21 Mac 2010

Catatan Perjalanan : Sekarang saya di Bandar Cardiff, Wales.

Alhamdulillah perjalanan yang panjang dan mencabar dalam rangka lawatan ke Timur Tengah dan UK sudah hampir sampai dipenghujungnya. Sejak kelmarin saya sudah sampai dengan menaiki bas di Bandar Cardiff sebuah pelabuhan lama di Wales. Katanya peranan bandar ini sebagai pelabuhan utama telah dipindahkan ke pelabuhan baru namanya Newport.

Sebelum ini saya telah berada di Nottingham dan Sheffield dalam program yang telah diatur. Perjalanan dari Sheffield ke Carddif memakan masa selam 4 jam. Bas sempat singgah sekitar sejam di bandar Brmingham dan saya makan tengahhari disana dengan bekal nasi goreng yang disediakan oleh sahabat di Sheffield.

Bagi saya bas yang saya naiki sangat selesa dan semua penumpang malah diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Lebuhraya dan jalan yang dilalui setakat ini tidak ada yang bertol. Dengarnya di UK hanya ada dua lebuhraya yasng mengenakan tol.

Satu keunikan yang terdapat dibandar ini ialah banyaknya mesjid yang dibukan dan bercambah seperti cendawan tumbuh sehingga setakat ini telah terdapat sebanyak 14 mesjid.

Semalam saya sempat berada disalah satu mesjid yang terletak dalam bandar ini yang merupakan asalnya dari dua rumah teres ala Inggeris bersaiz besar yang diubah suai dan diperluas sehingga saya jangkakan boleh menampung sekitar 500 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Menurut maklumat yang saya dapat ianya diusahakan dan dibeli oleh kerajaan Arab Saudi. Terdapat seorang imam berketurunan Arab yang bertugas secara tetap dan mengendalikan kelas agama di Mesjid yang bernama "Al manar " itu.

Selain itu dibandar ini tidak jadi masalah untuk mencari makanan halal malah terdapat puluhan restoran halal yang dibuka oleh orang Lubnan, Arab, India ,Paskitan dan banyak lagi.

Saya dibawa untuk makan tengahhari kelmarin disebuah kedai yang menjual mee goreng ala mamak dan sebelah malamnya saya makan dikedai Lubnan nama nya LILO yang menghidangkan makan yang lazat dengan berbagai pilihan. Saya pilih kambing bakar dan itulah kegemaran saya selama ini.

Hari ini saya akan bergerak ke London dengan menaiki bas. Perjalan yang akan ditempuh selama 3 jam dengan bas. Setelah selesaia program yang diatur di London petang ini saya akan ke Dublin untuk berada disana sehingga Isnin ini.

Catatan pada jam 7.15 pagi waktu UK.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best nyer gi sana.
semoga selamat semua

Tanpa Nama berkata...

salam,
what a small world....saya berjumpa YB DUN Titi Serong at Wok to Walk, Cardiff....enjoy your journey

Pak Anjang berkata...

Assalamualaikum YB. Minta YB beri fokus lebih sikit tentang tol kerana ramai rakyat Malaysia dibohongi oleh UMNO yang mengatakan tol di Malaysia murah. Cuba YB buat perbandingan dengan negara lain.

Tanpa Nama berkata...

Minta YB siarkan gambar semasa melawat tempat-tempat yang menarik disana untuk tatapan umum, mesti best punya.

Tanpa Nama berkata...

malaysia ja tol mahal...mesir pun murah ja tol dia..ada 2 ja....