20 Mac 2010

Berita Pelik Dalam Web Kelab UMNO

3 Rabiulakhir 1431H
Oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Bandingkan di antara dua berita ini. Pertama disiarkan di dalam web Kelab UMNO Luar negara, manakala berita yang kedua disiarkan di dalam Web PMRAM.org. Kesahihan antara dua berita ini, sudah diketahui umum.

Pertama :

PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH

Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.

Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.

Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.

Kedua :

Pelajar Perubatan Cawangan Tanta Meniggal Dunia Di Iskandariah

ISKANDARIAH, 11 Mac - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di jurusan Perubatan di Universiti Tanta, telah meninggal dunia kelmarin akibat terjatuh dari balkoni tingkat 4 di sebuah bangunan di Iskandariah. Allahyarham dikenali sebagai Mohd Sarhan bin Ahmad Khan merupakan penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Tanta.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia) dan pihak polis mengelaskan kejadian tersebut sebagai kemalangan tanpa sebab. Ini berikutan hasil siasatan yang dilakukan, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku.

Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad, bersama-sama dengan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini bin Salleh, telah menyempurnakan jasad allahyarham di salah sebuah hospital di Iskandariah.

Jenazah allahyarham telah disembahyangkan di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah dan telah di bawa ke tanah perkubuiran selepas itu. Pihak PMRAM merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga allahyarham atas pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan berada di dalam golongan orang-orang yang soleh.

Ulasan :

Hakikatnya berita ini telah pun diketahui umum. Saya tidak pasti, samada berita yang disiarkan di dalam web Kelab UMNO itu adalah kes yang berlainan, ATAU berita tersebut salah. Sekiranya berita ini salah, maka suka untuk saya betulkan beberapa kesalahan tersebut.

1. Nama mangsa

Nama sebenar mangsa bukanlah Wan Farhan Bin Wan Han. Tetapi nama sebenar beliau ialah Mohd Sarhan bin Ahmad Khan.

2. Bagaimana boleh terjatuh?

Di dalam web Kelab UMNO mengatakan bahawa dia terjatuh disebabkan bergurau dengan teman, dan terjatuh disebabkan duduk di atas kerusi. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya, tiada saksi yang mengetahui bagaimana dia boleh terjatuh.

3. Universiti Tanta, Kaherah?

Tidak pernah saya temui Universiti Tanta yang terletak di Kaherah. Bahkan kes ini dikatakan berlaku di Kaherah. Buat malu.

4. Ahli Kelab UMNO membantu?

Entah. Tidak pula kelihatan ahli UMNO ketika pengebumian tersebut. Ketika solat jenazah juga tidak kelihatan. Entah.. Mungkin saya yang tidak ternampak. Anda boleh klik di sini

5. Tempat kejadian

Memang benar, mangsa jatuh dari tingkat 4. Tetapi ia berlaku di Iskandariah. Bukan di Kaherah sepertimana yang diberitakan di dalam Web Kelab UMNO.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai sembahyang jenazah pun nak kira dari parti politik mana? Kenapa begitu sempit pemikiran penulis berita tu?

sNsH berkata...

salam..
saya juga sangat pasti ulasan yang betul adalah yang kedua..
dan tidak pula kelihatan berita seperti dalam ulasan kedua dalam laman web PERUBATAN

Tanpa Nama berkata...

umno ni memang bangang dan bodoh

Tanpa Nama berkata...

umat akhir zaman..menggunakan isu sensitif untuk mengaburi mate org ramai...yang kedua yang sebenar2nya..

Tanpa Nama berkata...

adoi yai..aper la UMNO ni. Buat malu ja..

"Hai sembahyang jenazah pun nak kira dari parti politik mana? Kenapa begitu sempit pemikiran penulis berita tu?" <===apasal tiba-tiba marah ni kawan?? Mentel ka? cuba baca betul2 ayat penulis dulu baru komen..

Tanpa Nama berkata...

Bukan masalah solat Jenazah le Bro....
Masalah adalah "pembohongan" dan ambik kesempatan....itu yang dilakukan oleh Kelab Umno.....

Isma Mann berkata...

Salam....saya sampai di Kaherah bersama dengan ayah dan ibu arwah..kami sama2 dalam satu penerbangan....arwah meninggal di Iskandariah ketika ziarah sahabat2 di sana......ketika sampai di airport Cairo....kelihatan beberapa pelajar PMRAM menanti di sana....alhamdulillah..

Tahniah kpd PMRAM dan semua pelajar2 Malaysia yang menguruskan dan mengambil berat serta menjaga dengan baik pelajar-pelajar Malaysia di sana...Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

klo nk wat biter,,,biar ar btol....
pk prasaan parents n kwn2 dyer.....

Tanpa Nama berkata...

mmg ulasan kedua yg btol....

anakwatan berkata...

biasak la tu...
bila orang dah terdesak, cari publisiti murahan,biarkanlah mereka dengan angan-angan yang tinggi menggunung tu,biarkan UMNO dengan fantasy nye syok sendir, orang2 PR jangan dok layan sangat budak suruhan yang masih lagi hingusan dgn reality politik.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Ada tak berita pemberian elaun bagi parlimen Baling oleh Putera Umno yg sgt memalukan Putera Umno itu? Tetapi pihak akhbar menyalahkan Setiausaha dan JKKK atas kejadian yg memalukan itu...Umno tidak pernah dan tak akan pernah rendah diri, menyalahkan dan mencari kesilapan diri sebaliknya sentiasa angkuh dan sindrom penafian yg tidak akan habis...sampai bila2 merasakan Hamba Rakyat wajib mengenang budi??? Umno...walhal siapa yg undi(pangkah) siapa? Rakyat yg wujud dulu ke atau Umno yg wujud dulu?

