20 Rabiul Awwal 1431H.
Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.
Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.
Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umummnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut.
Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.
Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.
'Kesalahan berulang-ulang'
Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.
Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah.
Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah, Saifudin menjelaskan, keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap parti.
Saifuddin berkata, surat bagi memaklumkan keputusan tersebut akan dimaklum kepada Zulkifli pada Isnin ini melalui pelbagai surat, faks dan e-mel.
Menurut Saifuddin, Zulkifli disabitkan bersalah kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan ekoran kenyataannya yang dibuat dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antarnaya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat.
Kulim diselia Gobalakhrisnan
Saifuddin berkata, selepas tempoh rayuan tamat, sekiranya rayuannya ditolak, PKR akan mendesak ahli parlimen kontroversi itu mengosongkan kerusi parlimen kawasan tersebut kerana kemenangannya sebelum ini diperoleh atas tiket PKR.
Ditanya tindakan PKR sekiranya Zulkifli enggan berbuat demikian, Saifuddin hanya berkata, beliau yakin, sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab dan faham nilai integriti dan kewibawaan, beliau akan akur pada desakan tersebut.
Sementara itu, katanya, PKR juga menugaskan pemimpinanya menjaga kebajikan kawasan di mana wakil rakyat mereka berpaling tadah.
Beliau menambah, wakil rakyat Padang Serai N Gobalakhrisnan selepas ini akan ditugaskan menjaga kawasan Kulim-Bandar Baharu. Awar di Nibong Tebal, Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) ditugaskan di Bayan Baru dan Dr Lee Boon Chye (Gopeng) di Bagan Serai.
Sementara Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan enggan mengulas lanjut kerana bercadang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu lewat petang ini. Malaysiakini/-

10 ulasan:
tak payah letak jawatan..jadilah AP bebas...biarlahj PR kurang majoriti...he..hwe..
gua lega bila anjing yang dok menyalak tak tentu pasal dipecat dari PR-PKR, memang tepat keputusan yang dibuat oleh lembaga disiplin, pemimpin yang macam tu tu memang tak layak dok dalam PR, bangsat, haramjadah, dan tak guna punya pemimpin, peduli apa dengan lawyer, biar dia masuk UMNO, memang pun keputusan tu dialu-alukan oleh barua tu, syabas
kepada yb zul klau nak tgor pinpinan atasan ikut la landasan yg betul..
bukanya tiba2 kluar kat media pro umno pas tu hntam parti sendiri.. itu kerja org gila..
saya sokong 100% dia di pecat..
sepatutnya dari awal lagi..
cadangan dia tu..
nak jadi duri dlm dagin la tapi xsempat..
sekarang sape yg malu kan diri sendiri yg malu kena buang...
klau kluar dgn rela ada la jugak org angap pminpin pkr tingalkan pkr..
klau kat kilang2 la..klau pkeja tu krna buang org akan angap nagetif sama ada pkeja itu mcuri atau malas..
angapan spt ini sudah mjadi lumrah manusia...
sekarang sape yg malu kan diri sendiri yg malu..
kemana kau nak pi skrang?
masuk bebas? kau akan di pangil pengecut..
pgi ke umno? umno kau dah hentam
xkan dah ludah jilat blk..
pgi ke dap? dap kau dah kata tampa dap kau boleh bjuang..
pgi ke pas? xkan pas nak terima org yg xbleh bkawan dgn org..
klau terima pun mnyusahkan pati je.. spt duri dlm dagin..
mcm ni lah aku syorkan..
kau jadi lah zul rembo
berjuang sorang2 xpayah pakai jamaah..
xpun bjuang mcm ayah pin ok gak ye?..
eh ayah pin ada jamaah woo..
dipangil jamaah ayah pin he..he..
Salam to all Muslim,
Mengikut Tilikan aku, UMNO menang free lagi. YBZul ni klu jadi BEBAS, kira join UMNOla. UMNO la ni dah tiru hampa. Tubuh Kelab Penyokong. Beza nya Kelab hampa satu seat pun tarak. Kelab depa, klu ada 5 ahli, tambah 5 seat majority. Jin aku kata, UMNO bijak. Hampa bodo. Dah ada seat, jaga la elok2. Bab pidato, hampa memang terrer. Dgn susah payah nak tawan Perak, bila dpt, hampa bagi balik bulat2, free pulak tu! Lagi Jin aku kata, hampa dah silap pi dok peluk PKR/DAP. Sebab, depa tu guna Jin Kapiaq! Ari tu Jin aku kata dia ada nampak 4-5 ekoq dok ronda2 antara Spg 3 P. Buntaq sampai Spg 4 Semanggoi. Ni bukan aku yg kata, Jin aku yg kata!
