27 Mac 2010

NASIB SEORANG GURU

10 Rabiulakhir 1431H
Email : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM!

Maaf lama saya tidak menghantar artikel2 kerana menghadapi masalah talian internet. Namun begitu pada hari ini saya ingin mendedahkan sebuah kisah yang saya serahkan kepada pembaca menilainya sendiri.

Kisah ini berlaku kepada seorang guru di sebuah sekolah pendidikan khas Kedah. Beliau telah mengajar dengan sepenuh hatinya mendidik anak2 istimewa agar mereka tahu mengenal yang mana intan yang mana permata. Setiap hari beliau akan menyambut murid2nya dengan senyuman bila dihantar oleh penjaga masing2 almaklumlah anak2 istimewa yang terdiri dari berbagai aspek kekurangan yang memerlukan dorongan untuk mereka pandai menguruskan diri mereka sendiri. Bukan sehari guru ini telah mengajar malah telah banyak tahun hingga anak2 didik yang sebelum ini tidak tahu menyuapkan nasi ke mulutpun sudah pandai menyuapnya sendiri.

Namun begitu suatu dugaan telah menimpa guru berkenaan. Ada seorang pelajar yang telah ditempatkan di sekolah guru berkenaan pada awal tahun tersebut telah meragut keikhlasan guru berkenaan. Pelajar tersebut terkenal dengan hyperaktif disamping mengalami masalah mental dan langsung tidak tahu menguruskan dirinya. Namun, seperti biasa guru berkenaan tetap tabah dalam mendidiknya. Suatu hari guru berkenaan telah mencubit pelajar berkenaan ibarat cubit mendidik sahaja. Selesai sesi persekolahan dan dalam guru berkenaan sedang bersiap untuk pulang datanglah penjaga pelajar tersebut menanyakan kenapa terdapat tanda pada anaknya. Guru berkenaanpun dengan ikhlas memberitahu beliau mencubitnya. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puashati kepada penjaga berkenaan. Guru berkenaan telah memohon maaf jika perkara ini dianggap keterlaluan. Penjaga berkenaan hanya berkata tidak mengapa dan berkata janganlah membuat lagi.

Esoknya, rupa2nya penjaga berkenaan telah datang kesekolah dan ingin berjumpa pentadbir untuk melaporkan kes berkenaan disamping beliau membawa laporan doktor tentang kes . Yang menariknya penjaga tersebut juga menambah terdapat byk kesan calar pada anaknya termasuk anaknya selalu demam dan mengalami tarik sejak duduk di sekolah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak. Terkejut guru tersebut bila melihat tindakan penjaga tersebut. Dahlah begitu beliau juga meminta wang lebih dari seribu ringgit untuk kos perubatan anaknya. Yang menariknya dalam kes ini Guru besar buat lepas tangan sahaja. Guru berkenaan telah membuat repot polis atas kes tersebut sebagai membela dirinya disamping mencatat sekali ugutan2 yang diterima termasuklah penjaga tersebut ada kabel di kementerian yang boleh menyebabkan guru berkenaan dilucut jawatan serta merta. Alhamdulillah polis menyebelahi guru berkenaan. Soalan saya kepada pembaca : BERDOSAKAH GURU TERSEBUT? APA YANG PERLU KITA LABELKAN KEPADA PENJAGA TERSEBUT? BETULKAH TINDAKAN GURU BESAR TIDAK MEMBELA GURU TERSEBUT?...

anak komando rejimen 1

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu adalah hakikat dunia sekarang, segalanya telah diterbalikan dengan kuasa. Masyarakat kita telah di rosakan oleh politik sonsang. Lihat gejala buang anak, dadah dan bermacam-macam lagi. Kita di bimbing untuk menuju kepada kehancuran bangsa.

Tanpa Nama berkata...

kadang kala ibubapa/penjaga ni lupa pepatah melayu.. sayangkan isteri ditinggal tinggalkan, sayangkan anak ditangan-tangankan. kalau sendiri x mampu menjaga anak..biarkan lah guru tersebut yang menguruskan..sy x pernah lupa waktu sekolah dulu. kalau x hafal sifir pun kena rotan. adakah itusalah guru??? TIDAK..

