04 Mac 2010

BIARKAN MEREKA PERGI

17 Rabiulawal 1431H
OLEH: JJ ANAK DESA (www.joharapat.blogspot.com)

Bukan mudah untuk menjadi pemimpin, lebih lebih lagi berada jemaah Islam, Begitu juga berada dalam parti politik yang memperjuangan keadilan dan ketelusan. Bermacam macam perangai pemimpin sama ada pmimpin peringkat tinggi mahupun di peringkat bawahan.

Berjuang untuk kepentingan rakyat bukannya mudah, tidak semudah lidah yang yang bertutur. Rasa tidak puas hati pasti ada di kalangan pemimpin sama ada peringkat tinggi atau bawahan.

Perjuangan bukan kepentingan diri sukar dipraktikan, godaan terlalu banyak. Dalam menempuh perjuangan ini, pasti ada yang tercicir di tengah jalan kerana berbagai halangan, hanya mereka tahuan uji sahaja akan berjaya dan menjadi pemimpin yang dihormati.

Begitulah badai yang melanda dalam PKR, pastinya ada yang tersingkir keluar dalam arus perjuangan. Mereka yang tahan uji sahaja akan bersama dengan perjuangan parti, kerana itu pimpinan PKR usah khuatir dan bimbang, proses ujian itu itu sedang berjalan, mereka yang tercicir di tengah jalan, usah dirayu, biarkah mereka pergi, ada hikmah dibaliknya.

Saperti kata Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali, PKR perlu mengucapkan syukur ke hadrat Allah (swt) kerana Fairuz Khairudin akhirnya meninggalkan parti.

Menurut beliau selepas Fairus Kamarudin, dua lagi tokoh kontroversi PKR dijangka akan keluar parti dan menyokong Umno,

Bagi beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," kata Syed Husin.

Menurutnya, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati, PKR memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000.

"Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu," katanya.

Begitulah ceritanya bagaimana Fairuz melompat kepada Umno, dari cerita itu menggambarkan kebanyakan mereka yang melompat parti ini ada cerita tersendiri, ceritanya untuk mendapatkan habuan dan kemewahan hidup.

PKR saperti juga PAs bukan parti yang boleh memberi habuan wang ringgit atau kehidupan mewah. Oleh kerana biarkan mereka pergi, biarkah mereka terjun untuk mengejar apa yang dihajati.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, mereka yang melompat parti adalah pengkianat perjuangan rakyat, kerana itu mereka hanya layak bersama Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya kemasukan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Apa yang berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

"Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik.

Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN.

Apa yang berlaku ini adalah satu pembersihan dalam parti, kerana itu pemimpin pemimpin PKR jangan gundah gulana, biarkan mereka yang tidak tahan uji itu meninggalkan parti, biarlah mereka terjun bersama labu labunya.

Seperti kata Tun Mahathir Umno busuk dari atas hingga ke bawah, biarlah parti yang busuk dan penuh dengan najis yang akan mengambil mereka yang pengkhianat kepada perjuangan rakyat.

Sebagaimana yang dinyatakan Mahfuz, proses alam semulajadi (sunnatullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan parti dari pengkhianat perjuangan rakyat.

Selepas berlakunya pembersihan ini diharapkan PKR menjadi parti yang tidak ada lagi menghadapi masalah, seterusnya bangkit bersama PAS dan DAP untuk `menerajang Umno/BN dari Putrajaya pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bilakah Umno/BN akan ditalkinkan? Rakyat perlu bertindak bijak bagi memastikan Umno/BN akan tamat riawayat ini pada pilihanraya umum akan datang.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB MOHON ANJURKAN SOLAT HAJAT PERDANA PERINGKAT NASIONAL ANTARA GABUNGAN PAKATAN RAKYAT MOHON PADA ALLAH SUPAYA PEMINPIN,MP,ADUN,AHLI DAN PEYOKONG PR DIBERI KEKUATAN IMAN DAN ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN...YA ALLAH SELAMATKAN KUMPULAN KAMI DIMANA TELAH TERBUKTI KUMPULAN KAMI INI LEBIH BAIK DARI KUMPULAN PEMAKAN RASUAH DAN PENIPU RAKYAT.

fasa berkata...

Sokong...

bkt gantang mali berkata...

sokong..!! 1 idea yg bagus...

Tanpa Nama berkata...

APa nak heran PKR serpihan UMNO...mamang dah sebati cara UMNO.. sebab tu le mcm tu....lagu PKR membujur lalu melintang patah..bila duit lalu depan mata...rembatnya le..... duit-duit....duit..... memang bagus pemimpin dan yb yg mcm tu pergi je dari PR tapi yg sakitnya orh yg memenangkan dema ni...siang malam tak tido nak bagi dema menang...

fasa berkata...

PKR kena ditarbiah oleh PAS dulu ni.PKR, sila ambil tindakan pembersihan cepat-cepat. Hmmm...tp susah juga, syaitan bertopengkan manusia ni...mcm mana nak kesan ek???
Susah betul la kalau perangai UMNO nih...dah asal dari mak bapa UMNOH ni