Hampa ingat YBZul nak bagi balik seat tu...! Ha..klu hampa nak menengok, mai jumpa aku kat G. Semanggoi. Bawa teloq dua bijik !!
Beliau lebih layak menjaga Al-Arqam atau Rufaqa berbanding dari menjadi ahli parlimen PR!
Besar manakah kesalahan Zulkifli Noordin sehingga ia tidak layak jadi ahli PKR.
Mana lebih besar dengan kesalahan makan riba dan makan rasuah.
Mungkin lawan tauke kot sebab itu banyak yang tidak senanghati dengan YB ZUL.
Anda mungkin ingat dengan pemecatan Sheikh Mohammad Al Ghazali dari Ikhwan muslimin.
Beliau bukan sebarang tokoh ulamak tapi kena pecat juga kerana lawan tauke yang mahu kerjasama dengan kafir.
YB Zul biar PKR pecat..jangan lari dan melompat.
Dipecat lebih baik dari keluar parti dan lompat parti.
Orang yang tak suka dengan YB Zul mereka merupakan manusia yang percaya dengan kafir macam orang Palestin asyik kena tipu sampai hari ini.
Ditipu dan ditipu, kerana percaya pada kafir, termasuk gila untuk memerintah dan tak percaya dengan janji Allah bahawa Islam akan diberi kemanangan.
Pemimpin yang rasa macam dia tau semua tandanya banyak yang dia nak kena belajar lagi...
A good leader must be a good follower too.
Belah la Zul Din...cakap tak serupa bikin...hamba sokong sangat dia jadi pimpinan tertinggi Argam ke Rufaqa ke yang mana yang sewaktu dengannya yang rasa depa yang the best among the worst.
Kalau rasa berilmu sangat tentang selok belok politik malaysia, yang dok buka pekong sendiri pasai apa. Baut macam YB Pas...ditegur pemimpin, diam adalah lebih baik bagi meredakan suasana.
Tok sah dok kepo la serupa dia maha tau serba serbi selok belok ugama...dok jadi haru biru bila tau sikit serupa dia yang terhebat.
Belajar tak berguru macam ni lah jadinya.
Belajar ikut buku...karang serupa dia hebat ilmu lebih dari para sahabat Rasulullah.
YB2 PKR yang kat Perak lompat parti tu memang dah sampah pasai tu depa kebulor sangat kerusi walaupun depa rekod buruk.
Dah tu awak yang rasa baik serba serbi dah orang pecat takkan nak tunggu lagi.
Silalah undur diri...tunjuk anak jantan.
Yang rakyat pilih lambang bukan tuan punya badan. Cuba lambang kati...ada orang nak angkat awak jadi wakil rakyat. Kalau lambang Pas pun orang pilih awak juga.
Kalau kebulor juga seat tu tandanya sama level dengan Zahrain.
Bertanding la pulak nanti atas lambang kapal selam.
Tidak bolihkah kita berbeza pendapat? Apakah bila sesorang itu punya pemikiran yang tak serupa dengan kita apakah kita harus condemn dia?
salam...
zul dipecat bkn kerana berbeza pendapat tp kerana dia saman yb khalid samad (keluarga kita sendiri) dan hentam secara terbuka kepimpinan lim guan eng (keluarga kita sendiri) di penang......cara dia tak betul kerana dia dgn sengaja bagi peluang pd musuh PR amik kesempatan memporakperandakan pakatan kita..siap ditemuramah dlm SoalXBtangunjawaB (TV#3 1/3) lagi...lagipun dah ditegur tp tetap ketegaq nak pertahankan pendirian dia.....elllooo kawan,kita ada parti, ada jemaah,ikutlah saluran dia kalu nak 'cakap apa-apa pun'......bukan sebaliknya..........
ORANG MACAM ZUL,PARTI MANA YG NAK TERIMA
DIA BUKAN SATU ASET TAPI JADI BEBAN
ELOK LA DIA JADI BEBAS TANPA PARTI
BERJUANG SENDIRI TAKDE SAPA NAK TEGUR
PRU 13 NANTI HANG MASUK PENAMAAN CALON
PASTU PANJAT POKOK GANTUNG SENDIRI POSTER
MENANG SYOK SENDIRI KALAH NANGIS SENDIRI
TAKDE SAPA NAK PEDULI...
Catat Ulasan