Tanpa Nama berkata...

ibu bapak yang rasa hebat didiklah sendiri, yang rasa berduit hantarlah anak ke sekolah swasta hantta di USA atau UK,ini termasuk mak bapak yang ada anak kurang ajar di sekolah, langgar disipli, rambut tak tentu hala, ponteng, samseng, merempit dll, jangan dok nak menyusahkan orang lain, kalau anak sendiri tak boleh nak jaga jadi mak bapak buat apa, baik jadi tunggul lah lebih baik.

Lebai Mangkuk berkata...

"Buat baik ber pada2......"

Manusia hari ini sudah banyak yang bersifat manusia dan berhatikan binatang.

Qaseh Bonda berkata...

Disamping ibu bapa, guru2 tempat kedua kita meletakkan kesalahan.

Sekarang mak dah tak pandai nak cubit anak2. Dulu ajaran cubit merupakan satu kaedah paling berkesan dalam mendidik anak2. Budak2 dulu tak pandai nak masuk campur hal2 orang dewasa hasil cubit dalam diam tapi kesannya sungguh mendalam.

Sesungguhnya sesiapa pun tidak akan terlepas dengan hukum Allah...segala penganiayaan pasti terbela walau dengan apa cara sekalipun...sekurang2nya guru yang bernasib malang itu bahagia bersama keluarganya sedang yang lain tercari2 kebahagiaan itu dimana sebenarnya.

Sabar paling utama dan tengoklah nanti apa akan jadi...segala macam kabel yang ada pun pasti menerima hukumannya...kita tak boleh lari biar dimata manusia kononnya kita dipihak benar tapi Allah Maha Mengetahui.Kita semua diperhati macam cctv oleh para malaikat yang taat dan patuh.

Zaman munkin berubah tapi hakikat pendidikan tetap sama...sayangnya ibu bapa sekarang lebih suka menyogok anak2 dengan upah duit ringgit..dan bagi yang tak berkemampuan meleteri anak2 tanpa henti buat anak2 bosan hingga timbul dendam nak bagi padan muka mak bapa.

Benar guru baik guru besar,pengetua dan PPD sudah tak ada integriti. Sama juga macam mak bapa sekarang yang suka lepas tangan...menuding jari pada orang lain padahal empat jari lagi menuding pada diri sendiri.

Pada guru malang tadi teruskan hidup dengan ceria...ingat!! masing ramai yang sayang padamu dan doa orang yang dianiaya tiada hijabnya dengan Allah.

akulajuki berkata...

Guru-guru yang mengajar di kelas-kelas pendidikan khas sama ada di sekolah-sekolah pendidikan khas mahupun di sekolah-sekolah biasa adalah terdiri daripada guru-guru yang memiliki kualiti khusus. Kualiti yang paling utama ialah tahap kesabaran mereka dalam melayani kanak-kanak yang sememang di akui sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Kualiti ini kadang ketikanya melebihi tahap yang dimiliki oleh ibu bapa OKU itu sendiri.

Tidak ramai guru yang sanggup untuk melakukan tugas sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru pendidikan khas ini walaupun dibayar elaun khas.

Apa yang berlaku di sini ialah; GB sekolah berkenaan sebenarnya nak supaya guru tersebut diambil tindakan oleh pihak jabatan dan kementerian supaya kelas pendidikan khas di sekolah tersebut ditutp dan dipindahkan kesekolah lain kerana dia (GB) dah menyampah tengok budak-budak OKU yang ada kat sekolah tu mungkin kerana ada yang pernah mengacau masa dia tengah dok makan kat kantin kot?

Kepada guru terbabit saranan saya mudah jer, jadi guru akademik biasa semula berdasarkan opsyen asal anda dan mohon tukar dari sekolah tu, lupakan apa yang berlaku dan balik mengajar budak-budak normal jer, Apa kata?

Tanpa Nama berkata...

TIDAK AKAN ADA SEORANG PERDANA MENTERI TANPA JASA SEORANG GURU!

AMANG berkata...

pentadbir mmg mcm 2. orang ganu ckp 'pelepas '

Tanpa Nama berkata...

zaman dulu mak ayah bagi rotan kt guru supaya mghukum anaknya jika melakukan kesalahan.. sbb tu generasi dahulu semuanya berjaya n x kurang ajar.. skrg ni mak ayah dah jadi org terpelajar hasil didikan guru.. tp sayangnya.. x mghormati guru yg mdidik anaknya.. anaknya x blh dsentuh jika mlakukan kesalahan.. sbb tu la generasi skrg byk yg bermasalah.. xde keberkatan..

