23 Mac 2010

PEMIMPIN UMNO MENGAPA TERUS MENGETEPIKAN ISLAM?

mohd hafez sabri

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa Umno merupakan
satu-satunya parti Melayu yang majoritinya penganut agama Islam yang
diberi mandat sementara bagi menerajui negara sejak sebelum merdeka
lagi.

Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasionalisme Melayu,
sememangnya matlamat perjuangan umno bukannya untuk Islam, tetapi
mengambil kesempatan terhadap agama Islam bagi mengekalkan kuasa
mereka di Malaysia jelas beliau.

Menurut beliau, lebih separuh kurun rakyat memberikan kepercayaan
terhadap Umno bagi menerajui negara. Sememangnya dalam tempoh itu
ianya telah membentuk minda diktator di kalangan pemimpin Umno-BN.

Menurut beliau lagi, pemimpin Umno sering merasakan mereka terlalu
kuat dan gagah dan tidak mampu ditumbangkan oleh sesiapa pun. Mereka
turut menganggap bahawa mereka adalah tuan kepada sistem politik,
ekonomi, pembangunan, pendidikan dan segala-galanya dalam negara ini.
Selain itu beliau menjelaskan apa yang menyedihkan bagi kita umat
Islam, pemimpin Umno lupa dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab
mereka sebagai sebuah parti yang mewakili orang melayu.

Malah kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam juga,
tidak dapat mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan kerana Umno
mengambil dan melaksanakan agama secara berpilih-pilih, tegas beliau.

Dalam ertikata lain, Islam pada Umno, hanya akan dilaksanakan, pada
aspek-aspek yang menepati kepentingan politik, untuk mengekalkan kuasa
politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana
tuntuan syarak.

Kini umno semakin celaru apabila orang bukan Melayu beralih arah
kepada Pakatan Rakyat, Umno semakin gusar.
Kini Umno cuba menggunakan perang psikologi dengan mendakwa kuasa
politik Melayu sudah semakin terhakis.

Memetik ucapan beliau Umno sebenarnya hanya mahu memadamkan hakikat
bahawa, terhakisnya kuasa politik Melayu adalah kerana kesilapan dan
ketamakan mereka untuk mengekalkan kuasa dan mereka telah mengenepikan
Islam sebagai dasar perjuangan

Kini, Permainan politik Umno-BN ini sudah tidak boleh diterima rakyat.
Pemimpin-pemimpin mereka sedang dilanca kecelaruan yang tidak
berkesudahan akibat kekalahan besar dalam PRU ke 12 yang lalu.

Menurut beliau lagi, pada saat ini bukan sahaja Umno yang sedang
celaru. Seluruh parti komponen BN juga turut dilanda kecelaruan.
Mereka tidak sedar bahawa Umno, MCA, Gerakan, MIC dan seluruh anggota
komponen BN sedang menerima hukuman yang berat iaitu penolakan yang
berterusan daripada rakyat

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam YB. Hari Ahad ada ceramah PAS dikg tersusun tasek.Penceramah AF Nik Abduh,AF Norazli dan YB Bercham. Kehadiran amat kurang dan kutipan hanya dapat RM250.Itupun ramai org luar dan muka muka biasa.Kita kena kaji kenapa akhir ini program kita kurang dpt sambutan.Apakah org telah mula meminggirkan kita atu publisiti kurang.Kesan jangka panjang amat parah kalau diperhatikan 10 ceramah yg lalu yg pelan lama pelan merosot.

Tanpa Nama berkata...

jangan percaya UMNO, hanya orang ada kepentingan saja

Tanpa Nama berkata...

pemimpin UMNO suka menipu rakyat

Tanpa Nama berkata...

jangan tertipu oleh kenyataan dan slogan tipu UMNO, lain yang dibuat lain yang yang dikata

Tanpa Nama berkata...

UMNO pewaris penjajah menipu dan menindas orang melayu dan islam

Tanpa Nama berkata...

73 Golongan Umat Nabi SAW

Tentang Islam akan terpecah menjadi banyak golongan

“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” HR. Bukhari dan Muslim.

