Speaker V. Sivakumar didampingi oleh ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Eng, dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming kai dalam sidang media di Pejabat PR Perak di sini pagi tadi.
IPOH, 28 Mac :- Ganesan semgaja membuat alasan untuk menolak semua soalan yang dikemukan olen 20 ADUN PR yang disampakian secara tangan dan hanya menerima soalan dari 7 adun yang menghantar dengan email disebab mereka tidak mampu untukmenjawab soalan yang kami kemukakan, demikian antara kenyataan media oleh Speaker Perak, V. Sivakumar dalam sidang media di pejabar PR Perak disini sebentar tadi.
Hadir sama bersama beliau adalah ADUN Titi Serong, Simpang Pulai dan Kuala Sepetang.
"Ganesan cuba lari untuk jawab soalan dengan menggunakan taktik kotor dengan alasan yang tidak munasabah kononya yang dihatar melalui email sahaja diterima" jelas nya.
Beliau juga menngaskan tindakan penolakan soalan tersebut jelas bertentangan dengan peraturan tetap dewan perkara 22 (2) yang menyebut " Notis yang berkenaan dengan tiap-tiap soalan hendaklah dihantar oleh seseorang ahli tidak kurang dari 14 hari dengan menghantar kepada Setiausaha Dewan di pejabat Setiausaha Dewan pada waktu pejabat.
Selain itu beliau menunjukkan salinan bukti semua soalan dari 20 ADUN PR yang telah dicop tanda terima oleh Setiausaha Dewan.
"Siapa serah tidak timbul yang penting ia telah emenpati peraturan yang ada" katanya lagi.
Pada kesempatan itu Sivakumar telah mendedahkan sepucuk faks dari mantan MB Perak yang juga ADUN pengkalan Hulu yang menjawab surat yang beliau hantar untuk bersidang pada 30 Mac ini. Disamping itu dia mengucapkan terima kasih dengan pengiktirafan kjepada surat yang dihantarnya.
"Bukan setakat difakskan tetapi Setiausa beliau telah menalifon pejabat saya dan bertanyakan adakah menerima surat tersebut" Jelas beliau merujuk kepada pengesahan penerimaan surat dari Tajol Rosli.
Sekaligus menunjukan Isu yang dibangkitkan Zambry bahawa kita iktiraf Ganesan sebagai Speaker tidak berbangkit.
Dalam satu soalan dalam perkembangan yang berkaitan, beliau juga mengesahkan telah menerima sepucuk surat untuk hadir pada esok hari pada jam 12.00 tengahhari disebuah balai polis diipoh untuk menjawab berkenaan dengan laporan oleh Gane3san.
Bila ditanya akan hadir atau tidak katanya" esok saya jawab".
1 ulasan:
Boleh ke seseorg yg bukan wakil rakyat/ADUN dilantik menjadi speaker bagi sesebuah Dewan Undangan Negeri, contohnya macam di negeri Perak ini.
Kalau boleh, apa alasannya?
Kalau tidak boleh, kenapa dilantik?
Rakyat juga tertanya2, apakah cara2 yg sah untuk memecat seseorg speaker?
Adakah caranya sama dgn apa yg dibuat ke atas YB Sivakumar, dan Speaker yg baru terus mengambil tempat dan terus mengendalikan mesyuarat.
Jika perkara sebegini di bolehkan, atau di benarkan oleh undang2, maka mungkin perkara sebegini akan berjangkit pula kepada institusi lain dan mungkin menyebabkan undang2 tidak lagi dihormati..
Dan mungkin lebih teruk jika keadaan ini berlaku ke atas rakyat bawahan, yg akhirnya slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN' adalah cuma slogan kosong sahaja, sebagaimana slogan JEPUN semasa ingin menjajah Tanah Melayu iaitu, 'Asia untuk Asia', Kawasan Kesemakmuran Timur Asia' ataupun, 'JEPUN PENYELAMAT ASIA' sedangkan Jepun semasa Perang Dunia ke 2 adalah PEROSAK ASIA, PEMBOHONG ASIA, PENYEMBELIH ASIA DAN PEMBOHONG ASIA...
Catat Ulasan