Tanpa Nama berkata...

kita sebagai pendidik senang aja nak ajar orang seperti itu...jangan lagi buat peduli anaknya...dahlah anak bodoh mnak bapak lagi bodoh tolo dan sebagainya...
biarlah kita jadi guru yang jahat untuk pelajar itu selepas ini...

aku berkata...

saya masih ingat lagi, sewaktu saya masih kecil, ayah saya seorng yang agak garang, pernah satu ketika, saya bermain bola, dah azan baru balik rumah, masa tu ayah saya pun memberikan 'tangan' beliau kepada saya, saya pada masa tersebut bengang sangat (tapi takde lah melawan, kang kene banyak plak lagi) saya hairan, kenapa kawan-kawan saya yang lain, bebas saja bermain smpai maghrib, tak pula di bantai oleh ibu bapa mereka...

disekolah pula, saya selalu dirotan, di cubit, di pukul dan banyak lagi oleh guru2 di sekolah saya, sebab saya begitu nakal..saya selalu marah kepada guru2 saya, saya hairan, ikut suka saya lah...saya nak bermain nak ber nakal...ibu dan ayah saya pula rileks saja, seolah2 mereka berkompromi...

namun, kesannya, saya dapat tengok pada hari ini, kalau saya bebas untuk pergi balik rumah bila2 saja, tanpa hirau siang atau malam, mungkin hari ini saya adalah seorang perempit yang menghisap dadah sambil memegang tangan perempuan..

kalau saya bebas untuk berbuat nakal di sekolah tanpa ada sebarang hukuman dari guru/warden, mungkin saya tidak kenal apa dan bagaimana minyak boleh disedut dari tanah yang dalam, mungkin saya hanya kenal bagaimana nak menyedut dadah guna picagari lalu di masukkan kedalam salur darah...

bagi saya, 'tangani'lah murid/anak..mungkin sekarang mereka tidak merasakan 'nikmat' nya, namun bila mereka sudah meningkat dewasa, masa tulah mereka tahu, mana intan mana kaca...

terima kasih wahai ibu, wahai ayah, dan wahai guru2 ku atas 'tangan2 mu'

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan pengalaman saya sebagai anak kepada guru, murid/pelajar yang nakal yang cuba didisiplinkan oleh guru, namun dibantah (diserang) oleh waris. Kebiasaannya murid itu akan dipulau oleh guru... walaupun murid terbabit diajar oleh guru lain atau memasuki sekolah lain. Ini berlaku bukan kerana guru ingin memulaukan murid terbabit, tetapi bimbang jika tersilap akan menyebabkan waris menyerang guru atau sekolah terbabit. Secara tidak langsung murid ini akan menjadi murid terbiar.

Tolak kes-kes ekstrim yang menyebabkan kecederaan murid, waris wajar mempertimbangkan hal ini, perlu diingatkan doa guru mampu menentu maju atau gagal seseorang itu.

Jika zaman dahulu ibubapa akan meninggalkan anak kepada guru dengan amanat 'asalkan tidak mati dan patah tulang, didiklah anak saya ini cikgu supaya jadi orang berguna'.

Tanpa Nama berkata...

agaknya pengalaman ibubapa kepada pelajar tu macam mane ye?mesti dia pernah menjadi pelajar..susah jika ibubapa yang tidak memahami sejarah dan pengalaman sendiri...tugas mendidik lebih utama kepada ibubapa di rumah..praktikalnye lebih banyak di rumah..

Tanpa Nama berkata...

ini nasib guru di negara 1 malysia...

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ini mungkin pelajaran pertama yang anda harus terima...pelajaran seterusnya adalah belajar daripadanya...Sabarlah semoga Allah SWT merahmati anda...

Tanpa Nama berkata...

ketika kita memilih jalan hidup untuk menjadi seorang pendidik maka kita akan berhadapan dengan isu-isu seperti ini, oleh itu tugas seorang guru juga sangat berkaitan dengan kesabaran..di sini saya ingin memberi satu cadangan, cadangan ini saya sendiri pun tidak suka, tapi saya pernah praktikkan dan hasilnya sangat baik..iaitu saya membiarkan diriku seakan-akan menyerah kalah kerana aku tahu dengan begitu saya menang dalam kesabaran..

Tanpa Nama berkata...

tak paham langsung