Umno adalah golongan yg tak kenang budi rakyat dan tidak pernah bersyukur...kenapa mesti berhidung tinggi, dulu, kini dan selamanya?

tibbian berkata...

saya sbgai sahabat arwah sendiri yg tau kisah sbenar kisah ni...amat la pelik dgn brita UMNO tu...tolong la jgn pancing rakyat dgn brita yg PALSU...UMNO slalu buat pekara2 yg MEMALUKAN n MENJATUHKAN parti sendiri...kembalilah ke jalan ALLAH...

ambiz berkata...

kalu boleh, sila sebarkn kepada member2.. atau kawan2 di malysia. anda boleh layari di sini jika ingin mengetahui ckit mengenai berita ini. harap maklum. saya adalah antara sahabat terdekatnya.
http://ambiz90.blogspot.com/2010/03/pelajar-perubatan-maut-jatuh-bangunan.html

Tanpa Nama berkata...

Bukan masalah solat Jenazah le Bro....
Masalah adalah "pembohongan" dan ambik kesempatan....itu yang dilakukan oleh Kelab Umno.....
----- KENAPA BEGITU BODOH PEMIKIRAN UMNO;;; PANDANG SERONG..... JAHAT SANGKA..... BODIH LAGI BODOH....

Tanpa Nama berkata...

salam....saya mengetahui sbb n pe yg terjadi mmg berita dr PMRAM benar...saya jg agak terkejut ketika mmbc berita pertama....saya n rkn2 mengenali arwah....dah sy sndr ddk di iskandariah n tau di mana kejadian berlaku...harap apabila mmbuat sesuatu berita diminta memastikan kesahihannye terdahulu....jgn main tangkap muat shj semata2 nak njk kononnye sngt prihatin....tp akhirnye memalukan diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

salam.......
saya sahabat serumah arwah......
cerita yg kedua adalah benar.....
dan pembetulan.
nama arwah ahmad sarhan bin ahmad khan.....

Tanpa Nama berkata...

UMNO x pernah nk pndai
asyik bengong n bwt malu

Tanpa Nama berkata...

:)

saya tidak faham mengapa kita perlu mengeluarkan kata-kata seperti bodoh,bangang,cari publisiti,syok sendiri?

kerana ingin menimbulkan provokasi kah?

kerana ingin meluahkan perasaan yg membara di hati kah?

tidak bolehkah kita berkata-kata dgn perkataan yg lebih sopan dan baik?

bukankah itu lebih disukai dan lebih professional?

itukah yg diajar oleh Islam?

'dan tidaklah sama kebaikan dgn kejahatan. tolaklah (kejahatan) itu dgn cara yg lebih baik. sehingga org yg ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yg setia.'-Fussilat:34-

Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

sahabat berkata...

:)

saya tidak faham mengapa kita perlu mengeluarkan kata-kata seperti bodoh,bangang,cari publisiti,syok sendiri?

kerana ingin menimbulkan provokasi kah?

kerana ingin meluahkan perasaan yg membara di hati kah?

tidak bolehkah kita berkata-kata dgn perkataan yg lebih sopan dan baik?

bukankah itu lebih disukai dan lebih professional?

itukah yg diajar oleh Islam?

'dan tidaklah sama kebaikan dgn kejahatan. tolaklah (kejahatan) itu dgn cara yg lebih baik. sehingga org yg ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yg setia.'-Fussilat:34-

Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah bapa rakan serumah kepada Allahyarham Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan. Laporan yang pertama tersasar sama sekali. Laporan yang pertama sangat tidak beretika.Usahlah kecewa dan hairan dengan laporan yang pertama tu...dah jadi lumrah media UMNO dalam membuat laporan penuh dengan putar belit. Cara mereka melapor macam kita ni semua seolah-olah hidup tahun 1980an.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kepada "tanpa nama" yang komen paling awal skali..
sebagai orang UMNO, jangan tunjuk sangat kejahilan dan kebodohan saudara..
saudara kata, politik dan agama dua benda berbeza???
saudara kena jadikan politik dalam agama, bukan agama dalam politik...
fikir dulu sebelum komen,jangan komen bodoh jer..
fikir matang la sikit saudara..

dengar sini wahai semua pelajar Malaysia kat Mesir..
kita balik Malaysia nanti,
kita wajib berjihad kerana Allah
bagaimana caranya???
kita undi Pakatan Rakyat..
kita tunjukkan kuasa kita dengan cara yang betul..
tunjukkan kepada UMNO,
apa kuasa kita sebagai pengundi n pelajar/bekas pelajar dari MESIR...

buktikan kita adalah ilmuwan dari Mesir,
yang mengikuti Nabi Musa..
jangan jadi macam ahli UMNO,
datang Mesir ikut ketua dia,Firaun...

Tanpa Nama berkata...

umno ni memang dah ikot cara yahudi....publisiti dah xkira pikir sesnsitiviti keluarga terlibat,janji dpt popular jadi hero..anjing nyer umno,yahudi umno!bukan bela melayu pun,bela yahudi jer..melayu utk dpt kaut untung jer..

perkasa=perkosa

PRO ISLAM berkata...

puak2 um NO dok ngaji di mesir pun nak bohong juga. Tu la perangai un MO bapa2 um No kat Malaysia dok ajaq depa