Rasulullah Saw lewat riwayat Jabir Ibnu Abdullah bersabda :

“ Akan ada generasi penerus dari umatku yang akan memperjuangkan yang haq, kamu akan mengetahui mereka nanti pada hari kiamat, dan kemudian Isa bin Maryam akan datang, dan orang-orang akan berkata, “Wahai Isa, pimpinlah jamaa’ah (sholat), ia akan berkata, “Tidak, kamu memimpin satu sama lain, Allah memberikan kehormatan pada umat ini (Islam) bahwa tidak seorang pun akan memimpin mereka kecuali Rasulullah SAW dan orang-orang mereka sendiri.”

Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." HR Sunan Ibnu Majah.

Tanpa Nama berkata...

Abdullah Ibnu Amru meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda : “Umatku akan menyerupai Bani Israil selangkah demi selangkah. Bahkan jika seseorang dari mereka menyetubuhi ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan mengikutinya. Kaum Bani Israil terpecah menjadi 72 golongan. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, hanya satu yang masuk surga.” Kami (para shahabat) bertanya, “Yang mana yang selamat ?” Rasulullah Saw menjawab, “ Yang mengikutiku dan para shahabatku.” HR Imam Tirmizi.

Mu’awiyah Ibnu Abu Sofyan meriwayatkan bahwa Rosulullah SAW bersabda : “Ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani) dalam masalah agamanya terbagi menjadi 72 golongan dan dari umat ini (Islam) akan terbagi menjadi 73 golongan, seluruhnya masuk neraka, satu golongan yang akan masuk surga, mereka itu Al-Jamaa’ah, Al-Jamaa’ah. Dan akan ada dari umatku yang mengikuti hawa nasfsunya seperti anjing mengikuti tuannya, sampai hawa nafsunya itu tidak menyisakan anggota tubuh, daging, pembuluh darah, maupun tulang kecuali semua mengikuti hawa nafsunya. Wahai orang Arab! Jika kamu tidak bangkit dan mengikuti apa yang dibawa Nabimu…” HR.Musnad Imam Ahmad.

Kita boleh memilih untuk bersama jemaah Islam yg diredhai Allah...
...ataupun jemaah fahaman ciptaan manusia Bertuhankan Nafsu! (BN)

cikgu pencen berkata...

UMNO tidak ketepikan Islam. Adakah kerana UMNO tidak terdaya memerintah mengikut dasar2 Islam?

Negara kita cuma lebih kurang 50% sahaja yang beragama Islam. Sedangkan Indonesia yang ada lebih 80% beragama Islam pun tidak mampu melaksanakan negara Islam

Adakah PAS berupaya untuk melaksanakan negara Islam? Sedangkan PAS cuma disokong lebih kurang 10% sahaja oleh orang Islam.

sam1430 berkata...

Jangan jadikan peratusan alasan untuk gagal menegakkan Islam.Setiap dari kita hambanya yg Islam wajib dgn apa cara pun menegakkan dan menyebarkan syiar Islam.Umno jika betul Islam,pemimpin-pemimpinnya yg memegang tampuk kerajaan skrg mengapa tidak ada membuat sesuatu apa pun dan berusaha menegakkan Islam?Mereka memegang kuasa, tetapi kenapa tidak digunakan membangunkan Islam?Pokok pangkalnya pada iman.

Tanpa Nama berkata...

cikgu pencen mlaksanakan negara islam bukan hanya tugas pas tapi tugas semua yang beragama islam. harap faham !!!!

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

NEGARA ISLAM MADINAH YG DIBINA OLEH RASULULLAH SAW ADAKAH TERDIRI DRPD 100% UMAT ISLAM?

NEGARA ISLAM MADINAH YG DIDIRIKAN OLEH RASULULLAH SAW MELALUI SOKONGAN PUAK AUS DAN KHAZRAJ YG BERAGAMA ISLAM DAN ORG2 KRISTIAN ARAB DAN MAJUSI ARAB SERTA RAMAI KAUM BANI ISRAEL/YAHUDI YG BUKAN BERAGAMA ISLAM, YG PENTINGNYA ADA NIAT IKHLAS DAN BERUSAHA MELAKSANAKAN TUNTUTAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN BUKAN BUAT ALASAN YG BERMACAM SERTA LEBIH TERUK LAGI MENYEKAT ORG LAIN YG INGIN MELAKSANAKAN ISLAM YG MEMBERI KEADILAN KPD SEMUA SEBAGAIMANA NEGARA ISLAM MADINAH YG DIDIRIKAN RASULULLAH.