27 Mac 2010

SIAPA YANG FITNAH NAJIB DAN ROSMAH LANGKAH MAYAT YB ZUL DULU

10 Rabiulakhir 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

MENARIK juga kita mendengar `nasihat' yang diberikan oleh `Mursyidul Am Bebas' MP dari Bandar Kulim Baru di Parlimen siang tadi. MP yang sinonim menggelar musuhnya sebagai `firaun kecil' siang tadi memberikan `kuliah' tentang fitnah. Apa yang dikatakan panas dan gempar oleh media pencacai Umno adalah `hikayat' dari YB Zul tentang adanya tawaran lumayan untuk beliau sekiranya beliau sanggup membuat akuan bersumpah membabitkan Najib dan Rosmah di dalam misteri pembunuhan Altantuya. Tawaran itu tentunya teramat besar sehinggakan YB Zul berkata boleh menggugat keimanannya.

Jangan kita persoalkan mengapa YB Zul tidak dedahkan sahaja siapa yang membuat tawaran sehebat itu kepadanya. Lupakan persoalan itu kerana kita tidak boleh memaksa YB Zul untuk bercerita atau berhikayat lebih lanjut. Kita cuma ingin bercerita pasal fitnah kerana saya bersetuju adalah salah besar sesiapa pun melakukan fitnah samada fitnah liwat mahu pun fitnah terlibat di dalam jenayah. Sepanjang pengetahuan saya yang sering mengikuti mana- mana ceramah dari PR, tiada seorang pun pemimpin dari PR yang menuduh Najib atau Rosmah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi mengapa umum melihat seperti sepasang suami isteri ini terlibat?

Kita sering mendengar pimpinan PR mahukan Najib dan Rosmah menjawab beberapa isu yang releven untuk mereka jawab. Diketahui Najib tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah di dalam kes Altantuya sedangkan kesemua mereka yang dituduh ada kaitan rapat dengannya iaitu dua anggota keselamatan dan juga Razak Baginda. Bahkan alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembunuhan itu juga adalah di bawah kawalan pasukan keselamatan. Jika bom C4 itu di bawah kawalan Kementerian Pertahanan, maka ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan dan releven untuk Najib hadir memberikan keterangan. Jika pegawai-pegawai keselamatan yang dituduh membunuh Altantuya itu pernah bertugas dengan Najib mahu pun Rosmah, releven juga Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan. Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, maka pelik apanya jika Najib dipanggil untuk memberi keterangan. Malangnya Najib atau Rosmah tidak dipanggil, dan lebih mendukacitakan sehingga kini tiada siapa yang tahu motif pembunuhan tersebut.

Saya yakin YB Zul juga sependapat dengan kita semua bahawa tiada asas untuk menuduh Najib mahu pun Rosmah terlibat secara langsung di dalam kes ini, tetapi sepasang suami isteri ini mempunyai asas untuk memberikan keterangan. Sekurang-kurangnya, mereka mampu menghilangkan persepsi masyarakat terhadapnya. Bermain di fikiran kita, siapa yang mengarahkan Altantuya ini dibunuh dan yang paling penting mengapa Altantuya dibunuh? Lupakan dulu dua Akuan Bersumpah oleh Bala walaupun dikatakan Bala ada membuat Akuan Bersumpah yang baru menyebut nama sepasang suami isteri ternama ini. Semua ini memerlukan jawapan dari Najib dan tidak cukup dengan mengadakan sumpah seperti yang beliau lakukan di Permatang Pauh. YB Zul nampaknya bersetuju dengan kaedah sumpah untuk menafikan sebarang tuduhan.

