri xpandai urus.apa punya mangkuk hayun puak ni,dia fikir dia cerdik sangat ka urus duit tu.harta rakyat hari2 puak tu muntah kedarah.pastu nak ckp org lain xpandai urus.btul2 songlap harta rakyat puak ni.memang patut la TGNA ghoyat biar sampai pecah perut

Tanpa Nama berkata...

UMNO WARISAN PENJAJAH

NEGERI-NEGERI MAJORITI ORG2 MELAYU DI BIARKAN MISKIN (TERENGGANU, KELANTAN, KEDAH DLL) DAN SENTIASA DIPASTIKAN MENJADI PEMINTA SEDEKAH TEGAR KEPADA UMNO/BN -GUNA ISTILAH EHSAN/SEDEKAH DARI KERAJAAN PUSAT, PADAHAL MINYAK KELUAR DR PERUT BUMI NEGERI MELAYU TERSEBUT- SUPAYA KUASA UMNO BOLEH BERTAHAN SELAMA2NYA SEBAGAI TUAN (DIBANTU GOLONGAN KAPITALIS BANGSA ASING)HASIL DARI KEMISKINAN DAN KELEMAHAN ORG2 MELAYU INI...

INILAH KONSEP SEBENAR KETUANAN MELAYU (PERANGAI PENJAJAH, MENJAJAH BANGSA SENDIRI)

1MALAYSIA DIWUJUDKAN APABILA UMNO DAN BN MELIHAT PAKATAN RAKYAT SUDAH DAPAT BERPAKAT (DALAM PARTI MASING2 ADA BERBILANG KAUM TETAPI SEPAKAT) SEDANGKAN PARTI2 KOMPONEN BN MASIH MENGAMALKAN PARTI BERASASKAN KAUM YG SUDAH KETINGGALAN ZAMAN DAN TAK RELEVAN BAGI ABAD KE21 INI.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN HANYA RETORIK, MANIS DIBIBIR...ISU ROYALTI PON DAH TAHU SAMAADA MENEPATI SLOGAN ITU ATAUPON TIDAK DENGAN MENIPU RAKYAT YG KURANG FAHAM TTG UNDANG2 MINYAK...GUNA AKTA DARURAT 1969!

PENCAPAIAN BN DIPERAK ADALAH CEMERLANG KERNA DPT BUAT REKOD DUNIA,(RASA2NYA TAK PERNAH BERLAKU LAGI DLM DUNIA) SPEAKER DUN DIANGKAT BERSAMA KERUSI DAN DIBUANG KELUAR DEWAN...RASA2 BRITISH PON TAK SANGGUP DAN TAK BERANI NAK BUAT BEGITU...INI MEMANG PENCAPAIAN (REBUT KUASA) MEMANG DIUTAMAKAN...BY HOOK OR BY CROOK..