Jelas, tiada siapa yang menuduh Najib terlibat di dalam kes ini tetapi sikap Najib dan Rosmah sendiri yang menimbulkan persepsi sedemikian rupa. Justeru itu, YB Zul jangan bersusah hati kerana Najib dan Rosmah tidak difitnah sebaliknya kita mahukan penjelasan dari keduanya tentang beberapa persoalan yang sepatutnya mereka mampu menjawab. Sebagai seorang Peguam, sepatutnya YB Zul merasa pelik sekiranya ada pembunuh telah disabitkan kesalahan tetapi tidak pula diketahui mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Apa pun kita hormati prinsip YB Zul yang tetap pertahankan maruah Najib dan Rosmah. Mudah-mudahan jasamu akan dikenang./wfauzdin.blogspot.com

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat apa nak langkah mayat si zul ni..kita pijak-pijak saja smpai hancur lagi baik

Tanpa Nama berkata...

Kita tu sapa...

Tanpa Nama berkata...

Memang pengkhianat islam betul si zul ni...layak digelar " Bapak Firaun"..

Tanpa Nama berkata...

tak pa lah sekurang2nya terhibur jugak yb2 kat parlemen tu dengan lawak2 dan cerita2 penglipurlara yang dibawa olih si zul ni

Tanpa Nama berkata...

ada baik jgak si zul ni cite blk kisah al tantuya ni.NAPE? klu sblm ni MP puchong sebut al tantuya kena gantung 1 thn. tp si zul ni sbut najib dan ratu negaranya tlibat dgn altatuya ni memang xkan gantung.sbab ini bukan tuduhan.ini cuma hikyat.kbaikan dr hikayat si zul ni,akan menyebabkan DUNIA akan buka kitab altantuya semula klu sblm ni tutup.dunia akan bercerita kembali pasal najib rosmah dgn al tantuya.hahhah tahniah zul.demo pandai hahaah

Tanpa Nama berkata...

Banyak-banyaklah istighfar.Politik bukan untuk didedahkan kejahatan/kekurangan sesiapapun tetapi untuk memperjuangkan rakyat agar selari dengan prinsip syariat.Tak payahlah diungkit-ungkit benda yang tak memanfaatkan rakyat sekalipun peristiwa itu benar.YB Zul,sekiranya apa yang diperkatakan itu benar,bukanlah tujuan politik untuk mempopularkan diri tetapi jika sebaliknya bersiap siagalah di hadapan mahkamah Allah kelak.Hadapilah setiap kekeliruan yang akan ditagih dihadapan Allah kelak oleh setiap rakyat Malaysia sekiranya kedangkalan rakyat menilai antara dosa dan pahala bersumberkan dari YB. Wallahhua'lam.

Tanpa Nama berkata...

ha...ha.. sbb tu aku x nak menceburi didang politik ni politik tu bersih tp orang yg menguasai politik tu akan jadi kotor, akan jadi pembohong dan berbagai2 lg akan berlaku amada utk mempertahankan diri atau orang lain makna nya kita akan mengundang lebih byk dosa dari pahala, kecualai ahli2 politik di zaman Rasulullah saw dan para2 sahabat kerana keimanasn yg kukuh dlm menegakkan agama Allah dan menjadi Khalifah di bumiNya.

Tanpa Nama berkata...

ko bkn x nak ceburi politik. tapi ko x cukup kelayakan nak ceburi politik. hanya yang berjiwa ikhlas dan kental akan jadi ahli politik tulen.

Tanpa Nama berkata...

Adakah cara politik si YBZUL ini mengikut cara politik islam yg sebenar?

Tanpa Nama berkata...

saya nasihatkan buang saja kopiah atas kepala tu, tak payah nak tunjuk alim kalau hati busok.memalukan orang islam saja. bukan ini caranya sebagai seorang pemimpin islam. letak jawatan lah dan sila bertanding atas kapasiti sendiri. kita nak tengok kamu hebat atau tidak. kamu tak layak dan tidak berhak utk bercakap atas tiket orang lain.

Tanpa Nama berkata...

dulu sape yg kutuk UMNO dan BN teruk2
pastu dah kena pecat dia nak bodek2 plak tu